JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 25 Disember 2020

MENGAPA KISAH BANI ISRAEL JE DALAM AL-QURAN? 'BANI' MELAYU TAKDE KE? .πŸ˜”

 MENGAPA KISAH BANI ISRAEL JE DALAM AL-QURAN? 'BANI' MELAYU TAKDE KE?

.

Tuan Puan Dihormati,


Ketika anda baca Quran, tentu anda perasan pattern ni. Baca mana-mana surah pun, hampir pasti akan jumpa cerita Bani Israel.

Mengapa? Apa bagusnya bangsa ni?

Mengapa Allah s.w.t kerap highlight Bani Israel dalam Quran?


Saya pernah tanya seorang tuan guru tafsir kami dahulu dan jawabnya - 'Sebab, Bani Israel tu pun ada di kalangan melayu....'

Lagi saya tak faham. Aik? Bila masa aku jadi bangsa so called 'yahudi'?


Beliau datangkan penjelasan, 'Sebenarnya main point Tuhan highlight kisah & cerita dalam Quran, ia bukan nak fokuskan orang/kaumnya, tapi nak fokuskan PERANGAINYA.


Kaum akan hilang berganti tetapi perangai & karakter akan berulang sepanjang zaman. Kita memang bukan Bani Israel, kita 'Bani' melayu tetapi, perangai & sikap kita banyak persamaan dengan Bani Israel...'


Lagi saya berdesing telinga. Perh. Mana boleh kita disamakan dengan kaum degil tu?


Tok guru teruskan syarahan, 'cuba lihat karakter Bani Israel yang dilaknat pada zaman Nabi Musa. Apa perangainya? Mereka merupakan bangsa bermentaliti hamba bukannya merdeka.


Keburukan mentaliti hamba ni ialah, semuanya nak ditolong, semuanya nak disuap. Semua nak free. Malas berusaha. Bani Israel dulu, punyalah malas sehinggakan Tuhan 'terpaksa' bantu ’suapkan’ makan-minum, diberikan special privilege berupa makanan 'syurga', manna wa salwa & dua belas mata air khas sebagai minuman.


Apabila dah ditolong, tak bersyukur. Selalu lupakan pemberi nikmat tapi kerap meminta. Kan itu yg Bani Israel lakukan kepada Nabi Musa? Dah dibantu diselamatkan dari Firaun, still tak bersyukur. Masih mengada-ngada.


Kemudian, ia punya mentaliti suka mengelat. Ini fokus Surah Al-Baqarah. Apabila Nabi Musa bagi perintah sembelih lembu, depa pusing sana pusing sini. Tanya soalan sukar-sukar bukan sebab nak buat tapi nak mengelat.


Kemudian, suka tikam belakang. Mungkir janji. Baca jelah juz satu, kita tahulah apa yg mereka buat.


Dan yang paling teruk, mentaliti hamba ni suka berhibur, turuti nafsu & lagha. Sebab itu apabila Nabi Musa tinggalkan mereka 40 hari je, depa pi sembah patung Lembu. Dah lupa Tuhan yg depan mata kuakkan laut selamatkan mereka....


Ini memang mentaliti/karakter kufur nikmat...'


Mendengar syarahan tok guru tu saya terdiam. Fikir punya fikir, katanya itu memang banyak kebenarannya. Maaf, bangsa kita ada ramai yg 'copy-paste' karakter begitu.


Apabila ditolong, sering alpa untuk berterima kasih. Sering fikir dirinya deserve dengan nikmat & lupa tanggungjawab yg perlu dilakukan disebalik nikmat & bantuan. Kemudian apabila gagal mulalah cari alasan. Paling best, salahkan sahaja orang yg membantu.


Lihatlah, hutang PTPTN ramai yg mengelat. Bila diberi peluang belajar almost free, peluang itu diabaikan. Lihatlah berapa ramai pelajar kita yang gagal & so-so berbanding top scorer di kolej & universiti?


