JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 26 September 2019

Cara Untuk Meninggalkan Kejahatan πŸ˜–


Cara untuk meninggalkan kejahatan ialah dengan lebih fokus melakukan kebaikan.

Sering dipesankan, buatlah kebaikan sehingga kita penat untuk melakukan maksiat.

Kejahatan terjadi kerana banyak masa dan tenaga yang tidak digunakan untuk melakukan kebaikan!

Tegasnya, cara meninggalkan kejahatan ialah dengan melakukan kebaikan.

Di situlah letaknya hikmah para Syeikh yang meminta salik (murid) membanyakkan zikrullah dalam proses bermujahadah melawan nafsunya. 

Cara mengurangkan masa menggunakan talipon bimbit  ialah dengan membaca Al Quran. 

Cara meninggalkan mengumpat ialah dengan  berzikir dan berdakwah.

Cara mengusir buruk sangka kepada seseorang ialah dengan mendoakannya.  

Cara menghilangkan rasa benci dan marahkan seseorang ialah dengan memaafkannya.

Cara mengusir kesedihan diri ialah dengan menggembirakan orang lain.

[Ustaz Pahrol Muhamad Juoi]

7 ulasan:

  1. Terimakasih yatie beri peringatan untuk menjadi lebih baik.

    BalasPadam
  2. Terima kasih mengingatkan Kak.. pesanan yang sangat bermakna.. menginsafi diri ..

    BalasPadam
  3. moga rakan yang ada saling ingat mengingati.

    BalasPadam
  4. nice sharing, done follow sini #577 jemput singgah blog saya juga ye.. terima kasih

    BalasPadam
  5. dats why org cakap.. peribadi kawan kita ada cerminan peribadi kita juga. jadi tengok kawan2 kita macam
    mana adalah kayu ukur diri sndiri. xpe xdak ramai kawan janji yang sedikit adalah yang berkualiti.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)