Assalamualaikum kekawan..
Semoga kekawan berada dalam rahmat Ilahi dan ceria selalu :)
Sungguh kesian anak2 yg mengambil UPSR 2014 ini.. gara-gara INTIGRITI TELAH MULA HILANG...
Hanya kerana hendak mengejar bilangan A , maka sanggup perkara ini dilakukan...
Aduhhhh bukan murid-murid sahaja yg frust.. cikgu-cikgu dan ibu bapa pun kecewa yg amat sangat...
Hari pertama 9/9/2014
Hendak juga saya menukilan kan disini perjalanan tiga hari Nabilah menghadapi UPSR dan menjadi sejarah yg perlu di ulang semula peperiksaannya..
- Nabilah melangkah ke perhimpunan pagi sebelum masuk kedewan.
- Melangkah penuh yakin kedewan untuk menghadapi peperiksaan.
- Kami ibu-ibu berkampung didalam surau membaca yasin, solat hajat, berdoa agar anak mudah untuk menjawab soalan.
- Gembira keluar dari dewan periksa untuk berehat
Hari kedua 10/9/2014
Cabaran buat Nabilah kerana demam, pagi tu bangun tidur dia dah muntah-muntah, saya rasa badannya panas.. aduhhh.. bagaimana ini.. saya bagi dia banyak minum air zam-zam dan bagi ubat demam yg tak mengantuk..
Diperhimpunan pagi tu saya maklumkan pada cikgu mengatakan Nabilah demam, mohon perhatian utk dia..
Namun masih gagah dan tersenyum untuk melangkah ke dewan periksa.
Alhamdulillah hanya satu papper jadi boleh balik rehat.. petang tu saya dan nabilah buat juga latih tubi utk sains.. malam tu dapat berita soalan sains bocor.. jadi ditunda pada 30 sept.. Nabilah rasa kecewa juga.. tapi saya bagi semangat.. jom kita latih tubi utk BI pulak..
Hari ketiga 11/9/2014
- Jadi pagi tu sampai tu sekolah murid2, guru2 dan ibubapa membaca yassin bagi menggantikan peperiksaan sains yg tak jadi.
- Juga cikgu membuat latih tubi utk BI 1 &2..
- Habis jawab BI1 saya beri nabilah makan awal.. lauk yg diambil ayam goreng kegemarannya..
- Masuk dewan kembali untuk menjawab BI 2.. rupa-rupanya sia-sia juga usaha mereka.. apabila kertas BI 1&2 didapati bocor..
- Sebelum menghadapi ujian Aptitude.. mereka solat zohor berjemaah..
- Pada pukul 2.45pm masuk utk ujian aptitude.. sepatutnya pukul 4.15pm kertas ujian ni habis.. tapi ada yg pukul 3.30pm dah keluar.. senang ajer mama soalan ni kata nabilah..
Selepas mereka habis berkumpul didataran, baru cikgu bagi tahu kepada murid2 yg kertas BI 1&2 yg dijawab tadi dibatal kerana soalan bocor... serentak terdengar keluhan dari murid2 ini.. kecewa mereka sungguh mereka.. usaha mereka tadi sia-sia..
Apa yg saya harapkan ada hikmah di sebaliknya..
Katanya ada yg kena ulang semua papper.. pada 30sept-2okt 2014..
Ya Allah hanya Engkau yg Maha Mengetahui di sebalik semua kejadian ini.. semoga ianya berakhir dengan kebaikan...
Rabbi Yassir Walatua'sir..
orang tua yng punya kerja.. budk2 yg kena tanggung.
BalasPadamx hilang tension lagi..
cuma harap ada hikmah benda dah berlaku... kalau boleh buat biar lagi baik ye..
macam ada peluang ke 2
kesian budak2 tu jadi mangsa keadaan :(
BalasPadamKan ada hikmahnya tu bila exam di tunda...bolehlah study lagi Nabilah....
BalasPadamDah baik ke demamnya?
kesian kan..dugaan buat anak2 nak menjawab..insyallah ada hikmah di sebaliknya...pengalaman buat akak n anak kan
BalasPadamKasihan anak2...tidak bertanggungjawab betul siapa yg melakukannya....
BalasPadamMemang org yg tidak amanah dan tidak jujur itu tak takut api neraka Yati.
