JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Bagaimana nak tukar ke simpanan KWSP patuh syariah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bagaimana nak tukar ke simpanan KWSP patuh syariah. Papar semua catatan

Isnin, 8 Ogos 2016

Kekawan Dah Beratur Ke Di KWSP 😊😆

Salam petang yg ceria kekawan.. :)

Dah beratur utk tukar KWSP kepada SIMPANAN SHARIAH kekawan..

BAGAIMANA NAK TUKAR KE SIMPANAN KWSP PATUH SYARIAH

1. Pendaftaran bermula *Isnin 8/8/16 8:15am* kat semua pejabat/cawangan KWSP.

2. Hanya kena bawak *IC*. Lain dokumen tidak diperlukan.

3. Tuan badan kena *hadir sendiri*, pasal ada *akad* dan turun *cap jari*.

4. Proses *pengeluaran* Simpanan Shariah still *sama* macam Simpanan Konvensional dulu.

5. Walaupun sudah daftar mulai 8/8/16, *tarikh kuatkuasa* Simpanan Shariah hanya akan bermula pada *1/1/17* (tahun depan).

6. Hanya *RM100 billion* dana diperuntukkan untuk Simpanan Shariah tahun *2017*. Pasal tu kena cepat daftar. Kalau dah *habis kuota* RM100 billion nie, kena tunggu peruntukkan dana untuk tahun *2018* pulak.

7. *Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (18 Ogos 2015)* dan *Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS)* telah memutuskan _KWSP *tidak diwajibkan* untuk melakukan penyucian terhadap dividen simpanan semua ahli KWSP yang bersetuju untuk bertukar ke Simpanan Shariah_. Maknanya, *100%* duit KWSP yang ada sekarang dalam akaun kita, boleh dipindahkan terus ke Simpanan Shariah. Walau bagaimanapun, kalau masih ada yang nak buat "penyucian" dividen, boleh ikut *garis panduan penyucian dividen* yang akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS), insya-Allah pada *WorkWeek 32*.

Untuk maklumat lanjut, boleh gi http://www.kwsp.gov.my/shariah/bm/faq.html

Selamat mendaftar...


Pagi tadi kawan send gambar tengah beratur.. sebelum 7am dah ada kat KWSP.. selesai pukul 9am +++

Nak menunggu ke khemah ni pun dah 2 jam tapi kat dalam settle dalam 5 minit jer kata kawan.. saya tak berkesempatan hendak kesana.. Mahu hari ni juga habis kuota RM100 billion tu kan :D