JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Ahad, 26 Ogos 2018

SIAPAKAH YG LAYAK MENDAPAT HAJI MABRUR ??

Copy & paste

Tazkirah Dhuha...

SIAPAKAH YG LAYAK MENDAPAT HAJI MABRUR ??

Ulamak Abu Abdul Rahman bin Abdullah Al-Mubarak Al-Hanzhali Al-Marwazi, seorang ulamak yang termahsyur di Makkah menceritakan kisah ini. Suatu ketika, selepas selesai salah satu ritual haji, beliau berehat dan tidur. Dalam mimpinya beliau melihat dua malaikat turun dari langit, dia terdengar perbualan mereka, "Berapa ramai jemaah yang datang pada tahun ini?" Tanya malaikat itu kepada para malaikat lain.

"Tujuh ratus ribu," jawab malaikat yang satu lagi.

"Berapa ramai orang-orang yang diterima hajinya itu?"

"Tiada satu pun"

Perbualan itu membuat Abdullah gementar ketakutan, "Apa?" Dia menangis dalam mimpi.

"Semua orang-orang ini datang dari pelosok bumi yang jauh, dengan susah payah dan keletihan sepanjang jalan, mengembara melalui padang pasir yang luas, dan semua usaha mereka sia-sia?"

Walaupun dengan rasa takut, dia terus mendengar cerita kedua malaikat tersebut.

"Namun ada seorang lelaki yang walaupun dia tidak datang untuk menunaikan haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan semua dosanya telah diampunkan. Di atas keberkatan daripada lelaki itu, seluruh haji para jemaah diterima oleh Allah."

"Bagaimana ia boleh terjadi begitu?"

"Itu adalah kehendak Allah."

"Siapakah orang tersebut?"

"Sa'id bin Muhafah, tukang kasut di kota Damsyik."

Mendengar ucapan itu, ulamak itu terus terjaga. Pulang daripada haji, dia tidak terus balik ke rumah, tetapi beliau pergi ke kota Damsyik, Syria. Sampai di sana, beliau terus pergi ke tukang kasut yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya. Hampir semua tukang-tukang kasut dia bertanya, apakah benar ada tukang kasut yang bernama Sa'id bin Muhafah.

"Di sana, di pinggir bandar," kata seorang tukang kasut sambil menunjukkan arahnya. Apabila di sana, ulamak tersebut menemui seorang tukang kasut yang berpakaian lusuh. "Adakah benar anda bernama Sa'id bin Muhafah?" tanya Ulamak.

"Betul, siapakah Tuan?"

"Saya Abdullah bin Mubarak."

Said terharu, "Tuan adalah ulama yang terkenal, kenapa Tuan datang mencari saya?"

Sejenak ulamak itu agak terkeliru, di mana beliau ingin memulakan soalan, akhirnya beliau memberitahu perihal mimpinya itu. "Saya ingin tahu, adakah apa-apa yang anda telah buat, sehingga anda layak mendapat pahala haji mabrur?"

"Wah! saya sendiri tidak tahu!"

"Beritahu saya bagaimana kehidupan anda selama ini."

Sa'id bin Muhafah kemudian teringat, "Setiap tahun, setiap musim haji, saya selalu mendengar: Labbaika Allahuma labbaik.... Labbaika la syarika laka labbaik... innal hamda... Wanni'mata... Laka wal mulk... La syarika lah..."

Ya Allah, aku datang kerana panggilan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu. Segala pujian dan nikmat adalah kepunyaan-Mu dan kekuasaan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu.

Setiap kali aku mendengarnya, aku sentiasa menangis, "Ya Allah aku rindu Makkah... Ya Allah aku rindu melihat ka'abah... Izinkan aku datang... Izinkan aku datang, ya Allah..."

Oleh kerana itu, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu setiap hari saya mengenepikan sedikit wang dari hasil kerja saya sebagai tukang kasut. Sedikit demi sedikit, saya kumpulkan. Akhirnya, tahun ini, saya mendapat 350 dirham, cukup untuk haji saya.

"Saya sudah bersiap-sedia untuk berangkat menunaikan haji."

"Tetapi anda batalkan?"

"Benar."

"Apa yang berlaku?"

"Isteri saya mengandung, dan sering mengidam. Ketika saya hendak berangkat pergi saat itu isteri saya terlalu mengidamkan sesuatu."

"Abang, awak terhidu bau masakan yang sedap ini?"

"Ya, saya juga dapat menghidunya."

"Cubalah abang cari, siapakah yang memasak sehingga baunya lazat begini. Mintalah sedikit untuk saya."

"Tuan, saya mencari sumber bau masakan itu, ia datang dari sebuah pondok buruk berhampiran. Di situ terdapat seorang balu dan enam orang anaknya."

Saya memberitahunya bahawa isteri saya mahu masakan yang dia masak, walaupun sedikit.  Ibu tunggal itu diam melihat saya, sehingga saya mengulangi kata-kata saya." Akhirnya dengan perlahan dia berkata, "Tidak boleh Tuan"

"Saya sanggup membeli walaupun dengan harga yang tinggi," kata saya tegas. "Makanan ini bukan untuk dijual, Tuan," katanya sambil berlinang air mata. Saya bertanya kenapa?

