JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 12 April 2012

Dinner Kami Berempat Pula ^___^

Semalam cuti pertabalan agong, tengahari tu saya masak simple2 jer... pastu kakak pula boleh teringat request dia pada saya untuk masak goreng ayam seperti yang saya buat untuk jeeha dan nabil tempohari. Oleh kerana tak nak menghampakan kakak Nabilah saya pun buat petang tu. Kakak siap request untuk makan dengan nasi goreng sosej...

Mana nak cari sosej, dalam stok tak ada, kena gak saya pergi kekedai petang tu. Ingatkan malas nak pergi kedai, tapi pergi gak sebab nak beli roti untuk sarapan pagi esok.

Plate Najeeha
Plate mama .. perasan tak mee hoon

Plate Nabil

Plate Nabilah
Malam ni dinner empat beranak jer... en suami lepas di Thaiping pergi ke Penang, hari khamis baru balik katanya :(( sedih tak dapat makan sama..


Seronok betul tiga beradik ni makan :))

"Mama, ambil gambar kakak pegang sudu n garfu ni pulak", pinta kakak :)

Macam-macam kakak ni...

NASI GORENG SOSEJ

Bahan-bahan :-

Semangkok nasi
3 batang sosej (saya guna sosej ayam)
2 sudu cili masak yang telah dikisar (letak sikit sebab anak nak makan.. kalau nak pedas tambah lagi)
1/2 batang lobak merah
sedikit sayur kobis
garam secukup rasa

Cara-cara:-
1. Goreng sosej setengah masak, biarkan sejuk dan kemudian potong kecil-kecil ikut suka lah :)
2. Kurangkan minyal tadi cukup untuk menumis cili.
3. Kemudian masukkan karot yang di potong dadu.
4. Selepas karot masak sedikit baru masukan kobis.
5. Kemudian masukkan garam secukup rasa, masukkan sosej, kacau dan masukan nasi, kacau sekata.
6. Letakan dalam mangkuk sedia untuk dihidang.

Senang ajer, simple, kamu semua lagi pandai masakan .... :D

2 ulasan:

  1. wah..siap hias-hias lagi. macam makan di kedai ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ehe he he.. baru ada feel macam makan kat restoran Nadiah ^__^

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)