JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Gulai pucuk ubi dengan tempe. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gulai pucuk ubi dengan tempe. Papar semua catatan

Selasa, 8 Mac 2016

RESEPI GULAI TEMPE PUCUK UBI...emmm danyaaa ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.. :)

Jadi mak-mak ni selalu memikirkan apa lah yg hendak dimasakan utk hari ini kan.. pastu nak masak kena ikut selera ahli keluarga dalam rumah .. nanti penat jer bersilat didapur last sekali kita jer yg makan huhuhu.. Nasib baiklah gulai tempe pucuk ubi saya ni laku bila dimasak.. ingat lagi arwah mak mertua tengok nabil makan gulai pucuk ubi ni dengan selera.. eh makan ko pucuk ubi ni Nabil.. masa tu saya masak dengan ketam, lagi lah manis gulai pucuk ubi tu kan.. selera anak2 ni jgn lah masak pedas2 kesian pulak mereka..


Terjadinya gulai tempe ni sebab tempe ni dah 4 hari dalam peti ais , tu lebih buat goreng pada hari ahad lepas, masak ni masa hari khamis lalu untuk saya berbuka puasa, tempe ni kalau dah lama sikit tak sedap utk digoreng , lebih sedap di buat gulai mengikut selera saya lah hehehe..
Pucuk ubi tu pun beli pada hari selasa masa ada pasar malam, memang dah rancang nak masak hari khamis tu.. mudah sangat resepi saya ni kekawan.. jom intai ....

RESEPI GULAI PUCUK UBI DENGAN TEMPE

Bahannya :-
  • 1 ikat pucuk ubi (direbus dahulu)
  • 4 bungkus tempe ( yg bungkus dalam daun pisang tu, potong kecil spt gambar) 
  • 2 mangkuk santan cair
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 5 biji cili padi*
  • 1 biji cili merah*
  • 2 biji bawang merah kecil*
  • 3 cm kunyit hidup* (*dikisar atau ditumbuk)
  • Segenggam ikan bilis ditumbuk kasar
  • 1 btg serai dititik.
  • 1 helai daun kunyit
  • garam secukup rasa.
Caranya :-
  1. Masukan santan cair bersama bahan kisar, serai, ikan bils dan tempe.
  2. Bila sudah mendidih masukan pucuk ubi yg telah direbus tadi.
  3. Lepas tu masukan santan pekat, asam keping dan daun kunyit. (sentiasa dikacau supaya tak pecah santan)
  4. Rasa masinnya, jika tidak cukup masin bolehlah ditambah sedikit garam. 
  5. Siap untuk dihidang.



Berselera lah saya berbuka puasa petang tu.. emmm sayuran kampung juga pembuka selera kan.. dah dengan sayuran ini saya membesarkan.. penuh dibelakang rumah arwah mak ... beli nak makan petik ajer :)
Sekarang ni beli dipasar banyak daun tua dari pucuk mudanya hehehe.. bertabah jer lah ~__^