JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Nurin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nurin. Papar semua catatan

Rabu, 2 September 2015

MAJLIS KHATAM QURAN PENGANTIN.. Nabilah dan Najeeha Tahun ni 2 Kali Khatam Quran..

Pada pagi Sabtu 29 Ogos 2015 tu diadakan Majlis Khatam Quran buat pengantin ni ~ Nurin
Jadi kakak Nabilah dan Najeeha menemani Kakak Nurin ni khatam quran, pada bulan Mac 2015 tu hari pun menemani Kakak Nana khatam quran masa kenduri kahwin anak Kakak Andak saya.. Maknanya 2 kali lah kakak berdua ni buat khatam quran :)
Saya dengar bacaan Najeeha seperti orang menghafaz quran, ye lah dah biasa menghafaz quran di sekolah.. Alhamdulillah Najeeha dah masuk 3 juz menghafaz quran.. Kak Nabilah pula baru 2 juz sebab ulang balik bila masuk madrasah baru ni.. Bila dengar bacaan Nabilah lebih merdu taranum nya.. lembut jer.. 

Memulakan bacaan tentulah si pengantin Nurin tu, kemudian Najeeha pulak, laju jer dia membaca , macam menghafaz hehehe, kemudian Kak Nabilah, begitulah mereka bergilir sehingga habis.

Bacaan disemak oleh Kumpulan Marhaban , ahli kumpulan marhaban kak alang tu.. seawal pagi dah sampai, yg bagus siap semua PA sistem. Tentunya pakaian memang sedondonlah kan :) 

Bacaan doa khatam Quran dibaca oleh pengantin sendiri, dah dia yg khatam quran tu kan.. jadi dia yg kena baca kata ustazah tu, baru barakah..


Isnin, 16 Jun 2014

:: NURIN E-DAYS :: emmmm Meriah :)

 Assalamualaikum kekawan..
Alhamdulillah .. Moga sihat dan ceria :)

Pada hari Sabtu 14.6.14 berlangsung lah majlis pertunangan anak kak lang saya yg sulong ~ Nurin..
Saya dah balik pada hari jumaat tu dan kami 9 beradik berkumpul dirumah kak lang .. Bermula untuk bergotong royong utk membuat persiapan tengahari esoknya.. hari jumaat tu semua orang tido hampir pukul 3 pagi.. yg kaum bapanya sibuk tengok world cup.. kaum ibu sibuk dengan hantaran dan memasukan goodies didalam bekas..

Tetamu dari Perak mula memenuhi ruang tamu.. 

Hantaran dari pihak perempuan.. 13 dulang..

Hantaran dari pihak lelaki.. 13 dulang

Tersenyum riang kak lang saya.. tak lama lagi menerima menantu sulong kan...

Pasang sejoli dulu kini dan selamanya.. hingga ke syurga..
Mak dan abah saya :)

Dah terikat dijari manis cincin pertunangan.. semoga dipanjangkan pula ke jinjang pelamin..

Nurin bersama hantaran dari pihak lelaki..

Bersama hantaran dari pihak perempuan pulak..

Bergambar dengan ahli keluarga pihak lelaki..

Sebahagian dari keluarga perempuan.. tak sempat nak ambil gambar .. dah sibuk melayan tetamu kan :)

Kak lang dan bang lang yg duduk bertiga tu..

Selesai majlis tu lebih kurang pukul 4.00 ptg.. hilang kepenatan bila majlis berjalan dengan lancar dan meriah..