JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Ahad, 22 September 2019

JANGAN RISAU KATA-KATA ORANG πŸ˜’πŸ€¬πŸ™…


JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik.

Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.

Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, Kerana yang menyukai mu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yg kamu lakukan.

Dan yang membenci mu tidak percaya tentang kebaikan yg masih ada pada dirimu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri. Hari ini dan semalam adalah hari yg berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya.

Kita Bukan Siapa-Siapa Untuk Menilai Siapa Siapa..

Eratkan silaturahim, 
Walau sekadar berdoa untuk semua ahli keluarga..jiran & sahabat 

Ketika kita menanam padi, rumput pun ikut tumbuh..
Tapi ketika kita menanam rumput, tidak pernah padi turut tumbuh....

Dalam kita melakukan “ kebaikan ”, kadang-kadang ada yang buruk turut ikut sama..

Tapi Ketika kita melakukan “ keburukan ”, tidak ada kebaikan turut ikut serta..

Jangan bosan untuk berbuat baik walaupun kadang-kadang kita tidak sempurna.

Jika melawat ke hospital, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat kesihatan.
Jika melawat ke penjara, kita akan menyedari betapa besarnya nikmat kebebasan.
Jika kita ke kubur, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat hidup.

Pesakit akan keluar wad bila sakitnya sembuh. 
Manakala banduan akan keluar penjara bila tamat tempoh hukumannya. 
Tetapi kubur TIADA JALAN KELUAR.

Sentiasa ingat mati dan Buatlah persiapan untuk kematian...sedar lah diri segala yg kt miliki  termasuk diri kt milik ALLAH SWT

-Ustaz Iqbal Zain-

6 ulasan:

  1. benar tu Yati, mencari perhatian manusia ni tak akan habis pasti ada sahaja yang tak kena, yang penting kita mahukan perhatian dari Allah swt untuk bekalan di hari kemudian, in shaa allah

    BalasPadam
  2. peringatan yang baik...teruskan berkongsi

    BalasPadam
  3. Termotivasi baca entri ni Ti....betul sangat kan.... yang penting kita dengan Allah, niat kerana Allah selagi masih dlm syariat yg betul.

    BalasPadam
  4. Tq sharing Kak.. sgt terkesan.. apa yg penting hubungan kita dgn Allah ..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)