JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Najeeha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Najeeha. Papar semua catatan

Selasa, 13 Oktober 2015

BILA SEKELUARGA DEMAM... Kifarah utk menghapuskan dosa..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah hendaknya..

Bila sekeluarga dilanda demam .. memang kena sabar dan redha sebanyaknya.. Pada hari isnin 5 Oktober , saya dan najeeha dah demam.. Malam tu najeeha dah mula semput susah nak bernafas.. tido pun dah menungging saya tengok.. 
saya tanya" kenapa.. ?"
"Tak boleh nak nafas lah Ma.. hidung tersumbat" jawabnya..
Oleh kerana hari tu kan cuti jerebu yg teruk sangat tu dan sekolah cuti 2 hari. Saya pun pergi klinik dengan jeeha. Doktor suruh ambil neb sebab dada dah mula berbunyi sikit.. 
Selepas tu pada hari Rabu, en suami pula demam.. dah menjangkit demam kami lah tu.. MC juga suami hari tu.. 


Pada hari Jumaat malam tu Nabil pulak demam.. habis muntah2.. pagi tu pergi klinik , doktor suruh bawa hospital kerana Nabil dah lemah sangat.. Ye lah apa yg masuk semua keluar balik.. lebih sepuluh kali muntah.. Masa menunggu utk admit di DEMC Hospital tu pun muntah2 lagi.. Risau sangat saya.. Oleh kerana wad masih penuh lagi terpaksa masuk drip di wad kecemasan tu.. Pukul 2 ptg baru nabil dapat masuk wad.

Pada hari ahad tu.. kawan baiknya Ikmal datang menziarah.. siap baring sebelah nabil di katil tu.. Sama2 tengok tab cerita Upin Ipin.. riang gelak ketawa mereka berdua.. Nabil demam tu boleh turun berat badan 2 kilo.. tinggal 18 kg jer.. sepatutnya umur macam nabil ni doktor kata dah 30kg ni.. si Ikmal ni pula berat dah 50kg.. Ayahnya kata.. Ikmal ni pantang jumpa makan semuanya di sapu..

Hari isnin baru nabil discaj.. saya pula demam balik.. pergi klinik semula .. doktor suruh cek darah.. takut denggi jer.. tengok ujian darah tu semua ok.. doktor kata ni demam virus sebab tu datang berulang2.. doktor bagi antibiotik.. MC lagi saya semalam..

Hari ini dah kurang sikit demam tu.. Nabil dan Najeeha pun dah sekolah hari ini..
Semoga Allah menghapuskan dosa-dosa kami sekeluarga..

Rabu, 2 September 2015

MAJLIS KHATAM QURAN PENGANTIN.. Nabilah dan Najeeha Tahun ni 2 Kali Khatam Quran..

Pada pagi Sabtu 29 Ogos 2015 tu diadakan Majlis Khatam Quran buat pengantin ni ~ Nurin
Jadi kakak Nabilah dan Najeeha menemani Kakak Nurin ni khatam quran, pada bulan Mac 2015 tu hari pun menemani Kakak Nana khatam quran masa kenduri kahwin anak Kakak Andak saya.. Maknanya 2 kali lah kakak berdua ni buat khatam quran :)
Saya dengar bacaan Najeeha seperti orang menghafaz quran, ye lah dah biasa menghafaz quran di sekolah.. Alhamdulillah Najeeha dah masuk 3 juz menghafaz quran.. Kak Nabilah pula baru 2 juz sebab ulang balik bila masuk madrasah baru ni.. Bila dengar bacaan Nabilah lebih merdu taranum nya.. lembut jer.. 

Memulakan bacaan tentulah si pengantin Nurin tu, kemudian Najeeha pulak, laju jer dia membaca , macam menghafaz hehehe, kemudian Kak Nabilah, begitulah mereka bergilir sehingga habis.

Bacaan disemak oleh Kumpulan Marhaban , ahli kumpulan marhaban kak alang tu.. seawal pagi dah sampai, yg bagus siap semua PA sistem. Tentunya pakaian memang sedondonlah kan :) 

Bacaan doa khatam Quran dibaca oleh pengantin sendiri, dah dia yg khatam quran tu kan.. jadi dia yg kena baca kata ustazah tu, baru barakah..