JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 22 Jun 2021

#LINDUNGI DIRI LINDUNGI SEMUA :: 1ST DOSE VAKSIN๐Ÿ˜๐ŸŒน


Assallamualaikum semua ๐Ÿ˜๐ŸŒน

Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜๐Ÿ’–


Hendak jua mencoret kenangan divaksin diblog kecik saya ini๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜

Alhamdulillah syukur.. pada 13 Jun 2021 saya telah mendapat dos pertama vaksin Covid 19. Tentu ada sahabat blog yg telah ambil vaksin kan.. mcm hainom okje๐Ÿ˜.

Tambahan kes semakin meningkatkan.. Kita ikhtiar dan bertawakal kepada Allah SWT yg Maha Melindungi kita dari segala kemudaratan.๐Ÿ’š๐Ÿ’š


Saya mendaftar pada 3 Mac 2021.. masa tu banyak betul yg provokasi tentang vaksin ini, macam² cerita tapi saya bertawakal pada Allah SWT yg Maha Mengetahui..
Bagi saya dengan mengambil vaksin ini adalah suatu usaha kita.. sebab kita dah tahu yang wabak ini boleh membahayakan nyawa.

Islam melarang umatnya membahayakan diri.

ูˆَุฃَู†ูِู‚ُูˆุง ูِูŠ ุณَุจِูŠู„ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ูˆَู„َุง ุชُู„ْู‚ُูˆุง ุจِุฃَูŠْุฏِูŠูƒُู…ْ ุฅِู„َู‰ ุงู„ุชَّู‡ْู„ُูƒَุฉِ ۛ ูˆَุฃَุญْุณِู†ُูˆุง ۛ ุฅِู†َّ ุงู„ู„َّู‡َ ูŠُุญِุจُّ ุงู„ْู…ُุญْุณِู†ِูŠู†َ 
"Janganlah kamu mencampakkan diri kamu kepada kemusnahan."

Jadi kita perlu berusaha melindungi diri , seterusnya Allah SWT yg mentakdirkan.๐Ÿ˜Š


Pada 5 Jun 2021 saya update lagi untuk bersedia mengambil vaksin. Jadi dalam seminggu saya mendapat jawapan untuk diberi appointment untuk 1st Dose vaksin pd 13 Jun 2021 Di Pusat Konvensyen Setia Alam City Shah Alam Selangor.
Jadi pagi ahad tu Encik suami pergi mehantar saya.๐Ÿ˜


Ini gambar sewaktu menunggu hendak sesi penerangan oleh doktor, satu kumpulan ada 10 orang. Kemudian doktor akan tanya seorang² kita ada sakit apa. Saya siap bawa ubat-ubatan saya tu.. nanti tanya nama ubat tak tahu pulak ๐Ÿคญ ini jiran saya yg pesan sebab dia dah pergi vaksin. 
Lepas tu baru masuk kedalam bilik rawatan.
Masa masuk dalam bilik injek vaksin tu, nurse tu bagi tahu kita dapat vaksin apa, saya dapat Sinovac dan tarikh luputnya pada 31 Oktober 2021. 

Saya pakai jubah yg ada zip depan dan dalam saya pakai t-shirt. Masa nak injection tu saya buka zip Dan sinsing lengan tshit Tu ke bahu, nurse tu kata, "senang  mcm ni, mudah untuk di injek". Pastu saya kata" kawan yg dah pergi vaksin ajar" jadi terjaga aurat kita, hanya bahagian yg hendak di injek je yg terbuka.
Saya masa tu nurse perempuan, alhamdulillah syukur.. senang jaga aurat kita.



Selepas di injek kita akan direhatkan selama 15 minit sambil menanti untuk temujanji dos kedua.  Lepas tu kita ditanya, ada rasa sakit ke, seperti sesak nafas, panas² ke, saya kata tak ada rasa apa² cuma rasa sakit injek tu, pastu dia kata kalau ada sesak nafas atau demam yg teruk boleh terus pergi ke klinik yg berdekatan.

Selepas tu diberikan kad temujanji ni, utk vaksin dos kedua saya pada 4 Julai 2021 jam 10.30am di tempat yang sama. "Nanti datang bawa kad ni aje ye puan"kata petugas tu.

Alhamdulillah syukur, saya tak lah teruk kesan sampingan vaksin ni, badan cuma dedor sikit dan sakit kepala serta letih badan sikit.๐Ÿ˜๐Ÿ˜Š


Jom sama-sama kita ambil vaksin kekawan semua ๐Ÿ˜๐Ÿ‘๐Ÿ‘

SAYA TELAH DIVAKSIN๐Ÿ˜

#LINDUNGI DIRI LINDUNGI SEMUA

๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ˜๐Ÿ˜


✍️✍️✍️✍️✍️✍️✍️✍️✍️✍️

25 SOAL JAWAB MENGENAI VAKSIN

 Berikut adalah 25 soal jawab mengenai vaksin. Ini antara perkara penting kita wajib ambil tahu.

Fahmi Hassan,Pegawai Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia  membantu kita semua dengan menyenaraikan 25 soalan yang sering menjadi keraguan ramai berserta dengan jawapan sekali.

.

Jom hadam bersama-sama dan kongsi ilmu ini dengan orang terdekat dengan kita.


SOALAN 1: Perlukah makan panadol sebelum suntikan?

JAWAPAN: Tidak perlu.

.

SOALAN 2: Saya pernah menjadi pesakit positif Covid-19, jadi berapa lama baru boleh suntik?

JAWAPAN: Selepas 3 bulan (4 hingga 6 bulan).

