JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 12 Februari 2019

HARI RAWATAN RAI HYPERTYROID 12.2.2019 ~PANTANG MAKAN UNTUK RAI HYPERTHYROID .

Assalamualaikum kekawan
Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua..

Hari ini saya akan membuat rawatan RAI Di institute kanser negara.. doakan saya maafkan saya ye 😘😍.
Semoga dipermudahkan segala urusan saya disini.
Berdebar, semua ada, bermula Dari mlm tadi..

Dalam sebulan ni saya sudah mula berpantang segalanya..
Ini tengah menunggu giliran utk pendaftaran.. ramai juga org menunggu.. bertabah lah ye.. jadi marilah Kita baca buku dulu. 😍😁


PANTANG MAKAN UTK RAI KANSER :
(RAI Hypertiroid pun boleh ikut jugak)

- SEBARANG MAKANAN YANG MENGANDUNGI GARAM LAUT YANG MEMPUNYAI IODINE ( garam yang tidak mengandungi iodine boleh digunakan )

- PRODUK TENUSU (susu,keju,krim,yogurt,mentega,marjerin, ais kerim,coklat dan sebagainya)

- KUNING TELUR (putih telur dibenarkan)

- MEE KUNING

- MAKANAN LAUT ( ikan ,kerang,rumpai laut,udang,ketam)

- MAKANAN YG MENGANDUNGI BAHAN PENGAWET  YG BERASASKAN MAKANAN LAUT ( jelly,agar-agar,karagenan,algin)

- MAKANAN YANG DIAWET DENGAN GARAM LAUT TAIRU ( susu masam ) dan MAKANAN RINGAN.

- MAKANAN SEGERA (ham-is a pork, lox- fillet of brined salmon, sosej,daging kornet- corned beef, cip kentang.)

- PRODUK ROTI KOMMERSIAL yang mengandungi doh iodate (donut,semua jenis roti dan kek)

- MOLASSES -gula merah,madu,gula perang atau gula melaka.

- PRODUK SOYA ( kicap soya,susu soya,taufu)

- KEKACANG ( kacang tanah,kacang merah,kacang hijau dan sebagainya.

- KOPI.

- SAYUR-SAYUR HIJAU.

- KULIT KENTANG ( kentang yg telah dikupas kulit dibenarkan)

- KOBIS,SAYUR SADERI,BUNGA KOBIS.

- UBAT MULTIVITAMIN ( dibenarkan mengambil vit D dan pil kalsium sahaja)

- UBAT BATUK.

- UBAT HERBA TRADISIONAL ATAU UBAT-UBATAN HERBA. (Jika ada)

Sumber: Risalah Hospital

5 ulasan:

  1. moga di permudahkan semuanya ya kak...

    banyak betul ya kak yg kene pantang, aduhai mcm kene puasa lak nengok semua senarai tuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin.. jazakillah atas doa dana 😍

      Tu lah Nabil kata kesian mama..
      Byk tak boleh mkn..
      Hari ni je boleh salam mama..
      Lepas ni mama kena kuarintin 1 minggu..😊

      Padam
  2. semoga diberi kesembuhan kak....

    BalasPadam
  3. Semuga dipermudahkan rawatan Yatie dan semuga cepat sembuh.. Aamiin. banyaknya kena berpantang makan tu..sabarlah ya..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)