JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Ahad, 21 Julai 2019

Penyelesaiaannya adalah SOLAT 😍😘🕌

Assallamualaikum kekawan semua 😍
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘😍



Saudara-saudariku, solatlah!

Tidak kira apa jua yang terjadi pada hidupmu..
Solatlah!
Tak kira sebesar apapun dosamu..
Solatlah!
Tak ada alasan untuk meninggalkan solat.

Pernah seorang perempuan berkata: “Saudaraku aku belum berhijab!”
Aku katakan padanya: “Solatlah!”

Saudari itu berkata: “Lihatlah, aku belum berpakaian menutup aurat!”
Aku katakan padanya: “Solatlah!”

Saudari itu berkata: “Aku minum alkohol!”
Aku katakan padanya: “Solatlah!”

Saudari itu berkata: “Aku telah berzina dengan kekasihku!”
Aku katakan padanya: “Solatlah!

Apa pun yang terjadi pada hidupmu, Solatlah!”

Saudari itu berkata: “Saudaraku, bagaimana mungkin aku solat sementara aku bermaksiat?
Itu hipokrit dan seperti orang munafik.”

Aku katakan padanya: “Tidak saudariku, sebab itu perlu solat.

Kerana manusia tidak ada yang sempurna, selalu melakukan dosa dan kesalahan. Maka solatlah!”

Allah berfirman:
“Sesungguhnya solat itu mencegah (perbuatan) keji dan mungkar.” (Al-Ankabut:45)

Sebahagian orang ada yang berkata:

“Saya perbaiki diri dulu, bila sudah insaf nanti saya akan solat.”

Aku katakan:

“Saudaraku, engkau tidak akan bisa memperbaiki apapun jika engkau meninggalkan solat. Sebab itulah engkau mesti solat, untuk memperbaiki hidupmu.”

Ketika tak ada siapapun di sisimu…

Solatlah!
Tak peduli apapun yang terjadi dalam hidupmu… Solatlah!
Tak peduli dimanapun kamu berada…
Solatlah!

Terkadang ada yang mencemuh kamu:

“Kamu munafik, sehari-hari tidak berhijab tapi solat.”

Katakan padanya:

“Terima kasih saudaraku telah menyebutku munafik, semoga Allah membalasmu. Tapi solatku ini adalah urusanku dengan Allah, bukan urusan orang lain!”

Rasulullah ﷺ bersabda:

"Pemisah antara Muslim dengan kekafiran adalah meninggalkan salat.” (HR.Muslim)

“Sesungguhnya amal hamba yang pertama kali akan dihisab pada hari kiamat adalah shalatnya. Apabila baik shalatnya, dia akan mendapat keberuntungan dan keselamatan. Namun, apabila sholatnya rosak dia akan menyesal dan merugi.” (HR. Abu Daud & Al-Hakim)

Solatlah untuk meraih keampunanNya.

Solatlah untuk mendapat hidayahNya.

[Mohamed Hoblos]

Sumber :: Facebook

7 ulasan:

  1. TIADA ALASAN UTK XBERSOLAT BAGI UMAT ISLAM

    BalasPadam
  2. Solat itu ibarat tiang dan benteng..maka solatlah.

    BalasPadam
  3. "Solatlah sebelum kamu disolatkan"

    BalasPadam
  4. terima kasih kerana menulis mengingatkan kami semua akan kepentingan solat

    BalasPadam
  5. aida ada tgk satu ceramah di astro oasis.
    ustaz kasim elias pesan, jahat mana pun kita, solatlah.
    itu ubat paling mujarab.
    pe pun yg kita buat, solatlah!
    setuju dgn entri ni. tq for reminding me.

    BalasPadam
  6. betul tu kak, dulu zmn muda2 nakal selalu tinggal solat, dh tua2 nih... rasa nyesal sgt
    kdg kita qada mana yg mampu... moga Allah ampunkan dosa2 kita

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)