JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Apa-apa saje. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Apa-apa saje. Papar semua catatan

Khamis, 19 April 2012

Pembantuku perlu di servis... ^__^

Semalam saya pergi Eon Servis Glenmarie Shah Alam, en suami dah buat appointment dengan Eon Servis pukul 8.00am, lepas hantar Nabil ke Tadika saya terus pergi, entah macamana boleh keliru pulak.. simpang mana satu nak masuk ye, fikir saya, agaknya terus.... aduh salah... tekaan saya.. apa lagi, nak u-turn jauh, biasalah jalan sehala... rupanya en suami dah sampai di Eon Servis tu, dia call tanya kat mana... hahaha saya jawab sesat... la dah berapa kali pergi boleh sesat kata en suami. Dah pukul 8.30am ni, abang tak boleh tunggu, masuk kerja pukul 9.00am " sambung en suami. Saya kata"tak pe lah boleh settle sendiri",.. dah pun salah saya..

Sampai Eon Servis tu orang tak ramai lagi, tambahan saya dah ada appointment, tunggu lima minit, nama saya dah di panggil, budak kaunter tengok sahabat EON saya dah tamat tempoh, "nak sambung tak kak", tanya dia.. "okey gak ",jawab saya, lagipun kalau apa-apa hal toing kereta percuma, pas tu ada diskaun utk servis. 'Nak servis je ke ",tanya budak tu, "tak , ada yang perlu dibaiki, kunci keretanya alarm dia tak bunyi, pas tu nak tekan punya lah susah, llagi radio ni.. kejap kejap dia off sendiri...lagi aircond, blower jer tak sejuk, belakang pun panas jer, pastu break, asyik berbunyi, mengalahkan break lori jer..,"kata saya tersenyum. Budak tu pun senyum sama... hahha dah banyak kali akak komplen pasal break ni kan... ye kak, masalah break, banyak terima komplen. Bila boleh siap tanya saya, akak nak tunggu ke, rasanya petang baru siap... Ni baru pukul 9.15am, nak tunggu petang.. oh tidak berasap... macam ni....

Saya call adik ipar saya, dia kerja kat situ jer, boleh tak datang ambil akak di EON Servis, lima minit dia sampai, dia kata akak bawa balik lah kereta ni.. hantar saya kat ofis kejap.. okey jawab saya... Banyak kerja saya boleh selesai kat rumahkan.

Dalam pukul 4.oopm budak tu call, dia kata kereta dah siap cuma break jer tak siap sebab barang tak ada kena order kat vendor, akak tinggal kereta ni kat sini... ohhh ohh tidak boleh, nanti akak nak hantar anak pergi sekolah, akak nak pergi kerja,susah, boleh akak ambil dulu, nanti bila dah ada barang call, nanti akak balik kereta... Okey boleh kata budak tu... Ambil adik ipar di ofisnya dulu, pastu dia hantar saya ke EON servis tu semula.

Penat jugakan nak buat servis kereta ni, terpaksa ambil cuti satu hari... berasap juga lah kalau nak tunggu ^___^

Khamis, 12 April 2012

Lariiii.... dia dah datang menyerang...

Petang semalam, selepas saya selesai masak untuk makan malam, ada pengumuman dibuat oleh pihak MBSA... "perhatian-perhatian, kami akan membuat penyemburan asap  nyamuk, oleh itu sila tutup segala makanan dan tutup pintu rumah"... lebih kurang camtu lah pengumuman nya :D

Apa lagi, kami berempat beranak cepat-cepat tutup segala celah-celah pintu n tingkap, supaya asap tu tak masuk.. jeha cukup takut dengar bunyi penyembur asap tu... Nabil sibuk selak-selak langsir tu nak tengok orang tu sembur.. bukan tahu takut budak seorang ni.. Aha... mamanya pula sibuk dengan kemera nak ambil gambar :D

Nabilah tanya "nak buat apa dengan kamera tu mama?"

"Nak ambil gambar dia orang tengah sembur tu"; jawab saya.

"Nak masuk gambar tu dalam FB ke?" tanya dia lagi

"Tak nak masuk dalam blog", jawab saya

"Mama dah ada blog?" dengan terperanjat dia bertanya. Bila la mama ni berblog itu yang difikir adaknya.

Cepat-cepat dia dah sampai, saya ambil pic ni dari atas dalam bilik saya.

