JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label RESEPI GULAI AYAM KAMPUNG BY NOXXA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RESEPI GULAI AYAM KAMPUNG BY NOXXA. Papar semua catatan

Khamis, 14 April 2016

RESEPI GULAI AYAM KAMPUNG by Noxxa...

Salam petang yg ceria kekawan :)

Memenuhi permintaan anak dara yg tinggal di Madrasah ni.. bila dia kata "mama dah lama tak masak gulai ayam kampung" kebetulan saya tengah berkira-kira nak masak apa pada hari sabtu itu hari.. jadi saya tunaikan permintaan si anak dara ni kan.. lagi pun memang dah lama saya tak masak.. kami anak beranak ni memang suka kentang , jadi masuk lah banyak-banyak.. puas makan anak beranak kentan tu..


Dengan adanya noxxa ni memang membantu saya sungguh.. 20 minit siap saya memasaknya.. 
Jom intai resepi saya yg mudah ini..

RESEPI GULAI AYAM KAMPUNG KENTANG

Bahannya :-
  • 1 ekor Ayam Kampung dipotong kecil
  • 15 biji cili padi*
  • 3 biji cili merah*
  • 3 biji bawang merah *
  • 1 inci halia*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci kunyit hidup* (*ditumbuk)
  • 1 biji kelapa (asingkan santan pekat semangkuk)
  • 5 biji kentang dipotong empat
  • daun kunyit
  • 1 batang serai
  • Asam keping
  • Garam
Caranya :-
  1. Masukan  santan yg perahan yg kedua kedalam periuk noxxa, bahan ditumbuk, ayam dan kentang. Tekan butang highpressure hingga 15 minit, tukar tombol atas ke pressure dan tekan butang onn/off. 
  2. Kemudian tunggu bunyi bif dan tukar tombol kepada release stim tu. Bila asap habis keluar baru di buka tudung penutup.
  3. Kemudian masukan santan pekat, serai, daun kunyit, garam dan asam keping. Tukar kepada butang stirfry tunggu ia mendidih.Rasa masinnya, apabila cukup rasa tutup tekan butang onn/off.
  4. Siap untuk dihidang.


 Tengahari tu puas hati si kakak Nabilah bila dapat makan apa yg di idamkan kan.. adik-adik yg lain pun sama.. saya yg tukang masak ni pun gembira tengok anak-anak makan bertambah.. ^__^