JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 8 Januari 2018

Yang Mana SATU .. Sholat SUBUH Kita.. 😌


Peringatan yang sangat mengesankan..

*SESUNGGUHNYA, SUBUH ITU TERJEMAHAN DIRI*

*Jika subuhnya sentiasa dipelihara.*
Tanda akan selamat dari neraka.

*Jika subuhnya tiada dia tinggal.*
Allah melindunginya dari aral.

*Jika subuhnya didahului sunat.*
Berganda isi dunia dia mendapat.

*Jika subuhnya bergelapan ke musolla.*
Di kegelapan akhirat mendapat cahaya.

*Jika subuh ke cerah berwirid lagi.*
Mendapat pahala umrah dan haji.

*NAMUN...*

*Jika subuhnya tiada dijaga.*
Pada wajahnya tiada cahaya.

*Jika subuhnya sengaja terlupa.*
Tanda imannya tiada bernyawa.

*Jika subuhnya terasa berat.*
Tanda munafik sudah mendekat.

*Jika subuh tiada dipeduli.*
Tanda iman menghampiri mati.

*Jika subuhnya tiada berjama’ah.*
Tanda hidupnya akan hilang barakah.

*Jika subuhnya tiada ke masjid.*
Tanda imannya ada penyakit.

*Jika subuhnya selalu terlewat.*
Tanda imannya semakin cacat.

*Jika subuhnya diakhir waktu.*
Tanda iman semakin kelabu.

*Jika subuhnya hari dah siang.*
Tanda rezekinya udah hilang.

*Jika di subuh masih berdengkur.*

Tanda syaitan memeluknya tidur.


Sumber :: WhatsApp

14 ulasan:

  1. syukran...semoga kita istiqomah dlm beribadah kepadaNya..

    BalasPadam
  2. mudah-mudahan segala ibadat kite diterima oleh NYA dan menjadi bekalan di akhirat ketika di hisab kelak kak....

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah
    Bgus info ni..tq syg yati...

    Indahnya Islam saling ingat mengingati ukhuwah terjalin erat..positive..😍

    BalasPadam
  4. Moga Allah rezekikan kita mendapat Subuh yang terbaik. Hanya kepadaNya tempat bergantung. Tiada daya kita kecuali dengan izinNya

    BalasPadam
  5. Salam subuh.. lamanya tak berkunjung kesini, rindu betul rasanya nak jln2 kat rumah kawan2 di alam maya ni hihihi

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah. terima kasih atas peringatan ni :)

    BalasPadam
  7. Salam perkenalan kak. GV follow blog akak ya. Terima kasih atas peringatan mengenai solat ni ya kak. Terbaik. :)

    BalasPadam
  8. moga kita sentiasa direzekikan untuk bersolat subuh dan juga 2 rakaat sunat sebelum subuh inshaAllah

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)