Dah bergerak ke rumah kami

Rumah cikgu depan berasap
Alolo.. dah sampai ke pagar rumah

Sembur di lubang yang ada longkang tu

Jeha kata "habis lah pokok2 mama tu" risau benar dia

Pegi lak kat depan pagar rumah

Sembur kat bawah kereta saya

Pokok kari saya berasap :D

Habis kereta saya berasap

Penuh dengan asap-asap :D
Bila ada sembur asap ni, maknanya di taman ni dah ada orang kena demam denggi.. Shah Alam ni dah popular dengan nyamuk aedes ni...

Saya pernah kena demam denggi pada tahun 2009, mula-mula saya tak tau saya kena demam denggi sebab saya tak demam panas, cuma cirit birit dan letih asyik nak tidur, bila cek doktor, doktor kata itupun salah satu tanda-tanda denggi, lepas tu kakak dua orang tu, tapi kena rota virus, yang menyerang usus.

Berkampunglah kami di wad selama 5 hari 4 malam, hari-hari saya makan sup ketam, mak yang buat. kebetulan mak ada di rumah saya masa tu... yang paling teruk kena tu Najeeha, sampai doktor kata nak buat pembedahan sebab usus dia dah bengkak. Risau saya tak boleh nak cakap. Lepas tu mak (dah arwah pada bulan feb 2011 :(  dan bapa mertua saya datang dari kampung melawat kami, pastu bapa mertua saya cuba ubat kampung, sapu abu kayu yg diperah dengan limau nipis, pas tu sapu di perut jeeha... alhamdulillah kembung perutnya mengempis, tak jadilah nak bedah..

Nak tahu tak berapa kos kami berkampung selama 5hari 4 malam di hospital tu.... RM7,500.00 huhhuhu.. walaupun insuran yang cover tapi macam boleh gi bercuti kat oversea gitu :((

Area taman saya ni masih ada pembinaan rumah baru... so tu yang sering ada nyamuk aedes membiak kat tapak pembinaan tersebut.

Rabu, 11 April 2012

WW : Buah-buahan ... sedapnya ^__^

Buah-buahan masak ranum yang kami petik di.........








Petik dimana ya????

He he he DIPASAR

(Aha..kamu jangan nakal.. nyanyi Alif Satar)

Sabtu, 7 April 2012

Hadiah Dua Bakul Untuk Mama ^__^

Berlanjutan daripada entri ini Pembantu saya telah baik, maka mama dihadiahkan dua bakul yang membuatkan mama panas punggung untuk menyiapkan huhuhu...

Hadiah untuk mama ;-((
Segala ada ruang untuk di jemur, semuanya saya sidai.. tambahan masa tu hari panas membahang... macam pisang goreng kain baju tu kering garing hehehe :)

Sampai kat pagar mama sidai ^__^

Baju budak tu 

Baju en suami

Comforter sampai tiga, ni gara-gara nabil
kencing malam... konon nak didik tak payah pakai drypers..
Ada petua untuk anak jangan kencing malam ?

Kalau comforter tu mama kena sental dengan tangan... habis patah tulang belulang... tu lah sangat berharga si pembantu saya itu ^__^

Isnin, 2 April 2012

Hand bag dah ada kawan ? ^___^

As Salam..sahabat.:)

Apa ye kawan hand bag tu... selalu bawa satu jer beg pergi kerja.. sekarang dah dua.. maknanye dia dah ada kawan.. hehehe...

Sayang sangat dengan kawan hand bag tur... tapi hand bag lama tu sayang jugak ^__^

Mari .. mari .. mari .. tengok ....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Ha ! mana dia ?.... jangan nyorok lama-lama...

@
@
@
@
@
@
Ini lah kawan hand bag saya 
Ada apa ye dalam kawan hand bag tur !!!!



Bekas makanan
 Tara.... beg bekalan saya ^__^
Apa isi dalam bekas tur   ^___^
Masak asam pedas ikan parang dan masak tempoyak udang
Memang saya sayang dengan beg ni sebab dia tolong kenyangkan perut saya dan tak perlu jalan jauh-jauh pergi beli makanan di restoran hujung sana. Makan sama-sama kawan-kawan di ofis :) Adik kat ofis tu boleh cakap. "Sempatnya akak masak pagi-pagi ye".. Oh tak ada maknanya akak sempat masak pagi-pagi. Banyak kerja akak di pagi hari.. nak siapkan sarapan anak tiga orang pegi sekolah......

Nanti next entri saya bagi tips nak bawa bekal pegi kerja hehaha ^__^