JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 28 Februari 2014

SAMBAL SARDIN VS APAM GORENG BERTINGKEK-TINGKEK ^____^


Assalamualaikum kekawan .... Alhamdulillah bersua kita lagi... moga ceria & sihat selalu :)
Petang semalam sewaktu balik menjemput mereka pulang dari sekolah.. Nabilah bertanya "mama kita makan apa malam ni"... "entahlah kita tengok apa ada dlm petiais nanti kita masaklah ye" jawab saya... "apa kata kita masak sambal sardin, lagi pun tadi abah mesej, abah tak balik malam ni, pegi ipoh" saran nabilah pada saya... apa lagi belok kereta ke kedai pergi beli sardin pulak sebab kat rumah memang tak ada stok sardin sebab en suami tak suka makanan dalam tin ni.... 
Balik terus saya memasaknya sebab cili kering dah blend siap-siap .. kak Nabilah usai mandi dah bertanya "dah masak ke mama, wanginya bau.. lapar kakak" "dah masak tu, nasi pun dah masak, pergi lah ajak adik makan," jawab saya..
Malam tu , itulah dinner kami anak beranak-beranak bertambah-tambah mereka makan... sedikit jer baki nasi.. tak cukup nak buat nasi goreng... 
Jadi saya plan buat apam goreng untuk sarapan pagi esok...

Malam tu saya dah siap semua bahan dan paginya tinggal menggoreng jer lah ... saya buat banyak boleh makan dengan kekawan kat ofis kan...

Maka jadilah apam bertingkek-tingkek
Makan pula bersama sambal sardin
Letak dlm tupperware bertingkek-tingkek
Kita makan sampai licin... :)


Nak resepi boleh ambil disini APAM GORENG
Resepi sambal sardin mudah saya pulak macam ni ...

SAMBAL SARDIN

Bahannya:-
  • 1 tin sardin besar
  • 4 sudu besar cili kering kisar (saya kisar tak letak bawang)
  • 3 ulas bawan putih*
  • 3 biji bawang merah *ditumbuk
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat besar 
  • 1 keping asam keping
  • garam
Caranya :-
  1. Goreng  sebentar bawang besar,  kemudian angkat, ketepikan, tumis pula cili kisar bersama bahan ditumbuk sehingga wangi.
  2. Kemudian masuk sardin ,gaul mesra, lepas tu masuk satu cawan air, kacau lagi.
  3. Masukan pula asam keping dan garam, tunggu sehingga mendidih atau masak, rasa masin masam nya.
  4. Siap dihidang bersama nasi putih panas atau apam goreng.


11 ulasan:

  1. sy goreng nasik je pagi nie...hehehe...

    BalasPadam
  2. apam ala-ala pancake yer kak... sedap nya breakfast akak pagi ni...

    BalasPadam
  3. baru terfikir2 nak beli sardin tghari ni, buat masak petang nanti hihi. Lagi bersemangat tengok gambar kat sini hihihihi.
    Apam goreng ni lebih kurang pancake erks...selalu makan dengan honey jer, boleh try jugak makan dengan sambal bilis

    BalasPadam
  4. Sedappppnya sambal sardin T...aku suka...cicah lempeng lembik pun sedapppp...

    BalasPadam
  5. Mesti kat office yati pagi ini masing-masing urut perut kenyang makan apam goreng cecah sambal sardin. Kakak teringinlah nak buat apam goreng...

    BalasPadam
  6. wah sedapppnya..knor suka simple gini...habis ke bertengkek tengkek tu

    BalasPadam
  7. sedapnye kak yati..saya pon suka makan apam goreng..

    BalasPadam
  8. hari nie pun kitorang lunch ngan sardin masak kari..hehe..sedap jugak ..apam goreng sy tak pernah buat tp bila tengok rs terliur jugak..:)

    BalasPadam
  9. Salam Jumaat Kak...
    aduii! sedapnya tengok sambal sardin tu... lapar...hihi

    BalasPadam
  10. amboi...yg betingkek2 tu yg yummy...

    BalasPadam
  11. sesekali pekena sardin ni mmg sedapkan CH... Apam tu faveret FIL tu tau hehe

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)