JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 25 Februari 2014

KUIH KASWI MUDAH .....emmm dapnya


Assalamualaikum kekawan :)



Petang ni share resepi kuih kaswi yg saya buat dengan makcik sewaktu kenduri arwah tempohari... saya memang mencari resepi kuih kaswi yg rasa kenyal-kenyal bila di makan .... saya siap tapau bawa balik tapi tak sempat sampai dirumah, dah habis kami makan anak beranak didalam kereta sewaktu perjalanan balik tu....

Resepinya cukup mudah kekawan... saya belum cuba lagi tapi nak simpan dulu resepi ni disini dulu nanti lupa pulak kan...

RESEPI KUIH KASWI

Bahannya :-
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung sagu
  • 2 cawan gula merah
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • 4-5 cawan air
  • 1/4 sudu teh kapur di bancuh dengan sedikit air
Bahan Hiasan
  • Kelapa parut diambil putih dan sedikit garam halus untuk hiasan/dimakan bersama kuih
Caranya :-
  1. Campurkan kesemua bahan kedalam bekas kecuali dan air kapur.
  2. Tuang air sedikit demi sedikit sambil kacau perahan-lahan hing sebati dengan pemukul telur tu. Masukan air kapur, kacau lagi.
  3. Tapis bancuhan tadi kedalam loyang yg telah disapu sedikit minyak.
  4. Kukus selama 45 minit - 1 jam, boleh tengok jika belum masak boleh tambah waktu mengukusnya.
  5. Sejukan kuih sepenuh sebelum di potong. (Tips memotong kuih ni celup pisau dalam air sewaktu nak potong kuih ni, nanti kuih tak melekat pada pisau)
  6. Hidang bersama kelapa parut tadi, boleh ditabur diatasnya atau digaul. Ikut suka kekawan lah ye.

10 ulasan:

  1. ini kuih kegemaran sy. agak lama jugak tak buat. nak ada pengukus sendiri baru rajin buat semula.

    BalasPadam
  2. mmmm.....sedapnya....lama tak makan kuih nie......

    BalasPadam
  3. Alaaa...tak sempat nk mengendeng dah habis rupanya... sedap nmpak kuih kaswi yg kenyal2...

    BalasPadam
  4. Tepung sagu tu buat kaswi kenyal kan. Selalu susah nak cari tepung sagu ni.

    BalasPadam
  5. kuih kegemaran saya..tapi susah nak dapat di Penang..kalau kat Johor, mak buat, sedapnya

    BalasPadam
  6. pun faveret Che Mid gak ni..lagi kalau warna kaswi tu gelap..nampak sedap sangat!

    BalasPadam
  7. assalam
    betul tu kaswi sedap kalu kenyal2 kan dan susah nak jumpa yg gitu he hee
    kita cp resepi ni jgak ye

    BalasPadam
  8. sedapnya kak Yati… tak belum rajin nak buat… jamu mata dgn gambar ni dulu… hihihi

    BalasPadam
  9. Terima kasih taufiq baca blog akak... dah follow belum blog akak ni ehe :)
    Okey jap lagi akak pergi terjah blog taufiq ye :D

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)