JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 4 April 2012

Pembantu saya telah baik ^__^

Pada hari Sabtu pembantu saya telah sakit. Terpaksalah saya melakukannya sendiri. Aduh penatnya badan, banyak pula yang perlu saya lakukan sendiri. Bila pembantu ni sakit, barulah tahu betapa pentingnya pembantu ini dalam menguruskan kehidupan saya seharian.

Siapakah pembantu saya itu???



Mesin basuh pakaian

Inilah pembantu saya yang sakit itu.... :(( sebanyak dua baldi saya membasuh pakaian tanpa pertolongan pembantu saya itu.. Encik suami balik dah malam, masa tu baru nak mengadu pembantu saya sakit (rosak).

"Apa yang yang rosak?" tanya suami saya

"Dia tak boleh buang air dari mesin ni, membasuh okey, bila nak buang airnya dia berbunyi", kata saya

En Suami pun memeriksalah sakitnya, habis ditonggengnya mesin ni, nak tengok apa sakitnya. Kalau doktor macam ni teruk pesakit :)

Selepas di belek-belek badan mesin tu, maka dapat dikenali pasti sakitnya... rupa-rupanya motor untuk membuangkan air itu sudah patah.

Pada hari ahad en suami pun panggil lah tukang baiki mesin, biasalah kebanyakannya cina, petang pukul 6.30pm baru sampai. Benar seperti yang en suami temui, motor untuk mengeluarkan air telah patah.

Dua benda yang perlu diganti, kepala hose nya RM85.00 , motornya RM302.00 dan upahnya RM120.00 jumlahnya RM507.00.

"Macam mana?" tanya suami saya

"Lebih baik beli baru", jawab saya.

En suami suami pun macam sependapat jer dengan saya, budak cina yang baiki tu tersenyum jer..

"Dimana nak dapat sparepart ni?" tanya suami saya kepada budak tu.

"Senang ajer, saya beli di Petaling Jaya" jawab budak tu

"Bukankah di seksyen 16 ada sparepart Panasonic" kata suami saya.

"Nanti saya tanyakan" sambung suami saya

"Okeylah, nanti apa-apa hal saya call awak" jawab budak tu

Esoknya suami saya pergi ke seksyen 16 tempat sparepart barang yang rosak tu.




Inilah dua barang yang rosak tu, suami siap bawa barang tu untuk ambil nombor sirinya.

Alangkah terkejutnya en suami melihatkan harga nya tidak seperti yang dikatakan oleh tukang baiki itu.


Total harga kedua barang itu hanya RM107.00. Jauh bezanya seperti yang dikatakan, RM387.00 tolak RM107.00 sama dengan RM280.00. Aduh cekik darah betul lah kan :((

Petang tu en suami pun tukarlah barang yang rosak itu sendiri.

Maka dengan itu sihat lah pembantu saya
dan pada malam itu juga ia telah menjalankan tugas seperti biasa ;))
Terima kasih en suami kerana telah membantu saya membaiki pembantu tugasan harian saya ini. Ini kerana ada dua bakul yang menanti untuk dicuci.

Bila difikirkan semula, mudahnya kita ditipu kalau percaya bulat-bulat apa yang dicakap oleh tukang baiki mesin itu tanpa berusaha mencarinya dahulu.



4 ulasan:

  1. Balasan
    1. Ye Nadiah Sidek... penat membasuh, tambahan anak-anak ramai, byk baju nak basuh... tapi tak per gak sekali-sekali, boleh exercise tangan ^___^

      Padam
  2. Gitulah org meniaga nak untung je kan. Tp bagus en suami pandai buat sendiri. Alhamdulillah pembantu dah sihat. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitu lah As kena hati-hati sekarang, semuanya nak untung.. ye lah nasib baik en suami boleh buat, kalau tidak melayang RM120.00 upah ;-)

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)