JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 25 November 2015

PIZZA ROTI MUDAH

Assalamualaikum kekawan..


Tak tahu nak breakfast apa pagi tadi utk mereka dirumah yg sedang bercuti ni.. jadi tengok ada roti gardenia sebungkus yg tidak diusik lagi.. tak kan nak makan dgn kaya dan jem ajer.. tentu bebudak tu dah jemukan.. cari lah sesuatu yg lain dan mudah..
Lepas tu teringat pulak Pizza Roti..


Apa lagi terus keluarkan sosej daging dan monzerella cheese itu hari yg masa buat pizza by noxxa tu ada lagi..  
Saya bakar guna pemanggang ajaib tu ajer..
Senang dan cepat masak..

RESEPI PIZZA ROTI

Bahannya :
  • 1 bungkus Roti Gardenia (bungkus pendek tu jer saya guna)
  • Monzerella cheese
  • Sosej daging (direbus sebentar)
  • Cili sos
  • Planta
Caranya :

  1. Sapukan sos cili diatas roti, kemudian taburkan cheese , lepas tu susun sosej yg telah dipotong, kemudian taburkan lagi sedikit cheese diatasnya.
  2. Sapukan planta pada pan pemanggang ajaib tu, kemudian susun roti diatas pan tu, tutup , bakar dgn api yg perlahan dalam 3 minit.
  3. Kemudian jika suka boleh letak sos cili lagi , siap utk dihidangkan.




18 ulasan:

  1. Yg simple2 tu best..apa yg xhabis mesti blh habis ...

    BalasPadam
  2. best ni ...simple & nampak mudah..boleh la cuba buat weekend nti

    BalasPadam
  3. mudahnye buat piza.. hehehe
    boleh cuba nih.. anak2 mesti suka kan~

    BalasPadam
  4. wahhh..nak buat untuk Pae ni kak... hihi

    BalasPadam
  5. senangnya...nanti nak cuba buat lah. pemanggang ajaib pun dah lama tak keluarkan dari almari tu. boleh lah guna balik.

    BalasPadam
  6. mudah membuatnya mesti sedap ni...

    BalasPadam
  7. Mudah aje ni dan banyak kali rasanya saya dah terjumpa tentang piza roti ni tapi macam biasalah CH, tak buat-buat lagi. Saya ni kalau time membaca bukan main teruja tapi bila di dapur, pening tak tahu nak buat apa untuk menghasilkan kelainan! Itu yang kerja makan luar aje ^_^ Hebat tak alasan? Hehehe ...

    BalasPadam
  8. Anak kakak sekali buat pizza roti ni berkali2 buat lagi....senangkan bahan2 nya pun mudah ada dalam peti sejuk.Boleh pelbagaikan isinya daging/ayam,cendawan butang atau nenas.Kakak tak makan sosej biasanya anak buatkan lain.

    BalasPadam
  9. yummy...bleh jugak try hjg mggu ni...dah jemu asik makan dengan jem je...hehehe...

    BalasPadam
  10. alamak senang jer..dah ada idea nak buat apa utk breakfast hihihi..tq kak share

    BalasPadam
  11. bila coti2 ni mak2 kompom pening kepala nak meraka juadah hari2...kikiki...simple tapi sedap banggat roti pizza camni...lain kali bole buat utk anak2 dan mak anak...hehehe

    BalasPadam
  12. Kalau time sekolah mmg roti ajelah budak budak ni hadap pepagi CH hihi....Maknya malas nak buat breakfast lain. Kadang tu buat berat berat, makannya sikit tu yg malas tu hihi...

    Sedap jugaklah buat yg lain dari kebiasaan kan....tukar tukar katanya...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)