JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 30 Januari 2013

LEPAT NAGASARI

Masa emak sibuk memilih pisang untuk membuat lepat pisang ... ada seorang pelanggan bertanya "ada pisang raja tak dik?"... Budak tu keluarkan pisang tu... cantik pulak saya tengok.. dah teringin pulak nak buat  lepat Nagasari.. dah lama saya tak buat... saya sambar satu sisir, emak pulak sambar dua bakul pisang emas untuk buat lepat pisang kegemaran emak tu..



Bila di kampung ni yang senang bila bahan cari ajer di belakang rumah seperti daun pisang ni ... tak payah beli sampai RM2.00 untuk dua tiga keping daun pisang seperti kat Shah Alam ni... senang nak buat projek :D

Ni tepung untuk salut pisang raja tu.. selepas kejadian dinamakan Lepat Nagasari....

Kacau sampai likat macam ni ye...
 Mula letak tepung dan kemudian letak pisang diatasnya...

Letak pisang atas tepung

Lepas tu letak tepung diatas pisang tu semula..lepas tu bungkus.. senang kan..buat sampai habis lepas tu kukus ye...
Letak tepung atas pisang balik 
Selepas di kukus selama 1 jam .. maka jadi lah ia Lepat Nagasari....


Jom kita tengok resepi lepat nagasari yang sedap... dan mudah di buat nya :D

RESEPI LEPAT NAGASARI 


Bahannya :-
  • 1 cawan tepung beras
  • 5 cawan santan 
  • 3 sudu besar penuh tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • pisang satu sisir (secukupnya... satu biji belah 4)
  • Daun pisang secukupnya
Caranya :-
  1. Satukan tepung beras, santan, gula, garan dan tepung jagung, kacau rata dengan whisk hingga sebati. 
  2. Kemudian tapis bancuhan tadi ke dalam periuk. Kacau tanpa henti atas api sederha hingga pekat dan kental. Kemudian matikan api. Biar sehingga sejuk suam..
  3. Ambil daun pisang yang telah dilayur dan potong pada saiz sesuai. Letak 1 1/2 sudu besar adunan tepung, ratakan. Letak tiga potong pisang raja yang dibelah 4 tu. Lepas tu letak 1/2 sudu besar lagi tepung keatas pisang tu dan kemaskan. Balut seperti membungkus lepat pisang. Buat sehingga habis seperti step diatas.
  4. Kukus atas air yang telah di gelegak kan selama 30 minit atau hingga masak. 
  5. Tunggu sejuk dahulu, baru boleh dimakan.
"SELAMAT MENCUBA"

14 ulasan:

  1. rajin nyer masak... suka tgk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Main masak2 rumah mak akak Lia... camtu lah... masak jer kerja... :D

      Padam
  2. assalam yati..acik pernah amkan masa dok selangor dulu ditempat acik sekarang ni tak pernah jumpa pulak orang jual

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang susah nak dapat pisang raja Acik Erna... tu yg jarang nak jumpa lepat nagasari ni :))

      Padam
  3. assalam yati..sedapnya..lama akak tak buat kuih ni...
    tunggu anak2 balik asrama..klu ada mrk , adalah yg dpt menghabis2kn...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab tu saya buat di kg kak sal... ramai yg tolong perhabiskan :D

      Padam
  4. Kak, ptg2 makan lepat ni mesti sedap + teh o..cuaca plak mendung2..hehe..
    boleh cuba buat sndiri ni...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minum dengan kopi o... lagi terangkat :D

      Selamat mencuba Atie :D

      Padam
    2. minum dengan nescafe panas lagi terangkat nih kak...hehe

      Padam
    3. Ye PM... ia akan terangkat dgn minuman kegemaran anda kihkihkih (gelak nakal sikit)

      Padam
  5. pernah tengok....tapi tak pernah makan sebab ada pisang tak berapa suka.....boleh tak ganti yang lain selain pisang.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yan kan kreatif... cubalah ganti dgn yg lain selain pisang tu :)

      Padam
  6. makanan org dulu2 ni, KY suka makan pisang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak ni terkenang semasa dulu2 lah KY... tu yg teringin nak buat :D

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)