JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 25 April 2019

HADAPI HIDUP DENGAN CINTA KEPADA ALLAHπŸ’šπŸ’žπŸ’–


Assallamualaikum sahabat ku sayang πŸ’š

Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘😍

Alhamdulillah.. ujian air telah berakhir.. pihak SYABAS kata pukul 11pm telah siap kerja-kerja pembaikan. Sekarang telah dimasukan ke bahagian rawatan air bersih. InsyaAllah secara berperingkat-peringkat ke tangki kawasan pula. Alhamdulillah As Syakur..πŸ’š


HADAPI HIDUP DENGAN CINTA KEPADA ALLAH

Sebesar apa-pun penderitaan bila dihadapi dengan cinta kepada Allah, maka ia akan terasa ringan.

Bukti rasa cinta kita kepada Allah adalah sikap taat, sabar, ikhlas dan redha diatas semua keputusan-Nya, serta selalu bersyukur atas rahmat dan cinta-Nya.

Maka, mari perkaya jiwa kita dengan ghairah cinta kepada Allah.

Abu Zarr r.a mengatakan bahawa Rasulullah SAW bertanya kepadaku:

"Wahai Abu Dzar...! Apakah menurutmu harta yang banyak itu menandakan kekayaan?".

Aku menjawab: "Benar, wahai Rasulullah!".

Tanya beliau kembali: "Apakah menurutmu harta yang sedikit menandakan kefakiran?"

Jawabku: Benar, Wahai Rasulullah!"

Kemudian Rasulullah SAW bersabda:

"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya orang yang kaya adalah orang yang kaya jiwanya. Dan yang fakir adalah yang fakir jiwanya. Kerana itu siapa saja yang kaya jiwanya, maka tidak akan berbahaya baginya segala penderitaan yang dia alami di dunia ini. Sebaliknya, siapa saja yang fakir jiwanya, maka sesungguhnya harta benda yang melimpah ruah tidak akan menjadikan dirinya kaya, melainkan kekayaan itu akan membuat dirinya serakah dan bakhil !" (HR Ibnu Majah)

Sumber : Facebook

7 ulasan:

  1. tp kt opis dana masih takde lg ni kak, toilet opis belakang dh ada tp kecik bhg depan takde lg...

    BalasPadam
  2. ALHAMDULILLAH REDA UJIAN-PNYA ALLAH PERMUDAHKAN

    BalasPadam
  3. alhamdulillah... ohya, 1st time datang sini, saya follow. jemput singgah ke blog saya [Sis Hawa]

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)