JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 12 Mac 2019

Resipi Salmon Grilled Black Pepper πŸ˜‹πŸ€©

Assalamualaikum kekawan 😍
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘


Ini lunch saya tengahari tadi.. mengikut senarai makanan yg boleh di makan ada lah dua jenis ikan.. iaitu ikan salmon dan sardin saja utk pesakit tiroid ni. Jadi masa pergi Aeon hari tu nampaklah ikan salmon ni satu potong RM 14.00. Saya tak pernah makan ikan salmon ni. Jadi nak cuba belilah sepotong.  Rindu nak makan ikan setelah hampir 1 bulan lebih, menu ayam dan burung puyuh aje..🀭😊


Close up sikit πŸ˜‰. Sayur organic tu saya masak asing, kena makanan seimbangkan lah.. 😁. Rupa2nya sedap Salmon ni ye.. isi dia lembut ajer.. saya tak makan dengan sos black pepper sebab bahannya ada sos ikan dan sos tiram. Sebab saya tak boleh makan yg sos seafood dan ada bahan pengawet. Sekarang ni saya dah tak guna yg pes-pes apa pun.

Saya panggang guna pemanggang ajaib ni aje..  saya panggang dengan kentang, saya guna minyak zaitun.. senang ajer resipinya.. pastu cepat pulak masak nya. Cuma nak perap tu lah yg kena tunggu 2 jam.. baru merisa semua bahan pada ikan Tu.. resipi saya olah sendiri. Mungkin sedap ditekak saya.. tak tahu lah pada kekawan semua πŸ€—
Jom intai resipi saya yg mudah ini.πŸ˜‰

RESIPI IKAN SALMON GRILLED PATATO BLACK PEPPER.

Bahannya:-
* 1 potong ikan salmon
* 5-8 biji lada hitam
* 2 biji bawang putih
* 2 inci halia
* 5 biji ketumbar
* Sedikit jintan manis ( saya tumbuk semua bahan ini kecuali ikan lah Kan😁)
* 1 sudu besar minyak zaitun.
* Garam
* 1 biji kentang.

Caranya:-

1. Cuci ikan bersih2, toskan, kemudian lumurkan dengan bahan yg ditumbuk tadi, letak garam ye secukup ya.
2. Kemudian perap selama 2-3 jam. CH buat perab pukul 10am.. pukul 12tghri dah grill.😁
3. Lepas tu panggang , CH guna pemanggang ajaib Tu😁, lebur sekali kentang yg digaul dgn garam.
4. Balik-balikkan ikan ni nanti hangus pulak, masak pun jangan lama nanti ikan keras.
5. Apabila telah masak Dan kentang empuk boleh lah diangkat dan dihidangkan..

SELAMAT MENCUBA πŸ˜πŸ˜‹


Ehhh kenapa pulak ada asam pedas daging tetel ni.. 😁 apa lagi untuk bossku.. en suami 😍.. nak resipinya boleh cari kat sebelah tu ye πŸ˜ŠπŸ˜‰







7 ulasan:

  1. suka salmon..lama xbuat..saya buat grilled salmon dgn white sauce

    BalasPadam
  2. ikan salmon ni msk apa2 pun sedap kak, klu tgk cite masak2 omputih tu, boh garam ngn black paper je pastu garing ngn olive oil, boh sikit bwg putih pun dh sdp sgt... yelah ikan mahal, msk simple pun sedap kak

    BalasPadam
  3. sedapnya nampak salmon gril tu kak

    BalasPadam
  4. Oh...bagus lah ada juga ikan yang CH boleh makan, so tak rasa kempunan. PH pun suka ikan salmon.

    BalasPadam
  5. Pernah nampak jual di pasraya
    tapi belum pernah beli/makan

    BalasPadam
  6. biasa Nampak salmon ni tapi tulah, mahal beno sekeping kan, takut tak sedap pun ya. tapi klu kak yati kata sedap, bolehlah kita cuba

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)