JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 13 April 2012

Alhamdulillah .. Mama dah tak pening lagi ^__^

Alhamdulillah, bersyukur saya kepada Allah dengan pertolongan Nya jua.. Nabil dah nak pergi sekolah dengan aman damai. Saya pernah buat entri mengenai Nabil tak pergi ke sekolah disini mama tengah pening, dah dua hari ni Nabil pergi sekolah dengan senangnya, pakai baju sekolah sendiri, mandi sendiri, senang betul hati mama :) Hendaknya biarlah berterusan begitu tidak saya memikirkan untuk tukar sekolah.

Malam tu sambil Nabil menyiapkan kerja sekolah,saya sembang-sembang dengan dia.. tiba terkeluar dari mulut dia.

"Mama, azab kubur tu dah tak ada dalam kepala Nabil" ceritanya. Terperanjat juga saya, lalu saya kata "Alhamdulillah, azab kubur dah tak ada di kepala Nabil, Macam dia boleh hilang? soal saya.
"Allah dah tangkap azab kubur tu dan masukkan dalam neraka, lepas tu Allah kunci dia kat dalam tu supaya tak ganggu Nabil lagi" jawabnya kepada saya.
"Mama kan dah kata Allah selalu menjaga kita, jadi kita tak perlu takut pada apa-apa pun" kata saya memberi semangat.

Peace... saya nak pergi sekolah
Sebelum saya ada minta ubat penawar dari ustaz untuk pulihkan semangat dia, dan guna air zam-zam untuk mandikan dia. Alhamdulillah sekarang Nabil dah pulih, tak ada rasa takut lagi tu..

Tengah buat kerja sekolah sempat lagi peace


zoom sikit.. buat nombor dah sampai no 15


Yesss kerja sekolah saya dah siap ;)


Hadis yang nabil kena hafal.. ada 7hadis semuanya
dah hafal 5 hadis... mama kena pantau kata ustazahnya


Ni pula doa.. kebanyakkannya Nabil dah
hafal, doa sebelum dan selepas maka,
doa hendak dan bangun tidur,
Syukur kepada Allah yang telah memulihkan semangat Nabil... jadi sekarang mama dah tak pening kepala lagi ^___^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)