JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 4 Jun 2019

ADAB-ADAB MENYAMBUT EIDIL FITRI DAN MENGHIDUPKAN MALAMNYA🤩💖🌷




ADAB-ADAB MENYAMBUT EIDIL FITRI DAN MENGHIDUPKAN MALAMNYA

                             بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
                         السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Malam Eidilfitri adalah malam ibadat yang menyediakan beberapa kelebihan.

1⃣ MALAM MUSTAJAB DOA

Kata Imam As-Shafie rahimahullah

“ Lima waktu yang tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Eidilfitri dan malam Eidiladha ”

2⃣ DIKURNIAKAN ALLAH HATI YG HIDUP

Sebuah lagi hadis menjelaskan :

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ : عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ  " مَنْ قَامَ لَيْلَتَيْ الْعِيدَيْنِ مُحْتَسِبًا لِلَّهِ لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ"

Daripada Abi Umamah daripada Nabi saw, ia bersabda :

 " Sesiapa yang menghidupkan dua malam hari raya (Eidilfitri dan Eidiladha) ikhlas kerana Allah, maka hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati seseorang "
( Ibnu Majah)

▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪

DI ANTARA AMALAN - AMALAN YANG DIANJURKAN PADA MALAM EIDILFITRI

1⃣ Hendaklah memperbanyakkan takbir (membesarkan Allah), tasbih (mensucikan Allah), tahmid (mengucapkan syukur) dan berselawat ke atas junjungan Rasul SAW.

2⃣ Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya.
seperti iktikaf dan melakukan solat-solat sunat seperti tasbih, taubat dan hajat.

3⃣ Melakukan Qiamullail pada akhir malam

▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪

PERINGATAN

1⃣ Memastikan pembayaranan zakat fitrah bagi diri dan tanggungan disempurnakan

2⃣ Menghiasi diri dan tempat tinggal supaya  bersih dan cantik.

3⃣ Mengelakkan pembaziran sambutan raya dengan persiapan yang sederhana.

▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪

PADA 1 SYAWAL

1⃣ Mandi sunat Eidil Fitri pada pagi harinya.

2⃣ Memakai pakaian bersih dan terbaik yang dimiliki.
( Lelaki disunatkan memakai haruman dan wangian )

3⃣ Memohon keampunan dan bermaaf-maafan daripada ibu bapa, suami isteri dan keluarga.

4⃣ Sunat menjamah sedikit makanan seperti tamar sebelum keluar menuju ke masjid.

Diriwayatkan drp imam Bukhari dan imam Ahmad, daripada Anas katanya :

 “ Nabi Muhammad SAW memakan beberapa biji tamar sebelum keluar pada pagi Eidilfitri dan Baginda memakannya dalam bilangan yang ganjil.”

 Makan itu adalah tanda tidak berpuasa dan bersyukur dengan nikmat dianugerahkan Allah SWT.

5⃣ Memperbanyakkan Takbir dan jangan terlalu sibuk dengan aktiviti lain seperti menonton TV dan bermain mercun sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan.

Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Eidul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang masjid supaya dapat bertemu ramai orang dan mengucapkan salam serta tahniah.

6⃣ Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.

🌷 Menjaga adab sopan ketika ziarah dan memilih waktu yang sesuai berziarah.

🌷 Membersihkan hati dan memperbaiki hubungan sesama Muslim.

🌷 Bersabar dan mengikis segala perasaan benci, dendam, dengki dan iri hati.

🌷 Menanamkan perasaan kasih-mengasihi sesama umat Islam.

🌷 Bermaaf-maafan dan bina hubungan persaudaraan yang kukuh.

🌷 Niatkanlah tujuan menziarahi sanak saudara, sahabat handai untuk mendapat keredaan Allah SWT.

7⃣ Bersedekah kepada mereka yang dhoif dan memerlukan.

8⃣ Mengelakkkan perkara-perkara yang ditegah syarak seperti bercampur aduk lelaki perempuan tanpa menjaga batas2 syariat serta tidak mendedahkan aurat dengan berpakaian ketat, singkat dan jarang.

9⃣ Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain.

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah :
                                 ( تقبل الله منا ومنكم )
“ Taqabbalallahu minna wa minkum ”
ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat kita di bulan Ramadhan) kami dan kamu ”.

Disebut dalam sebuah riwayat :

Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah SAW pada hari raya dan aku katakan pada Baginda,
 “ taqabballahu minna wa minka ”,
Baginda SAW menjawab :
“ Ya, taqabbalallahu minna wa minka.”
 ( Baihaqi)

Sambutlah Eidil Fitri dengan penuh rasa syukur dan kehambaan kepada Allah Subhanahu Wa Taala serta berazam utk terus istiqamah dengan amalan2 soleh yg telah dilakukan sepanjang bulan Ramadhan yg mulia itu.

🌷 🌷 🌷 🌷 🌷 🌷 🌷 🌷 🌷 🌷 🌷 🌷 🌷

                               من العايدين  الفايزين
                               و كل عام وانتم بخير
                               و انتم إلى الله أقرب

Sumber: WhatsApp






8 ulasan:

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)