.

SOALAN 3: Saya ada darah tinggi dan kencing manis. Bolehkah suntik vaksin?

JAWAPAN: Boleh (dengan penilaian doktor merawat atau di Pusat Pemberian Vaksin atau PPV).

.

SOALAN 4: Saya ada sejarah alahan ubat atau makanan. Bolehkah suntik vaksin?

JAWAPAN: Boleh (dengan penilaian di PPV).

.

SOALAN 5: Saya menerima arahan kuarantin akibat kontak rapat. Adakah saya boleh datang untuk menerima suntikan?

JAWAPAN: Tidak boleh (tarikh akan dijadualkan semula).

.

SOALAN 6: Saya ada makan ubat pencair darah. Adakah saya boleh disuntik?

JAWAPAN: Boleh (dengan penilaian doktor merawat atau di PPV).

.

SOALAN 7: Saya ibu hamil. Adakah dibenarkan untuk menerima suntikan?

JAWAPAN: Tidak boleh (setakat ini hanya vaksin Pfizer boleh untuk beberapa keadaan).

.

SOALAN 8: Saya adalah ibu yang sedang menyusukan bayi. Bolehkah saya menerima vaksin?

JAWAPAN: Boleh (melibatkan vaksin Pfizer dan AstraZeneca). Penjelasan lebih lanjut boleh dapatkan di PPV.

.

SOALAN 9: Saya sedang mencuba untuk mengandung. Bolehkah disuntik?

JAWAPAN: Sila dapatkan penjelasan lebih lanjut di PPV.

.

SOALAN 10: Saya tidak demam selepas vaksin. Apakah ia normal atau tidak?

JAWAPAN: Normal.

.

SOALAN 11: Berapa mililiter suntikan akan diberi?

JAWAPAN: Ia berbeza mengikut jenis vaksin (boleh bertanya kepada jurusuntik untuk pengesahan).

.

SOALAN 12: Saya sudah menerima vaksin, perlu mengasingkan diri atau tidak?

JAWAPAN: Tidak perlu (patuh kepada prosedur operasi standard seperti sebelum divaksin sahaja).

.

SOALAN 13: Berapa lama perlu menunggu untuk makan panadol?

JAWAPAN: Apabila sudah mula rasa sakit atau demam.

.

SOALAN 14: Bolehkah saya bersenam selepas divaksin?

JAWAPAN: Boleh (jika rasa sihat).

.

SOALAN 15: Adakah perlu pantang makan pedas atau lain-lain?

JAWAPAN: Tidak perlu.

.

SOALAN 16: Saya mempunyai masalah asma. Bolehkah divaksin?

JAWAPAN: Boleh (boleh melainkan mempunyai asma yang tidak terkawal).

.

SOALAN 17: Saya sudah terambil panadol sebelum suntikan. Bolehkah saya menerima vaksin?

JAWAPAN: Boleh (tidak perlu ambil tetapi jika sudah memakannya tidak mengapa).

.

SOALAN 18: Saya mempunyai masalah jantung dan pernah menjalani pembedahan. Bolehkah saya divaksin?

JAWAPAN: Dapatkan nasihat doktor atau lakukan penilaian di PPPV.

.

SOALAN 19: Bolehkah saya menderma darah selepas divaksin?

JAWAPAN: Boleh (tiada jangka masa rasmi ditetapkan). Namun, saya cadangkan selepas dua minggu menerima vaksin.

.

SOALAN 20: Bolehkah saya ‘bersama’ dengan suami atau isteri selepas suntikan?

JAWAPAN: Boleh.

.

SOALAN 21: Bolehkah saya mandi selepas suntikan? Takut terkena air pada tempat suntikan.

JAWAPAN: Boleh (letakkan pek ais di tempat suntikan juga dibolehkan).

.

SOALAN 22: Boleh saya makan vitamin atau suplemen sebelum atau selepas suntikan?

JAWAPAN: Boleh.

.

SOALAN 23: Kalau tidak tahu positif Covid-19 semasa dapat vaksin pula? Adakah ia bahaya?

JAWAPAN: Tidak bahaya, tetapi vaksin tidak efektif.

.

SOALAN 24: Selepas saya menerima suntikan, boleh merokok?

JAWAPAN: Merokok adalah tabiat yang bahaya. Berhentilah merokok (tiada saranan berbeza sama ada sebelum atau selepas vaksin).

.

SOALAN 25: Saya mempunyai masalah Glukosa-6-fosfat dehidrogenase (G6PD). Boleh suntik vaksin tak?

JAWAPAN: Boleh.

.

Itulah antara soalan yang menjadi perbualan ramai mengenai vaksin.

7 ulasan:

  1. Alhamdulillah..dah setel yg pertama..idea bagus pakai jubah zip depan & t-shirt..

    saya masih menunggu..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah dah dapat 1st dose.
    Saya daftar kemain awal..Feb. Tapi masih belum ada rezeki.

    Bab baju tu kita muslimah memang kena bersedia. Pengalaman kawan saya, dia divaksin di tempat yang terbuka tanpa sebarang penghadang. Mujur dia pakai cardigan, taklah terdedah banyak sangat di tempat terbuka gitu.

    BalasPadam
  3. tq share pengalaman, InshaAllah, saya dapat appointment untuk vaksin hari esok.semoga dipermudahahkan semuanya..aamin

    BalasPadam
  4. ALHAMDULILLAH SYUKUR DH DIVAKSIN

    BalasPadam
  5. Saya pun dapat first dose. 2nd dose 14 julai nanti.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah tak lama cukup 2 dos :)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)