JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Segment. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Segment. Papar semua catatan

Selasa, 24 September 2013

Khamis, 5 September 2013

BERCERITA UNTUK KAKCIK SEROJA ^___^


Bila melihat kapal terbang kecil di udara ini, teringat saya masa kecik2 dahulu kakcik Seroja.. saya selalu melambai-lambai tangan ke arah kapal terbang itu... sambil berkata dalam hati "mesti orang dalam kapal terbang tu nampak saya".. tengah saya dok melambai-lambai tu nenek taukeh kedai tu kata "nenek naik kapalterbang pun masa pergi haji, kalau tinggi macam tu tak nampak .. cuma nampak pokok2 jer"... "Ooooohhh"  kata saya , masa tu saya darjah 4 pada tahun 1979... lama kan... dalam hati bilalah saya dapat naik kapalterbang... ye lah pada waktu tu hanya orang kaya jer boleh naik kapal terbang...

Akhirnya pada tahun 1997 saya dapat memenuhi impian saya untuk menaiki kapal terbang pertama kali ... iaitu AirAsia ke Langkawi..masa tu AirAsia tak popular macam sekarang... kos masa tu RM300.00 pergi ballik .. 18 tahun baru impian saya tertunaikan kakcik Seroja.. bila saya berada diatas kapalterbang tu baru saya tahu, laaa hanya nampak pokok2 menghijau, laut biru luas terbentang dan rumah-rumah yg kecil umpama rumah mainan..

Sekarang yg mengikut perangai saya bila nampak kapalterbang di udara anak saya Nabil... Nabil pasti akan  melambai-lambai tangan ke arah kapalterbang tu dengan wajah teruja, sambil melompat kegirangan .... hehehhe... macam tu rupanya saya masa kecik-kecik... :P