Sambil menangis, wanita itu berkata, "Ini adalah daging halal untuk kami dan haram untuk Tuan," katanya. Dalam hati saya, "Bagaimana halal baginya, tetapi ia adalah haram untuk saya, padahal kita sama-sama Muslim?  Kerana itu, saya menggesa beliau lagi, "Kenapa?"

"Sudah beberapa hari kami tidak makan. Di rumah tidak ada makanan. Hari ini kami ternampak seekor keldai mati, dan kemudian kami mengambil sebahagian dagingnya untuk dimasak. Bagi kami ini adalah daging yang halal, kerana jika kami tidak memakannya kami akan mati kebuluran. Tetapi bagi Tuan, daging ini haram."

Mendengar kata-kata wanita itu, saya terus menangis, lalu saya pulang ke rumah. Saya memberitahu isteri saya mengenai kejadian itu, dia pun menangis, kami akhirnya memasak makanan dan pergi ke rumah wanita itu tadi. "Ini masakan untuk kamu."

Peruntukan wang haji sebanyak 350 dirham telah saya berikan kepada mereka. "Gunakan wang ini untuk Puan dan keluarga Puan. Gunakanlah ia sebagai modal untuk berniaga, supaya Puan sekeluarga tidak akan kelaparan lagi."

Ya Allah... di sinilah Hajiku..
Ya Allah... di sinilah Makkahku..

Mendengar kisah tersebut Abdullah bin Mubarak tidak dapat menahan air mata..

Fikirkanlah bagi orang yang telah berkali-kali naik Haji tapi bakhil... Di mana tempatnya... Sedangkan dalam masa yang sama berapa ramai lagi umat Islam yang memerlukan...

Siapakah kita hari ini? Marilah sama-sama kita doakan mereka yang dalam kesempitan  kesusahan.. Infaqlah & korbankan dari apa yang kita ada untuk mereka... Insha ALLAH.
Aamiin.

JASA TIDAK BINASA⚡

Jumaat, 24 Ogos 2018

TAZKIRAH SENTAP :: KORBAN 🐐🐂

TAZKIRAH SENTAP KORBAN 🐂🐪🐐

"Bang, cuci cermin?" Ujar pam attendan Petronas pada aku.

"Oh ok."

"Nama siapa?" Tanyaku.

"Ibrahim."

"Sedap nama awak. Macam nama nabi Ibrahim."

Dia senyum.

"Dulu saya lahir waktu hari raya korban, sebab tu mak saya bagi nama Ibrahim."

"Abang ada korban ini tahun?"

"Ada."

"Abang bagus."

"Kamu?" Tanyaku.

"Ada bang. Tiap tiap tahun."

"Wahhh ... hebat. Banyak duit kamu?"

"Duit tak banyak bang. Makan pun tak cukup. Tapi saya simpan tiap tiap bulan."

"Alhamdulillah."

"Saya sayang nabi. Sebab nabi bagi saya agama."

Terkedu. Aku diam. Insaf.

Aku tenung wajahnya dalam dalam, saat dia menghabiskan mencuci cermin keretaku.Terlihat aku kejernihan. Kesungguhan dan kesolehan yang lekat diwajah nya.

Seorang yang bergaji rm900 mencintai nabinya! Kita?

Aku letak pam. Hulur rm5.

Terima kasih. Kerana cuci cermin saya dan cuci hati saya.

Dalam kereta, tak sedar aku titiskan jua airmata keinsafan & kesedaran...

Salam Hari Tasyrik...



Sumber : Facebook

Khamis, 23 Ogos 2018

Hukum Menyimpan Daging Korban Lebih 3 Hari & Kaedah Penyimpanan Daging.🐐🐮



*KAEDAH MENYIMPAN
DAGING KORBAN YG BETUL*
_*Agar tetap terjaga kualitinya_*

1. *JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN*
Sebelum disimpan, daging korban *jangan dicuci*. Jika dicuci guna air paip, kuman2 boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat apb daging berkenaan hendak dimasak pd keesokan harinya.

2. *JANGAN SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YG BANYAK KE DALAM FREZER*
Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yg betul ialah dgn memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam *plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg*. Jika hendak masak, ambil satu plastik yg kecil sahaja, biarkan yg lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 thn.

3. *JANGAN TERUS SIMPAN DAGING KE DALAM RUANG SEJUK BEKU/FREEZER.*
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama *4-5 jam*. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam  kompartmen sejuk beku/freezer.

4. *JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU DGN MENGUNAKAN AIR PANAS*
Jika hendak memasak daging beku, *jangan* mencairkan ais dlm daging atau daging yg beku menggunakan air panas. Cara yg betul adalah meletakkan daging beku tsb di bawah *air paip suhu normal* (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia utk dimasak.

5. *Tips tambahan*
Jangan memakai plastik warna hitam krn plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat memicu sel kanser. Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar ber-seal....!!! 


Semoga memberi manfaat...

Sumber : whatApps