JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 17 November 2015

ROTI JALA PANDAN SENTIASA LEMBUT

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Saya buat roti jala ni pada petang sabtu tempohari.. sebabnya kan saya masak kari daging (entri semalam) jadi utk minum petang tu saya buat lah roti jala ini. Resepi saya ambil dari Kak Rose .. My Kuali tu.. kata Kak Rose roti jala ini akan sentiasa kekal lembut sampai ke petang. Ternyata benar sebabnya,en suami dah balik lewat petang tu, bila dimakan masih lembut roti jala tu..

RESEPI ROTI JALA PANDAN

Bahannya :
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil garam 
  • 1 biji telur
  • 3 cawan air/santan/susu segar ( saya guna santan cair)
  • Sedikit pewarna kuning ( saya guna pes hijau pandan)





Caranya :-
Blend semua bahan di atas sehingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala.

Saya masukan kedalam botol roti jala ni senang.. tak perlu nak senduk-senduk dan tak ada lah menjejes tepung tu kan.. :)


Saya guna kuali non stick teffel ni senang tak payah guna minyak.. tapi kalau nak jala di kuali biasa pun boleh.. letak minyak sedikit dalam kuali tu dan jalakan.. pastikan kuali tu tak melekat lah ye..
Lepas jala atas kuali tu biarkan sebentar, tak perlu diterbalikan kerana yg atas tu dah masak jika tiada tepung cair tu lagi..

Kemudian angkat dan gulung, saya lipat empat segi sebab saya menjala buat bentuk empat segi bukan bulat.


Apa lagi kita hidang dan makan lah bersama kari daging/ayam ke..
Petang tu ada kak Nabilah balik Madrasah lepas asar , sampai dirumah terus makan.. lapar katanya.. dah makan roti ni tiga keping, pergi pulak mencari nasi..
Aduh lapar sungguh budak duduk asrama ni kan kekawan.. :D

13 ulasan:

  1. hehehe....kan dah cakap. kari daging baru lah masuk dengan roti jala

    BalasPadam
  2. dana kan kak... tak penah sekalipun bt roti jala nih hehehhehe....
    alat penjala tuh ada tp tak sampai seru lg nk try bt heheehhehe.... tau beli je kalu tingin nk mkn

    BalasPadam
  3. Gandingan yang sangat sedap boleh makan berkeping2 hihi....

    BalasPadam
  4. ada yg buat roti jala tu berselang seli warnanya-hijau dan kuning..comeii..

    BalasPadam
  5. Pasti wangi kan.... kalau guna pati air daun pandan asli pasti lebih wangi....

    BalasPadam
  6. pandainya menjala cantik n pasti sedap dimakan dgn gulai daging tu.

    BalasPadam
  7. aduhaiii suka makan tapi malas buat..senang jer resepinya..
    skarang mahal kak..5 ketoi 3hengget..

    BalasPadam
  8. wahh....memang nampak sedap kak.. selalu nmpk warna kuning ke jarang hijau ni... hehe... boleh lah nk mencuba ni... :)

    BalasPadam
  9. adehhh sedapnye kak..nak2 pulak makan time ujan2..layannyeee lahaiii..hehe

    BalasPadam
  10. sy tak pernah buat roti jalan mungkin sbb tak berapa minat..biasa nk mkn beli jer..klu buat sndri puas hati kan..nyum2

    BalasPadam
  11. memang lembut walaupun dah lama kan...bertambah sedap dengan kari tu... terasa nak buat lagi pulakkkk

    BalasPadam
  12. cantiknya roti jala akak..tersusun begitu paternnya...kalo saya buat mesti berserongeh bagai...hihi

    BalasPadam
  13. Saya tak penah buat roti jala kaler camni....selalu buat kaler kuning je...cantik sayang nak makan...hahaha...roti jala antara makanan feberet saya tau...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)