BalasPadamKita sebagai ibu/bapa, guru dan murid yg terlibat mahupun yg tak terlibat rasa amat marah, geram, sedih angkara mereka.
Tabah dan sabarlah Nabillah. Auntie tahu Nabillah rasa sedih sangat kan sayang. Cuti sekolah ini struggle lagi.
kesian sungguh la dgn anak2 ni...aduhaiii...disebabkan sesetngah manusia yg takde integriti tak beradab dgn manusia dan tuhan,...macam ni lah jadinya..apa pun ada hikmah yg besar semestinya kan kak...good luck Nabilah..ada masa untuk latih tubi lagi..: )
BalasPadammmg kesian pelajar...
BalasPadammasalah ni makin membarah...yg sedihnya dlm bidang pendidikan pun di eksploitasikan jgk..kdg tertanya2 kalu ini berlaku dikalangan org2 yg dikatakan educated...apa lg yg sebaliknya...
KITA JGN PATAHKAN SMANGAT ANAK2 BERJUANG SELAGI BOLEH..MEREKA MASIH KECIL..CABARAN MASIH BANYAK YG BAKAL DI HADAPI...
BalasPadamTERUS MAJU ANAK-ANAK..BERTABAHLAH..ADA HIKMAH SEMUANYA..
Allah... anak2 kawan kebanyakannyer sampai menangis sbb kecewa sbb kena re-sit paper...
BalasPadamKesian pd anak2 yg amk UPSR thn nie.. mst sgt2 kecewa dan stress... Semoga dipermudahkan utk menjawab exam nnt ya adk Nabilah... :) (sama dgn nama ank antie.. moga2 dpt 5A jugak nnt mcm anak antie ya Nabilah).. Nabilah boleh buat! :)
BalasPadamteruk btol pd org yg x bertggjawab tu.. x amanah!
sebak hati baca coretan yati ni... kesian kat Nabilah dan anak2 yang lain.... dimanakah kejujuran seseorang yang telah diamanahkan untuk memikul tanggung jawap tentang keselamatan soalan2 pepereksaan cam ni...
BalasPadamMemang kesian betol kat anak2 yang amik UPSR tahun nih.
BalasPadamsepatutnye hari ini dorang dh merdeka dah kan~
nak bercuti minggu depan pon senang hati dah.
ini terpaksa lah bercuti dlm keadaan bersiap sedia untuk peperiksaan lagi.
kesian~
kesian dorang... terpaksa kena tangguh examnya
BalasPadambukan sja ank2 stress ,ibubpa pun belum boleh lega lagi....kesian anak2 ini,kakak juga turut simpati dgn yatie yg trpaksa hadapi stuasi begini walaupun baru pertama kali ank exam.mudh2an ada hikmah disebaliknya...
BalasPadamtula kesian kat budak2..mak ayah pula memang tak dapat duduk senang..patutnya sabtu dah start cuti skolah..dah plan macam2 kan
BalasPadamMemang kesian sangat kat budak-budak ni termasuk makpak dan cikgu. Bersusah-payah dengan penuh semangat masuk dewan peperiksaan tetiba kata kertas soalan bocor kena repeat lagi. Aduh, kalau kita makpak pun tak sanggup dengar dan mengeluh inikan pulak budak-budak ni. Kalau tidak, dah merdeka dah hari ni kan....
BalasPadamkesian nabilah dan semua kawan2 sebaya yang UPSR..sape la yang punya kerja kan.sian budak2
BalasPadampaling kesian dekat budak2 ni la..kita yg takde kena mengena ni pun luruh hati..cikgu2 ibu bapa pun semua kecewa..
BalasPadamNasib baik ia berlaku di Malaysia, negara yang masih belum maju ini. Kalau berlaku di negara-negara maju habis semua pegawai tinggi dan menteri yang berkenaan sendiri letak jawatan kerana rasa bertanggung jawab atas apa yang berlaku walaupun ia bukan berlaku atas arahan mereka....
BalasPadamSimpati kpd semua yg terlibat dgn upsr 2014...moga ada hikmah yg baik disebalik yg berlaku
BalasPadamSedih baca coretan akak ni. Sabar ye Nabilah. InsyaAllah, ada hikmah semuani terjadi. Semoga Nabilah terus cemerlang didunia dan akhirat..
BalasPadamKesian nabilah.... kesian juga pada semua calon upsr... moga nanti nabilah boleh jawab dgn baik...
BalasPadam