JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Singgang Ikan Tenggiri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Singgang Ikan Tenggiri. Papar semua catatan

Rabu, 2 Disember 2015

SINGGANG IKAN TENGGIRI... Lauk hari Ke 3 Berpantang Khatan Nabil :D

Salam petang yg ceria kekawan :)

Hari ketiga Nabil berpantang khatan ni saya masakkan Singgang Ikan Tenggiri.. hahaha dah macam menjaga anak bersalin pulak saya ni. Saya bercuti menjaga Nabil berpantang khatan ni, sambil tu buat kerja ofis dari rumah ni.. gunalah hospot sendiri, tengah dok buat laporan yg akan dihantar pada Jumaat ni. Jadi pagi-pagi dah memasak utk Nabil, sebab lepas mandi Nabil akan makan nasi panas. Lapar jer dia lepas bersunat ni.. karang pukul 10am nak minum milo cicah biskut marie pulak layan kan dia tu,,.

Kenalah berpantang Nabil ni, alhamdulillah dia nak makan apa yg dimasak tu, suka pulak tu, bertambah-tambah dia makan, kakak Najeeha pun sudah teringin pulak Singgang ni.. mama boleh rasa tak kuahnya, bila dihirup kuahnya .. sedaplah mama, bileh tak jeeha ambil kuah jer.. hahaha.. makan jer lah jeeha.. suka benar mereka menghirup kuahnya.

Jom intai resepi singgang saya yg mudah ini kekawan.. :)

RESEPI SINGGANG IKAN TENGGIRI

Bahannya :-
  • 2 potong isi ikan tenggiri
  • 1inci halia - dihiris
  • 2 biji bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 batang serai dititik
  • sedikit daun kesum
  • 1 keping asam gelugor
  • 1/2 inci kunyit hidup ditumbuk lumat
  • 3 cawan air
  • garam secukup rasa
Carannya :
  1. Masukan air, bahan hiris, ikan, asam keping, kunyit hidup yg ditumbuk, serai dan daun kesum. Masak sehingga mendidih.
  2. Kemudian letakan garam, kacau sebentar, jika secukup rasa boleh ditutup apinya.
  3. Siap utk dihidangkan.