Pada pagi Sabtu 29 Ogos 2015 tu diadakan Majlis Khatam Quran buat pengantin ni ~ Nurin
Jadi kakak Nabilah dan Najeeha menemani Kakak Nurin ni khatam quran, pada bulan Mac 2015 tu hari pun menemani Kakak Nana khatam quran masa kenduri kahwin anak Kakak Andak saya.. Maknanya 2 kali lah kakak berdua ni buat khatam quran :)
Saya dengar bacaan Najeeha seperti orang menghafaz quran, ye lah dah biasa menghafaz quran di sekolah.. Alhamdulillah Najeeha dah masuk 3 juz menghafaz quran.. Kak Nabilah pula baru 2 juz sebab ulang balik bila masuk madrasah baru ni.. Bila dengar bacaan Nabilah lebih merdu taranum nya.. lembut jer..
Memulakan bacaan tentulah si pengantin Nurin tu, kemudian Najeeha pulak, laju jer dia membaca , macam menghafaz hehehe, kemudian Kak Nabilah, begitulah mereka bergilir sehingga habis.
Bacaan disemak oleh Kumpulan Marhaban , ahli kumpulan marhaban kak alang tu.. seawal pagi dah sampai, yg bagus siap semua PA sistem. Tentunya pakaian memang sedondonlah kan :)
Bacaan doa khatam Quran dibaca oleh pengantin sendiri, dah dia yg khatam quran tu kan.. jadi dia yg kena baca kata ustazah tu, baru barakah..



