Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 6 September 2016

ZIKIR DAN DOA UNTUK ANAK MENGHADAPI PERIKSA..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..

DOA UTK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN.
 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Ya Allah,
Pagi ini anak2 kami akan menduduki peperiksaan UPSR.Kami mohon kepada Mu ya Allah bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,
 Peliharalah kesihatan anak anak di hari peperiksaan nanti.Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti.Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan,jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

Ya Allah,
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah,
berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami.Mudah- mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi,semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada mu ya Allah.

Ya Allah,
Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat.kami mohon kepada Mu Kau perbaiki akhlak anak anak kami.

Ya Allah,
kami tidak mampu mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah.kami serahkan anak anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah.Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat tempat yang Engkau redhai.Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.
Jauhilah mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.

Ya Allah,
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja,tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak jiran jiran dan sahabat kami ya Allah.Berikanlah mereka kejyaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat ya Allah.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini.

⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐

ZIKIR KETIKA ANAK SEDANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Ya Zohir, Ya Haadi, Ya Nuur, Ya Baari' (3x)

Bicara hati:
Ya Allah, Ya Zohir, nampakkan kepada anakku jawapan bagi soalan -soalan peperiksaannya.

Ya Allah, Ya Haadi, berikan petunjuk jawapan bagi soalannya.

YA Allah, Ya Nur, pancarkan cahayaMu di dalam fikirannya agar dia mendapat jawapan bagi segala persoalan.

Ya Allah,Ya Baari' yang Maha Mengatur, aturkan jari jemarinya untuk menulis ilmuMu dalam peperiksaan ini.

#Bacalah zikir dan doa ini. Bagi ibu-ibu yang uzur.

Sumber : WhatsApps


12 ulasan:

  1. Teruskan doa dan zikir selagi anak masih di dewan peperiksaan Yati
    Itulah usaha terakhir sebagai ibu.

    BalasPadam
  2. amin... moga di permudahkan

    org kata doa mak paling mujarab

    BalasPadam
  3. Wkmsalam.
    Aamiin.
    Bacakan utk Syaza Najeeha

    BalasPadam
  4. amin..
    teruskan berdoa kak sementara tengah exam ni.
    moga2 dimakbulkan

    BalasPadam
  5. Amin...amin ya Robbal alamin.....
    Memang betul betul anak pereksa ni namanya.....senyap sunyi sepi semua ada

    BalasPadam
  6. ada parents kadang2 tu amek cuti khas nak duduk doakan anak2.. pengorbanan.. semoga anak2 diberi kecemerlangan dunia akhirat..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)