JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 2 Mei 2017

Lima Puluh @ 50😟

*BERAPA UMURMU? SUDAH 50 TAHUN!*

Firman Allah swt: *"Buknkh Kami telah melanjutkn umur kamu sehingga sempat utk beringat bgi sesiapa yg mahu beringat"* *(Fathir 37)

Dpt difahamkn maksud ayat ini "..Kami telah melanjutkn umur kamu sehingga sempat utk beringat.." dari sabda Nabi saw: *"Allah tidak lgi memberi keuzuran kpd sesiapa yg dipanjangkn ajal sehingga umur 50 tahun"* *(Bukhari)*

Ibn Abbas menafsirkn ayat yg tersebut yg bertepatan dgn hadits ini: *"Umur yg Allah tidak lgi menerima alasan bgi anak Adam dlm firmanNya ini ialah 50 tahun"*

Al-khattabi berkata: *"Maknanya orang yg Allah panjangkn umur sehingga 50 tahun,tidak diterima lgi keuzuran (alasan) Hal ini kerana umur 50 tahun merupakan umur yg dekat dgn kematian,umur kembali bertaubat,khusyuk dn bersiap2 bertemu Allah"* *(Tafsir al-Qurthubi)*

Bagaimana manusia berumur 50 tahun masih lalai? Nabi saw mengkhabarkn: *"Hati orang tua tetap muda terhadap dua perkara: cinta dunia dn panjang angan2"* *(Bukhari)*

Fudhail bin Iyadh berkata kpd seseorang yg telah mencapai umur 50 tahun Maka nasihat Fudhail kpdnya: *"Bermakna sudah 50 tahun kamu berjln menuju Tuhanmu,sekarang hampir sampai...Buat yg terbaik dlm umur berbaki,lalu akn diampunkn dosa umur yg lalu Tetapi jika buat tidak elok pd umur yg berbaki,kamu pasti dihukum akibat dosa umur lalu dn yg berbaki sekali gus!"*

Maka para ahli ilmu menasihati bgaimana menjlni umur dah mencecah 50 tahun:

*#Jangan banyak bergurau dn terjebak dlm perkara yg tidak ada manfaat utk akhirat*

*#Jangan melampau dlm berhias,bersolek dn berpakaian*

*#Jangan berkawan dgn orang yg tidak menambah iman,ilmu dn amal*

*#Jangan banyak berjalan dn melancong kesana sini tanpa ia dpt mendekatkn kpd kehidupan akhirat*

*#Jangan masih runsing,berkeluh kesah dn kesal akn soal hidup seharian dn*

*#Banyakkn berdoa mengharapkn keridhaan Allah dn husnul khatimah dn dijauhkn dari su'ul khatimah*

*#Banyakkn istighfar dn taubat berterusan setiap hari pd pgi dn petang*

*#Tambahkn ilmu agama dn banyak ingat kpd kematian dn bersedia menghadapinya*

*#Siapkn wasiat dn rancang pembahgian harta*

*#Kerapkn menghubung silaturahim dn menggantikn kerenggangan sebelum ini*

*#Minta maaf dn buat baik terhadap pihak yg pernah dizalimi*

*#Tingkatkn amalan soleh terutama amal jariah yg boleh memberi pahala dn syafaat selepas mati*

*#Maafkn kesalahan orang kpd diri kita walau bagaimana teruk kesalahan itu*

*#Bereskn segala hutang yg sedia ada dn jgn buat hutang yg baru walaupun utk menolong orang lain*

Semoga manfaat utk semua walaupun anda blm lagi 50 tahun
Sumber : WhatsApp

11 ulasan:

  1. Terima kasih yatie beri peringatan...

    BalasPadam
  2. Peringatan yang baik untuk direnung bersama ni, CH. Walaupun belum cecah 50 tahun, kenalah berubah. Nak guna alas an apa lagi kalau dah usia menjangkau 50 tapi masih lagi tak mampu sedar...

    BalasPadam
  3. mari sama2 kita amalkan ye kak

    BalasPadam
  4. terima kasih atas peringatan. Saya pun sedang menuju ke 50 ni. Sebenarnya dalam 40-an ni pun dah kena beringat selalu kan, sebab kematian tak mengira usia. Oh..tetiba rasa meremang bulu roma!

    BalasPadam
  5. Sypn sama, beberapa tahun lg akan meniti ke usia 50, itupun jika dipanjangkan usia, cepatnya masa berlalu..

    Peringatan untuk kita semua

    BalasPadam
  6. InsyaAllah! Saya dah pun capai usia tu Tie...

    BalasPadam
  7. Terasa insaf pulak baca entri ni Ti. Menunggu umur yg tak beberapa tahun lagi nak mencapai 50 ni, harapnya kita tak terlajak lupa....

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)