Berapa ramai yg diberi biasiswa tapi gagal / kurang menyerlah? Berapa ramai yg dapat nikmat kerja tapi mengelat & pemalas?

Ini bahana mentaliti hamba. Benar, saya tahu bukan semua melayu begitu. Ramai juga yg bagus & berjaya. Tapi kita menyebut tentang 'generalisasi', secara umum. Contohnya orang cina, umumnya mereka berniaga padahal tak semua berniaga.


Begitulah kefahamannya.

Memang kebenaran pahit untuk ditelan. Tapi nasihat ulama, jika kita inginkan 'buah', hikmah & nasihat Tuhan via Al-Quran, kita perlu membacanya dengan mentaliti 'islam' - tunduk, terima, mengaku, menyerah & pasrah.


Kita perlu setkan fikiran 'mengaku salah' & bersedia untuk ditegur. Andai kita membacanya dengan mentaliti 'ini bukan aku', tak mengaku & abaikan, selagi itulah segala hikmah Al-Quran akan 'memantul' keluar.


Selagi itulah kita rasa, 'alah, yang degilnya Bani Israel. Yang jahatnya Firaun. Yang gemar show-offnya Qarun, Yang busuk hatinya Abu Lahab. Yang masuk nerakanya orang kafir...'.


Mereka jelah yang jahat. Kita ini suci. Asalkan dah mengucap kita rasa safe. Sebab itulah bila baca Quran kita sukar mendapat petunjuk. Padahal pedoman Al-Quran bukan untuk mereka, tetapi untuk KITA.


Mereka hanya contoh & lambang sahaja.

Hikmah Al-Quran sukar nak masuk melekat dalam hati & mencorak peribadi sebab, kita membacanya dengan pemikiran 'aba wastakbaro' - abaikan & sombong. Tak mahu mengaku salah.


Memang adat manusia, siapa yang suka mengaku salah? Siapa pula yang suka ditegur? Mungkin teguran manusia kita  boleh menolak tapi dengan Al-Quran, harapnya kita tak buat begitu kerana, teguran & nasihat itu datangnya dari Tuhan yang disebabkan kerana kasih-sayangNya, kita masih 'ON', hidup sekarang. Kita bergantung hidup kepadaNya.


Kata ulama, semua teguran dalam AlQuran bukannya tanda marah, tapi tanda kasih-sayang. Tanda cinta Tuhan, kita ditegur awal melalui kisah Bani Israel sebelum kita terus melakukan kesilapan sama.


Kan tanda sayang anak, kita menegurnya jika malas belajar? Sebab kita tahu, segala teguran ini penting untuk masa depannya. Begitulah maksudnya.


Moga kita yg sering membaca Al-Quran, kita membacanya dengan mentaliti bersedia untuk ditegur.

Mentaliti padi. Makin tunduk, pasti akan makin berisi.

.

Ust Asraff Ayobb.


p/s: Saya just nak share. Jika anda masih belum berapa faham kisah penuh atau hikmah yang boleh dipelajari daripada tiga surah amalan harian yang sering dibaca setiap hari (mulk, waqiah & yasin), saya nak share solusi. Cuba dapatkan video tadabburnya.


Saya ada syarahkan banyak 'amazing point’ yang saya pelajari hasil daripada tadabbur surah ini. I.Allah melaluinya anda bukan sahaja dapat fahami surah yang dibaca setiap hari ini 'dengan hati', malah dapat membacanya dengan lebih ’feeling’ selepas ini.


Anda boleh dapatkan videonya melalui wasap urusetia kami di link ini ya:

wasap.my/60193315606/tadabburfree15

wasap.my/60193315606/tadabburfree15

2 ulasan:

  1. ALHAMDULILLAH PERKONGSIAN ILMU BERMANFAAT TKSH

    BalasPadam
  2. alhamdulillah.. Ilmu yang sangat bagus.. Terima kasih kak untuk perkongsian ini.. Menyuntik rasa ke dalam hati..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)