JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 10 Ogos 2019

Doa Menghayati Hari Arafah Dengan Merenung Hari Akhirat 😢😥

DOA MENGHAYATI HARI ARAFAH DENGAN MERENUNG HARI AKHIRAT 😥
بسم الله الرحمن الرحيم.
اللهم صل على محمد وآل محمد..
لا إله إلا الله وحده لا شريك له،
له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير..

"Allahumma Ya Malikul Mulk, Sesungguhnya Engkaulah Raja & Penguasa Hari Pembalasan yg Mutlak. Sesungguhnya Mahsyar yg Engkau Hamparkan di Akhirat itu akan dikumpulkan semua hambaMu utk Dihisab dgn Penuh Adil ya Hasib ya Muhsi ya Adl dan diBalas semua apa yg dilakukan saat di dunia.

Ya Allah, dihari yg Mulia ini kami yg kerdil ini dtg Memanjatkan DOA dgn Penuh Pengharapan agar Engkau Lindungi kami dari Huruhara Mahsyar nanti *Ya Hafiz Ya Muhaimin. Letakkanlah kami dibawah Lembayung kasih-Mu *Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud*.

*Ya Hafiz Ya Muhaimin* Lindungilah Anggota² Tubuh kami dari Menjadi Saksi ke atas Kejahatan yg telah kami lakukan sepanjang hidup kami juga Penyaksian Hukuman-Mu ya Hakam 😣.

Sucikanlah Ya Allah Segala Dosa² yg telah dilakukan oleh Anggota² tubuh badan kami *Ya Quddus Ya Jalil*. Kami juga Merayu kpd-Mu Ya Allah, Engkau Lindungilah kami *Ya Hafiz Ya Muhaimin* dr Tergelincir tatkala kami Menyeberangi Titian sirat-Mu. Lindungilah kami *Ya Hafiz Ya Muhaimin* dari Pengait² Ahli neraka yg berada dibawah titian siratMu.

Ya Allah kami Merintih kpd-Mu dihari Arafah yg Mulia ini, Engkau Tutupkanlah Pintu² Neraka buat kami dgn Serapat²nya *Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya Karim*. Lindungilah kami Ya Allah *Ya Hafiz Ya Muhaimin* dr azab NerakaMu *Ya Dharru Ya Hakam Ya Muntaqim*.

Sesungguhnya Azab NerakaMu tidak Mengenal Pangkat, Darjat & Keturunan, Semuanya akan Menerima Balasan yg Setimpalnya atas Kejahatan & Kezaliman masing² *Ya Adl Ya Hakam*.

*Ya Allah Ya Muntaqim Ya Zohir , Zohirkan keadaan  Neraka pd pandangan Matahati kami agar kami sentiasa Merasa takut pada azabMu dengan Patuh akan Arahan²Mu & Menjauhi larangan²Mu.

Sesungguhnya NerakaMu itu Rumahnya Penuh dgn Ular & Kala jengking berbisa yg akan membaham ahli didalamnya. NerakaMu itu makanannya dari Buah Zaqqum yg Berduri & Minuman dari Air Nanah Mendidih yg Menghancur Luluhkan. Seringan² Siksaan, apabila dipakaikan Selipar nerakaMu maka menggelegaklah Otak² Ahli NerakaMu.

Maka Ya Allah Ya Qohhar, Tundukkanlah Nafsu buruk kami agar Tidak Melakukan Dosa² & Maksiat dimuka Bumi ini. Sesungguhnya kami Tak Mampu utk Menanggung Azab nerakaMu *Ya Muntaqim* Walaupun Sesaat dan kurang dari itu.

Kami Merayu kpd-Mu Ya Allah, Engkau Bersihkanlah kami *Ya Quddus Ya Jalil* sebelum kami Pulang ke Pangkuan-Mu. Sesungguhnya kami ingin kembali kpd-Mu dgn jiwa yg Tenang *Ya Mu'id Ya Mukmin*.

Ya Allah ya Razzak ya Ghoni, Rezekikan kami dibangkitkan bersama Para Rasul-Mu utk Menerima Buku Catitan Amal kami dgn Tangan Kanan kami.

Ya Allah jadikanlah Kubur kami Taman² SyurgaMu, Temanilah kami yg Keseorangan & Kesepian didlm kubur nanti dgn Kasih syg-Mu *Ya Rahman Ya Rahim Ya Rouf Ya Karim*.

Tempatkanlah kami Ya Allah Ya Jaami' dikalangan Orang² yg Soleh & Para Syuhada'Mu. Lindungilah kubur kami *Ya Hafiz Ya Muhaimin* dr Menjadi Kawah NerakaMu *Ya Dharru Ya Hakam Ya Muntaqim* 😣

Ya Allah *Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahhab ya Karim,* Bantulah kami agar Dapat Menjalankan Sebaik-baik Tugas Sbg Hamba dan Khalifah-Mu di dunia ini.

Elokkanlah Urusan Dunia kami Ya Barr Ya Naafi' yg padanya tempat kami Memberi Manfaat. Elokkanlah juga Urusan Akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali buat Selama²nya *Ya Mu'id Ya Baaqi*.

Ya Allah, Terimalah Amalan kami. Terimalah Taubat kami *Ya Tawwab* Ampuni kami *Ya Ghaffar Ya Ghoffur*, Amankanlah Kehidupan kami di Dunia ini dan Akhirat nanti yg Kekal Abadi *Ya Mu'id Ya Mukmin Ya Baaqi*.

Ya Allah, Rezekikanlah kami *Ya Rozzaq* akan Syurga FirdausMu yg Maha Luas Nikmatnya &
Bantulah kami Ya Allah utk Kekal Taat kpd-Mu *Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahhab Ya Karim Ya Baaqi*.

Sungguh Kami Tidak Berdaya tanpaMu, Akal dan Amalan kami Lemah untuk Memahami Segala Aturan-Mu yang Maha Sempurna maka Hanya Redha, Rahmat-Mu dan CintaMu Ya Wadud yang Kami Harap-harapkan.

Sebelum kami Mengundur diri, Sembuhkanlah Semua yang Sakit ya Salam ya Fattah khususnya Anak-anak di Wad Kanser. Rezekikanlah Kami semua dan Anak Keturunan kami pandai Baca, Faham, Amal Alquran. Berikan Cahaya HidayahMu ya Nuur ya Hadi ya Haq buat Ummat Akhir zaman ini khusus pada Anak Remaja kami dan LGBT.

Kpd-Mu kami Berserah Diri ya Baari' ya Somad. Makbulkanlah *Ya Sami' Ya Mujib* kami yakin dgn Kekuasaan-Mu *Kun Fayyakun*,
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar & Memakbulkan DOA. Aamiin Ya Robbal'Alamiin.

Waktu mustajab doa @ Waktu Wuquf esok :

Mula Zuhur @Arafah : 12:30pm, *waktu Malaysia 5:30pm*

Akhir Maghrib @Arafah : 7:10pm, *waktu Malaysia 12:10am*

#DoaSenjataMukmin

4 ulasan:

  1. sibuk entah apa sampai lupa nak berpuasa hari tu..harap tahun depan boleh la berpuasa nanti

    BalasPadam
  2. Moga kita semua sentiasa di dlm lindungan dan pemeliharaan Allah

    BalasPadam
  3. Moga kita semua sentiasa di dlm lindungan dan pemeliharaan Allah

    BalasPadam
  4. Moga kita semua sentiasa di dlm lindungan dan pemeliharaan Allah

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)