JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 2 Januari 2020

Kembali ke asrama SAMTTAJ.. Syaza Najeeha 😘😍❤️

Assallamualaikum kekawan semua 😍😘
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua ditahun baru 2020πŸ˜πŸ’–


Semalam 1/1/2020 menghantar Syaza Najeeha Pula kembali ke sekolah.. Masih Di SAMTTAJ meneruskan pengajian. Lepas solat zohor terus gerak gi sekolah. Pendaftaran asrama bermula pukul 2.00pm.. nak pergi awal katanya utk cop katil bawah🀭 macam2 anak2 ni Kan.. smpi sekolah pelajar tak ramai lagi yg sampai. Alhamdulillah Tahun ni dia dpt asrama bawah , tak perlu Naik tangga katanya.. 

Saya berdua beranak je dlm bilik asrama Tu.. orang pertama masuk bilik Tu Kan 😁 tolong dia kemas bilik Tu Dan susun barang2. Geram rasanya nak menyapu.. sebab byk habuk Dan berpasir juga.. cakap dgn Najeeha.. mana nak dpt penyapu.. katanya tak apa nanti dia Minta kat cleaner.. dia kata mama balik lah nanti dia kemas dgn kekawan.. apa tak nya mama membebel ajerπŸ˜‚


Cikgu sekolah wasap senarai Nama pelajar yg Naik tingkatan 4.  Najeeha dapat kelas perakaunan berdasarkan dgn pencapaian keputusan PT3 tempohari. Cikgunya kata boleh buat rayuan kalau nak masuk kelas lain. Najeeha kata dia nak kelas perakaunan Tu.. tak payah tukar lah mama..

Baiklah mama doakan utk anak2 mama.. Semoga dipermudahkan untuk menuntut Ilmu..

Ya Allah yg Maha pemberi Ilmu Dan Hikmah, kurniakanlah kpd anak2 kami yg Maha Pengurnia. Permudahkan lah mereka semua dlm menuntut ilmu. Aamiin 🀲🏻❤️😊

Sekarang ni tinggallah Kami berdua dirumah.. sunyi dah anak2 semua diasrama.. Alhamdulillah saya pun dah Ada aktiviti harian.. menuntut ilmu akhirat di Masjid Negeri Shah Alam.. syukur ke hadrat Ilahi yg memanjangkan usia saya utk terus memperbaiki amalan saya. 

14 ulasan:

  1. hari ni masing2 cerita pasal anak msk sekolah..:)

    BalasPadam
  2. Sunyikan CH bila anak2 dah balik ke destinasi masing2..

    BalasPadam
  3. tingal berdua je? hehehe dh mcm honeymoon pulak kannn., ;p

    BalasPadam
  4. bestnya boleh pergi menuntut ilmu.
    selamat tahun baru 2020

    BalasPadam
  5. heheheh mesti kakak Najeeha kata mama nya bebel je, baik dia suruh balik

    moga di permudahkan semuanya buat kakak Najeeha ya...

    BalasPadam
  6. ooo sekolah kat SAMTTAJ ye.
    all the best to her.

    BalasPadam
  7. semoga Najeha berjaya didunia dan akhirat.

    BalasPadam
  8. oklah dia minat accounting..ammi dulu takleh nak masuk kepala pulak debit credit ni..hahah

    BalasPadam
  9. selamat thn baru sis. semoga semua anak2 kita berjaya dunia akhirat. insyaallah

    BalasPadam
  10. Nadhrah dpt klas sains, tapi saya suruh tukar klas akaun sbb rasanya dia takleh bawa add math.
    All the best utk anaknya ye Ti, semoga berjaya di dunia dan akhirat.
    Yelah dah meningkat umur apalagi kita nak kejar selain menambah bekal ke sane.

    BalasPadam
  11. Semoga dipermudahkan segala urusan adik Syaza Najeeha di sekolah nya. Aamiin 😍

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah bagusnya Najeeha ni πŸ‘πŸ‘

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)