JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 27 Ogos 2018

YA ALLAH.. TERIMALAH KORBAN KAMI πŸ‚πŸπŸ˜πŸ’–

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Alhamdulillah pd tahun ini diizinkan Allah s.w.t utk kami sekeluarga melakukan ibadat korban. 
Jadi pd hari khamis pagi tu.. MjFatonah menghantar lembu yg telah kami beli utk korban tu. Adik saya uda yg terima lembu tu.. siap selfie dgn lembu tu.. uda kata .. pak cij tu bekalkan dedak utk makanan selama dua hari. Sebab kami mengadakan korban pd hari sabtu. 

Jadi ptg tu tak sabar anak2 saya nak balik kuang sbb nak tengok lembu. Anak2 cukup gembira dgn lembu yg sgt baik ini. Elok saje anak2 bermain dgn lembu ni.. termasuk mama dan abahnya πŸ˜‰

Teringat sewaktu memilih lembu untuk dijadikan korban ini. Kami bertanya kepada lembu-lembu yg berada dlm kandang tersebut. Siapakah yg mahu menjadi korban kami pd tahun ini.. hulurkan kepala kamu.. maka lembu yg bernombor 6220 ini menghulurkan kepalanya. Alhamdulillah.. terima kasih ye mahu menjadi korban kami 😊

Jadi pada sabtu 25.8.2018 bersamaan 13 Zulhijjah.. kami membuat majlis korban. Pagi tu sempat lagi abg along saya dan saya berselfie dgn lembu ini. Sangat baik.. diam dan elok duduknya sewaktu kakinya diikat utk disembelihkan.

Diam dan tidak meronta-ronta sewaktu disembelih tu. Kami terus bertasbih sehingga selesai disembelihkan. Ketua penyembelihan dilakukan oleh adik saya Ustaz Azharudin.

Kemudian ketua melapah dilakukan oleh abang along saya. Bersama en suami dan anak2 buah yg telah diberikan tugasan.

Bagi tugasan menimbang dan mengagihkan daging diketuai oleh kak ateh saya bersama anak menantunya. Adik saya ucu dan anak kak andak buat penghantar daging kepada fakir miskin di kampung kami.

Bagi tugasan memasak telah diketuai olek kak angah saya. Kak angah masak rendang hati,limpa dan paru. 
Kak alang saya masak sup tulang bersama kak hafsah.. jiran kak lang saya. Saya pula memasak rendang hijau daging bersama maman.
Gambar rendang hijau saya sahaja yg ada πŸ˜†πŸ˜‰
Kak andak saya masak nasi lemak.. adik saya uda sediakan kuih muih serta minuman..

Selepas mahgrib kami mengadakan bacaan yasin, tahlil semua arwah dan doa selamat utk semua.

Selepas solat isyak baru kami menikmati juadah yg disediakan. Menu utamanya ada lah mee/bihun sup tulang lembu, nasi impit, rendang hati limpa dan paru, rendang hijau daging dgn maman, nasi lemak dan kuih muih serta minuman. 
Gambar tak sempat ambil sebab leka berbual dan menikmati juadah πŸ˜†πŸ˜‰

Semoga ibadah korban kami diterima oleh Allah s.w.t. 
Dan jua pengajaran kepada kami untuk menjadi hamba Allah yg taat pada perintah Allah s.w.t seperti Nabi Ibrahim a.s dan menjadi contoh anak yg patuh seperti Nabi Ismail dlm menyantuni suruhan ayahnya atas perintah Allah s.w.t. Aamiin

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Semoga ibadah korban kita diterima Allah.

    BalasPadam
  2. Alhamduliiah selesai sudah ..... rasa sayu pun ada dengar cerita lembu tu Ti...
    Untunglah bila ramai adik beradik, apa jenis kakak semua ada hihi.... senang sikit nak dijadikan ketua utk kerah buat keje....

    Menu bukan main banyak ye Ti, mmg seronok tu makan sambil berbual makanan tak habis habis....hihi

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)