JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 19 April 2012

FAIL OH FAIL... ^___^

Dari pukul 9.00am hingga 12.30tghr, kami menyusun fail... ini gara-gara pindah stor fail baru, dah tu nak di audit pula... aduh penat badan.. kena gak pergi kerana nama saya dah naik list... sebab ada kotak-kotak yang belum disusun dan dikemaskan. Tempat panas pula... pergh berasap badan .. rasa nak pitam pun ada..

Ceria tetap ceria ^__^
Susun ye adik-adik semua... nasib baik bawa dia orang... semua rajin-rajin belaka..





Saya pakai mask.. tak tahan habuk :D





Akhirnya..... siap disusun di raknya... :D


Pembantuku perlu di servis... ^__^

Semalam saya pergi Eon Servis Glenmarie Shah Alam, en suami dah buat appointment dengan Eon Servis pukul 8.00am, lepas hantar Nabil ke Tadika saya terus pergi, entah macamana boleh keliru pulak.. simpang mana satu nak masuk ye, fikir saya, agaknya terus.... aduh salah... tekaan saya.. apa lagi, nak u-turn jauh, biasalah jalan sehala... rupanya en suami dah sampai di Eon Servis tu, dia call tanya kat mana... hahaha saya jawab sesat... la dah berapa kali pergi boleh sesat kata en suami. Dah pukul 8.30am ni, abang tak boleh tunggu, masuk kerja pukul 9.00am " sambung en suami. Saya kata"tak pe lah boleh settle sendiri",.. dah pun salah saya..

Sampai Eon Servis tu orang tak ramai lagi, tambahan saya dah ada appointment, tunggu lima minit, nama saya dah di panggil, budak kaunter tengok sahabat EON saya dah tamat tempoh, "nak sambung tak kak", tanya dia.. "okey gak ",jawab saya, lagipun kalau apa-apa hal toing kereta percuma, pas tu ada diskaun utk servis. 'Nak servis je ke ",tanya budak tu, "tak , ada yang perlu dibaiki, kunci keretanya alarm dia tak bunyi, pas tu nak tekan punya lah susah, llagi radio ni.. kejap kejap dia off sendiri...lagi aircond, blower jer tak sejuk, belakang pun panas jer, pastu break, asyik berbunyi, mengalahkan break lori jer..,"kata saya tersenyum. Budak tu pun senyum sama... hahha dah banyak kali akak komplen pasal break ni kan... ye kak, masalah break, banyak terima komplen. Bila boleh siap tanya saya, akak nak tunggu ke, rasanya petang baru siap... Ni baru pukul 9.15am, nak tunggu petang.. oh tidak berasap... macam ni....

Saya call adik ipar saya, dia kerja kat situ jer, boleh tak datang ambil akak di EON Servis, lima minit dia sampai, dia kata akak bawa balik lah kereta ni.. hantar saya kat ofis kejap.. okey jawab saya... Banyak kerja saya boleh selesai kat rumahkan.

Dalam pukul 4.oopm budak tu call, dia kata kereta dah siap cuma break jer tak siap sebab barang tak ada kena order kat vendor, akak tinggal kereta ni kat sini... ohhh ohh tidak boleh, nanti akak nak hantar anak pergi sekolah, akak nak pergi kerja,susah, boleh akak ambil dulu, nanti bila dah ada barang call, nanti akak balik kereta... Okey boleh kata budak tu... Ambil adik ipar di ofisnya dulu, pastu dia hantar saya ke EON servis tu semula.

Penat jugakan nak buat servis kereta ni, terpaksa ambil cuti satu hari... berasap juga lah kalau nak tunggu ^___^

Rabu, 18 April 2012

WW : Hasil Kraftangan Kak Nabilah ^__^

Hasil kraftangan yang dibuat oleh Kak Nabilah....




Gambar selepas ditambah aksesori




Nabil pun nak enterframe...