JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Mini Pavlova. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mini Pavlova. Papar semua catatan

Isnin, 25 Februari 2013

Mini Pavlova Yummy.... :D


Hari tu kakak Nabilah kata dah lama tak makan pavlova mama, jadi saya penuhilah hajat dihati kakak seorang ni... sebenarnya dia nak tolong deco-deco pavlova tu , kegemaran dia bab deco mendeco kek ke, rumah ke, hasil kerja tangan ke.. itulah kegemaran kakak nabilah... si Najeeha pula ulat buku... suka baca buku tak kiralah buku cerita ke... buku sekolah ke... bab kumpul novel Ana Solehah tu memang dah banyak...

Ini lah hasil deco kakak Nabliah...





Yang ini deco yg kedua... adik yg dua orang tukang rasa hehehe :D


Saya piping kan kedalam kertas cup cake... 
Resepi saya masih ikut resepi Irma... senang bangat... cuma jadikan dia mini pavlova ajer :) Jom kita cuba ... senang buat kecik2 sebab senang nak ngap masuk mulut hehehe
RESEPI MINI PAVLOVA

Bahan-bahan :

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor  atau nak kurang manis pun boleh 3/4 cawan
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya ikut irma pakai gula icing cepat sikit sebati.
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan
3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat
4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.
5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula.
6- Masukan bahan dalam piping lepas tu picitkan kedalam cawan kertas.
7- Panaskan oven pada suhu 110' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 
8- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 110'C. Masak selama 45minit atau sehingga masak.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan.