Assalamualaikum kekawan.. petang yg ceria :)
Minggu nak cerita masak sayur boleh ehe :)
Sayur peria ni tentu lah saya dan en suami jer yg makan, mana budak tiga orang tu nak kan sebab rasanya pahit..
Saya hilangkan rasa pahit tu rendam dengan air garam satu jam.. pastu ramas-ramas , bilas dengan air bersih.. jadi takdelah pahit sangat.. kekawan ada petua lain ke.. meh lah kongsi dengan saya :)
Masa saya masak goreng peria termasin lah sikit..
Apa kata en suami
"Boleh menempah wad hospital ni.. darah tinggi dibuatnya"
Huhuhu masin sikit jer pun.. betul en suami saya ni kan.. tak ambil contoh Nabi S.A.W dengan Aisyah r.a kan.. Apabila nabi merasa masakan aisyah masin, baginda hanya berdiam makan.. tetapi lepas tu tak ambil lagi.. bila aisyah rasa baru terasa masin tu.. Akhlak baginda yg terpuji menjaga hati isterinya...
Hehehe saya okjer masa tu sebab tau en suami tu bergurau macam tu.. silap saya juga terbubuh garam dua kali kot.. sebab rasa macam tak bubuh lagi.. pastu tak rasa pulak.. inilah jadinya kan :)
Jom intai resepi saya yg mudah ni :)
RESEPI GORENG PERIA TELUR PECAH
Bahannya :-
- 4 biji peria (potong serong, rendan dengan air garam 1 jam)
- 4 biji cili merah*
- 3 biji bawang merah*(*dikisar)
- 1 genggam ikan bilis (ditumbuk sederhana)
- 1 biji telur (kalau nak banyak letak 2 biji)
- Garam
Caranya :-
- Panaskan minyak , goreng ikan bilis tumbuk sedikit garing, angkat, ketepikan.
- Kemudian tumiskan pulak bahan kisar hingga wangi, lepas tu pecahkan sebiji telur (lihat gambar) kacau hancur-hancurkan.
- Lepas tu masukan peria dan ikan bilis letak seedikit air , rasa garamnya.
- Bila dah masak , angkat, siap utk dihidang.
nampak sedap tu kak yatie....noe jarang makan peria ni...sbb tak suka rasa pahit tu...nanti leh cuba tips kak yatie yg rendam dalam air garam tu
BalasPadamSelalu mak masak dgn udang jer T..aku tak pernah masak kat rumah lagi...semua tak mkn termasuk en CEO aku tu..aku pun makan 4-5 hiris tu jer...kalau mak masak aku tapau bawak umah aku sikit...
BalasPadamwaduhhhh da la sy x mkn lg ni
BalasPadamada org kata,kalau tak pahit,tak de feel peria hehe..pahit2 manis,kan...ubat darah tinggi..
BalasPadamNampak sedap.. tapi saya pun tak berapa nak suka.. peria.. :)
BalasPadamKakak selalu juga kalau peria masak cara ini Yati..
BalasPadamTapi kakak tak guna ikan bilis biasa kakak guna udang..
Sedap kan..
makin berusia pemakanan kena jaga...saya pon kena jaga kesihatan dari sekarang..
BalasPadamtengok pon dah tau sedap..
Sayur peria ni feveret eynda... dulu2 tak reti makan sebab pahit skit kan... now suka la pulok... goreng macam ni atau yg goreng kat kedai mamak tu... sedap :-)
BalasPadamhehe...sabo jela kak....org laki kdg2 main lepas ckp je tak pk perasaan org yg masak....salam perkenalan sis
BalasPadamfavourite husband saya..:-)
BalasPadamsodap nyer!! :)
BalasPadamKak yatie terima kasih kongsi resipi ni. Suka mkn peria tp x pandai masak sbb pahit bila dh tahu cara nk hilang pahit boleh lah try nanti
BalasPadamKelakar lah ayat husband kak yatie tu :-)
suka sangat masak peria cam ni.... ayat x leh blah "tempah wad sepital", tp ttp makan jugak kan!
BalasPadamhiris nipis2 pastu tabur garam , selepas 15 minit , mkn dgn nasi lagi sedap . sebenarnya kalau mkn mentah , peria x de rasa pahit ... lidah saya lah . org lain x tau lak .
BalasPadamNampak sedap tapi saya memang surrenderlah bab-bab peria ni. En suami nak ajak bergurau je tu. Tapi tetap makan dengan penuh berselerakan walaupun katanya masin :)
BalasPadamNi mmg faveret Okje ni.
BalasPadamLama tak beli peria ...... sayur ni for surelah anak anak tak makan kan CH tu yang jarang beli walaupun suka....