JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label SAMBAL SARDIN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SAMBAL SARDIN. Papar semua catatan

Khamis, 4 Februari 2016

CAPATI KARI AYAM & SAMBAL SARDIN.. narlekkkkk sedap memintal ~___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik jua hendaknya :)

Adoiiii menangis lah mamak kat restoren tu bila saya dah tahu buat capati hahhaha :D
Ini gara-gara pergi membeli-belah di Kedai Az Zain Seksyen 15 Shah Alam tu, siapa duduk Shah Alam tahulah kedai yg membekal makanan halal dan makanan dari timur tengah tu.. Kak Nabilah ternampak lah tepung Atta buat capati tu.. bersemangatlah dia nak mencuba.. Jadi hari sabtu 3 minggu yg sudah rasanya.. hihihi nampak sangat lama gambar duduk dalam draf .. barulah nak buat entri.. ok lah kita cerita je lah kan.. 

Oleh kerana Chef Nabilah ni yg bersemangat nak jadi menantu Shahrukh Khan hihihi , dia lah beriya-iya sangat menguli capati pagi tu bersama pembantu dua orang tu.. rupanya senang sangat nak buat capati ni kekawan.. tapi kat kedai RM2 sekeping kan.. mungkin tepung atta ni yg mahal kot.. tak juga kot sebab saya beli RM4/kilo satu peket tu..
Saya ambil cara nak buat capati tu dari blog Dapur Tanpa Sempadan tu.. apa lagi bukan si Mat Gebu tu kan.. izin halal tempek resepinya ye Mat :)



CARA BUAT CAPATI

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung atta
1 cawan air suam*
Garam secukup rasa*(*disatukan dan kacau hingga garam larut)
2 camca besar minyak zaitun (mentega atau minyak sapi cair boleh digunakan)
Kuah dhal atau kari atau apa2 sahaja yang anda fikir sesuai untuk dicIcah

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Masukkan tepung atta dalam mangkuk, buat lubang ditengah2 tepung tadi. Tuang air suam bergaram sedikit demi sedikit, gaul dengan tepung. Tuang lagi hingga habis dan terus menggaul hingga menjadi doh.
  2. Tambah minyak zaitun dan terus menguli doh hingga tidak melekat di mangkuk adunan. Bahagikan dok pada 10 - 12 bahagian, bulat2kan, letak dalam bekas dan tutup dengan towel lembap dan rehatkan 30 minit (mat tutup mangkuk tadi dengan plastik cling).
  3. Tabur tepung pada meja kerja. Ambil 1 biji doh, leper2kan sedikit, tabur tepung dan canai hingga nipis, jika melekat tabur tepung masa mencanai (gunakan tepung atta). Letak atas loyang. Canai hingga siap baki doh. Dan tabur tepung sebelum diletak atas doh yang telah dicanai, tujuan untuk mengelakkan ia melekat.
  4. Panaskan non-stick pan (mat guna saiz 10 inci). Gunakan api kecil. Letak sekeping capati dan masak. Tekan permukaan capati dengan tuala bersih. Bila kelihatan pucat, terbalikkan dan masak sekejap lagi, hingga sedikit perang. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki doh. Tutup dengan towel bersih capati yang telah masak, untuk mengelakkan ia cepat sejuk dan mengeras. Hidangkan bersama kuah dhal atau gulai yang anda gemari....


Kak Nabilah nak makan dengan sambal sardin katanya.. sementara menunggu capati tu diperap, nabilah buat sambal sardin, saya dah pernah ajar dia buat sambal sardin tu , jadi senanglah dia membuatnya.. kalau nak resepi versi nabilah boleh ambil disini

En suami tak makan sambal sardin jadi kena lah merajinkan diri si isteri mithali membuar kari ayam pulak.. hihihi 

Masak kari ayam guna noxxa , 17 minit jer.. sekejap dah masak.. bolehlah en suami tu memintal capati dengan kari ayam ni sehingga menjilat jari.. dalam banyak2 daging ayam tu.. kaki ayam yg direbut bersama anak-anak, sudah riuh si Nabil.. nak juga.. nampaknya esok2 pergi pasar, borong jer beli kaki ayam kan kekawan ;)

Untungnya saya dan anak-anaklah dua-dua kami bedal ~__^
dapatlah pulak makan 2 keping sorang lagi lah... blurrpppp kenyang . Alhamdulillah 
Sekianlah cerita entri Capati pagi ini hihihi..
Jomlah merajinkan diri membuatnya.. ^__^ 

Jumaat, 28 Februari 2014

SAMBAL SARDIN VS APAM GORENG BERTINGKEK-TINGKEK ^____^


Assalamualaikum kekawan .... Alhamdulillah bersua kita lagi... moga ceria & sihat selalu :)
Petang semalam sewaktu balik menjemput mereka pulang dari sekolah.. Nabilah bertanya "mama kita makan apa malam ni"... "entahlah kita tengok apa ada dlm petiais nanti kita masaklah ye" jawab saya... "apa kata kita masak sambal sardin, lagi pun tadi abah mesej, abah tak balik malam ni, pegi ipoh" saran nabilah pada saya... apa lagi belok kereta ke kedai pergi beli sardin pulak sebab kat rumah memang tak ada stok sardin sebab en suami tak suka makanan dalam tin ni.... 
Balik terus saya memasaknya sebab cili kering dah blend siap-siap .. kak Nabilah usai mandi dah bertanya "dah masak ke mama, wanginya bau.. lapar kakak" "dah masak tu, nasi pun dah masak, pergi lah ajak adik makan," jawab saya..
Malam tu , itulah dinner kami anak beranak-beranak bertambah-tambah mereka makan... sedikit jer baki nasi.. tak cukup nak buat nasi goreng... 
Jadi saya plan buat apam goreng untuk sarapan pagi esok...

Malam tu saya dah siap semua bahan dan paginya tinggal menggoreng jer lah ... saya buat banyak boleh makan dengan kekawan kat ofis kan...

Maka jadilah apam bertingkek-tingkek
Makan pula bersama sambal sardin
Letak dlm tupperware bertingkek-tingkek
Kita makan sampai licin... :)


Nak resepi boleh ambil disini APAM GORENG
Resepi sambal sardin mudah saya pulak macam ni ...

SAMBAL SARDIN

Bahannya:-
  • 1 tin sardin besar
  • 4 sudu besar cili kering kisar (saya kisar tak letak bawang)
  • 3 ulas bawan putih*
  • 3 biji bawang merah *ditumbuk
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat besar 
  • 1 keping asam keping
  • garam
Caranya :-
  1. Goreng  sebentar bawang besar,  kemudian angkat, ketepikan, tumis pula cili kisar bersama bahan ditumbuk sehingga wangi.
  2. Kemudian masuk sardin ,gaul mesra, lepas tu masuk satu cawan air, kacau lagi.
  3. Masukan pula asam keping dan garam, tunggu sehingga mendidih atau masak, rasa masin masam nya.
  4. Siap dihidang bersama nasi putih panas atau apam goreng.