Assalamualaikum kekawan..
Alhamdulillah.. semoga sihat dan ceria :)
Ini percubaan kali kedua kakak Nabilah (pertamanya disini iftar-ke-2-spaghetti-meatball-by-chef.Nabilah) kira dah pro lah masak kali ni, tengok hasil hiasannya tu.. sedap pun sedap.. ni nak menghabiskan bebola daging yg saya masak bakso itu hari (mee-bakso-daging-mudah-dan-segera)
Setiap anak itu ada kelebihannya yg perlu kita terokai.. saya sedang berusaha utk menerokai kelebihannya dan cuba membantu akan kelemahannya seperti yg saya cerita disini ( ada-habuk-di-mata-saya-aku-tak-bodoh.)
Ini dinner kami pada hari khamis lepas tak salahnya.. tekak omputih ni Nabilah dengan Nabil jer.. bertambah2 dia dua orang tambah.. Najeeha dan abah kurang sikit.. boleh dua beranak ni cicah biskut pulak lepas tu dengan air milo.. sabar jer lah.. saya ok jer.. macam hainomokje tak gitew mama zir ehe :)
Jom intai resepi kakak Nabilah yang mudah ini :)
RESIPI SPAGHETTI MEATBALL
Bahannya :-
- 1/2 peket spaghetti
- 3 keping burger ayam (dicincang)
- 7 biji bebola daging
- 4 sudu besar tomato paste
- 1 tin cendawan butang di kerat 4
- 1 labu bawang besar di potong bulat
- 3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
- 1/2 batang lobak merah di sagat
- 1/2 gelas air
- 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
- 6 biji tomato ceri/ 3 biji tomato biasa
- 1 biji cili merah dipotong serong
- garam
- minyak
Caranya :-
- Panaskan minyak, gorengkan bebola daging hingga masak, angkat, ketepikan.
- Kemudian tumis bawang putih hingga kekuningan dan wangi, lepas tu masukan tomato paste, masak hingga naik minyak, kemudian masukan burger ayam yg dicincang tadi.
- Selepas tu masukan air dan lobak merah, bawang besar, cili potong, lada hitam,cendawan,garam kacau sebati.
- Akhir sekali masuk bebola daging yg digoreng tadi , rasa garamnya.
- Boleh diangkat dan dihidangkan.
- Bagi nak rebus spaghetti tu.. didihkan air kemudian letak 1 sudu besar minyak masak dan 1 sudu kecil garam. rebus sehingga masak.


