JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 26 November 2015

KUANG TANAH TUMPAH DARAH KU ... Bangga pulak keluar kat FB (^__^)

Sekodeng FB sekali tu ada lah pulak kawan post kat wall cerita pasal Kampung Kuang, Ialah kampung tempat tumpah darah sendiri.. Mak kata dulu saya dilahirkan dirumah sebab tak sempat nak pergi hospital sebab masa tu sibuk darurat 13 May 1969..
Dah betullah tempat darah tumpah hehehe ..

Jom baca.. apa ada di Kuang Selangor.

Ini adalah pekan kuang tempat saya dok pergi masa kecik2 utk membeli belah..
 kalau pergi sini dah kira suka sangat.. tapi biasalah pengusahanya mesti china kan..
Kat pekan tu ada Stesyen Keretapi.. dulu buruk jer.. dulu2 pergi Rawang dgn Mak naik keretapi lah..
Sekarang lagi sibuk dengan adanya Komuter.. Stesyen pun semakin cantik..



Kuang ialah bandar di Selangor, Malaysia. Kepentingannya dahulu ialah permulaan cabang landasan kereta api ke Batu Arang dari mainline Keretapi Tanah Melayu.
Menurut cerita, kawasan Kuang mula dibuka pada sekitar tahun 1920-an. Nama ”Kuang” diambil bersempena nama Tengku Awang iaitu wakil Sultan yang selalu berburu di Kampung Orang Asli (kini adalah Ulu Kuang). Beliau sentiasa membersihkan diri di pertengahan anak Sungai Kuang dan Sungai Samak. Beliau kemudian menunaikan solat di Madrasah Kuang. Kini madrasah tersebut telah diubah menjadi Masjid Batu 20 Kuang.
Terdapat juga yang menyatakan Nama Kuang berasal dari sejenis burung bernama burung kuang.

Inilah yg dikatakan Burung Kuang.. kata namanya sempena nama burung ni juga..

Burung kuang adalah ayam hutan. Antara jenis yang paling terkenal ialah burung kuang raya atau Great Argus dalam bahasa Inggeris. Saiz burung tersebut amat besar.
Burung kuang cermin merupakan satu lagi jenis burung kuang yang berekor panjang seperti burung kuang raya. Kedua-duanya telah dimasukkan dalam stem Malaysia dalam siri burung. Sementara itu, terdapat sebuah taman burung kuang berekor panjang di negeri Terengganu.
Dijangkakan burung kuang telah muncul dengan banyaknya di Kuang pada satu ketika dulu sehinggakan tempat ini dinamakan sebagai Kuang. Sebenarnya tempat bernamakan Kuang amat lumrah di Semenanjung Malaysia. Antaranya termasuk Kuala Kuang di Chemor, Perak, serta Jalan Burung Kuang, Taman Maluri di Kuala Lumpur.

Dulu2 saya selalu main kat Sawah Padi walaupun kami tak ada sawah disini
Selalu pergi rumah kawan yg ada sawah ni..
Filem Ranjau Sepanjang Jalan.. arahan Dato' Sarimah membuat
pergambaran disini.. pakat lah kami adik beradik pergi menengoknya..
Selepas tu sawah padi tidak menjadi.. kata orang kampung disitu..
Padi disitu merajuk sebab dirosakan tanamannya sewaktu penggambaran tersebut..

Mengikut sejarah lama pula,
Kuang telah wujud sejak awal abad ke-19.
Kedudukan tanah yang rata menjadikan Kuang salah satu kawasan penanaman padi yang utama di Selangor pada satu ketika. Pada tahun 1907, laporan tahunan Agricultural Bulletin Of The Straits and Federated Malays States, turut melaporkan lawatan pegawai British ke kawasan tanaman padi Kuang.

Tengok tu langit membiru dan air tasik pun sama membiru..
Dekat dgn rumah kak lang saya di Kundang..
Dulu2 masa kecik selalu juga kesini..
Sekarang tempat ni sungguh meriah..
Siap ada pertandingan Jet Ski di Tasik Biru ini..
Ingat lagi datang tengok Jet Ski sebab penyanyi Fauziah Latif tu selalu berlatih disini :)

Kuang mempunyai salah satu padang polo terbesar di Asia. Ia adalah tempat yang sangat penting bagi polo semasa Sukan Komanwel pada tahun 1998. Terdapat juga tasik yang dikenali sebagai Tasik Biru (Blue Lake) , yang terletak di Seri Kundang.

Keadaan Kuang yang aman dan damai menyebabkan ramai penduduk tempatan untuk membina rumah mereka dan pusat rekreasi di sini , iaitu berhampiran Kampung Sungai Serai.

9 ulasan:

  1. oohh.. nama Kuang, Selangor lebih kurang Kluang Johor plak kan Kak...
    MasyaAllah..cantik sangar blue lake tu... agak nya kat sini lah tmpt anak2 org kaya main polo erk... hehe

    BalasPadam
  2. cantik Tasik Biru tu...makan steamboat di D'Manggis Jln Kuang..

    BalasPadam
  3. oo..kuang yang dekat sungai buluh tu ek..
    pernah ke sana sekali. rumah kawan.

    sana ada tasik besar tasik biru tu ye..

    BalasPadam
  4. Pernah sampai tasik biru yang ada pulau kecil....petang2 macam ramai jer orang beraktiviti kat situ.

    BalasPadam
  5. Hmmmmm..saya pernah dengar pasal Kuang ni, tak pernah sampai.
    Dan pertama kali dengar pasal Tasik Biru tu...macam best, nak cuba pergi tengok :)

    BalasPadam
  6. Tak dekat tak jauh dari rumah saya.. ;)

    BalasPadam
  7. saya pun kadang2 pi umah sedara kat kuang cuma belum pernah lagi ke tasik biru tu,, pemandangannya sangat cantik subahanallah,, anak jati kuang ye nur hayati ni,,, saya juga suka ustaz haryanto yang asalnya juga dari kuang,,

    BalasPadam
  8. Haruslah bangga bila tempat tumpah darah kita keluar kat mana mana media sosial CH.... Macam mak, kalau Muar keluar TV, haruslah lompat bintang gitu hihi....
    Wahhhh kira glemerlah kampung awak CH...masuk filem gitu!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)