JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label tudung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tudung. Papar semua catatan

Rabu, 19 Mac 2014

ALKISAH AKU SEHELAI TUDUNG.... :)

Assalamualaikum kekawan.. Moga Sihat dan Ceria :)

Aku adalah sehelai tudung kuning... aku  sangat gembira bila dibeli oleh puan blogger... muka ceria puan blogger ini membuat aku tahu dia amat menyukai aku... hahaha dah seperti karangan UPSR kakak Nabilah jer cerita entri saya pagi ni kan.. :)

Sebenarnya tudung yg saya suka ini telah berlubang akibat iron yg panas sewaktu menggosoknya huhuhu... menangis saya dibuatnya... lama saya mencari jalan penyelesaiannya... sama ada hendak dibuang yg atas ni tinggal saja yg dibawah tu aje... Akhir saya mendapat idea... apa kata saya tampal yg berlubang itu dengan bunga....

Maka bermula projek mencari bunga yg sesuai dengan warna tudung saya ni... bila dah jumpa yg berkenan... saya pun mula menjahitnya kerana saya nak pergi kenduri kahwin dgn baju yg saya padankan dgn tudung tu..

Dah siap satu... jadi kena tambah lagi bunga ni .. tak kan satu jer kat tudung tu kan... saya tambah jadi tiga kuntum bunga keseluruhannya..

Bila saya pakai tak sama pulak kedudukan bunga tu... oleh kerana dah nak pergi kenduri kahwin tu... pakai jer dulu nanti betulkan kemudian... ehe :)
Maka selamatlah tudung itu dari dibuang... kalau kekawan ada tudung yg berlubang terkena iron tu, boleh lah ditampal bunga seperti yg saya buat ni ye ehe he :)

Sabtu, 31 Mac 2012

Sudah Ada Kawan Si Cantek Manis ^___^

Jenuh jugak mencari kawan si cantek manis ni ;) ingat tak entri saya SI CANTEK MANIS PALKADOT . Ini pun kirim dengan kawan minta belikan,  bila tengok dia pakai tudung palkadot. Boleh mereka bergaya  tengahari nanti di rumah pengantin.

Tapi risau jugak kerana tidak sama, takut mereka berdua berebut yang ini cantik... yang itu tak cantik. Kena lah mama fikirkan untuk memujuk dua orang anak dara mama ni.

Dua tudung yang berbeza tapi masih palkadot..

Yang ni untuk Nabilah

Yang ini untuk Najeeha ^__^ 
Harap-harap dua beradik ni berlapang dada lah menerimanya....