JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 29 Jun 2020

Back to school.. semoga Dalam Pemeliharaan Allah SWT buat Sofea Nabilah 😍😘

Assallamualaikum kekawan semua 😍
Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT jua hendaknya 😘😍

Hari sabtu 27 Jun 2020 pergi hantar nabilah balik ke asrama utk memulakan kelas bagi form 5 utk yg ambil SPM.. ikut prosedur sekolah hanya anak saja yg boleh mendaftar, ibubapa sila tunggu dlm kereta ye.. Tu yg ambil gambar dr dlm kereta saja 🤭

Belajar rajin2 ye kakak.. dapat juga peluk dia sebelum balik.. tiada yg menolong saya utk masak.. Alhamdulillah syukur Kan sepanjang PKP dia Ada menolong saya, tambahan kesihatan saya ni pun tak menentu..


Carta alir balik ke asrama yg sekolahnya bagi.. ikut SOP KKM..


Ini bilik lama dia.. 

Nabilah dah tukar bilik lain.. katanya. Petang Tu hantar gambar pd saya.. sibuk mengemas barang lama tukar bilik lain. Satu bilik hanya 3 org saja.. kalau bilik kecil hanya seorang saja boleh..



Pagi tadi nabilah wasap lagi dah nak pergi sekolah.😍😘 Mama doakan semoga dipermudahkan segala urusan Dan dikurniakan ilmu dan Hikmah dari Allah SWT..
Niatlah menuntut ilmu kerana Allah SWT dengan ilmu Allah Kita Akan menjadi orang berjaya dunia Dan akhirat..


Hari ini saya Ada follow up Di hospital putrajaya.. Ada dua follow up pulak , satu orthopaedic Dan satu lagi endocrine tapi saya tak pergi yg ini sebab doktor dah call Hari isnin Lepas.. dah dpt result darah yg hypothyroidism Tu.. doktor naikan makan ubat. Ini lah dah Tua hidup dgn ubat pulak..😢

Semoga saya sabar dan kuat dengan ujian sakit ini..



12 ulasan:

  1. selamat kembali ke sekolah..smoga ank2 dilindungi..kena biasakan diri dgn new normal kn

    BalasPadam
  2. semoga Nabilah baik2 sahaja di sana dan ibunya baik2 sahaja di sini ya

    BalasPadam
  3. seronok la dia dapat pergi sekolah dan jumpa kawan2 semula.. Semoga dia baik2 je kat sana..

    BalasPadam
  4. Selamat sekolah balik, semoga cekal menimba ilmu ;)

    Follow sis dah

    BalasPadam
  5. rajin nabila updet wasap kat mak ye., ;p

    BalasPadam
  6. selamat kembali ke sekolah. happy nampaknya si kakak

    BalasPadam
  7. moga semuanya baik2 saja....dah besar panjang anak gadisnya...

    BalasPadam
  8. insyallah semua baik2 saja.. selamat kembali ke skolah =)

    BalasPadam
  9. selamat kembali ke sekolah, kakak!
    Akak jaga diri ya. Moga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah selamat kembali ke sekolah Nabilah. Mama pula semoga diberi kesihatan yang baik aaminnn.....

    BalasPadam
  11. Lama duk rumah best jugak pergi sekolah boleh jumpa kengkawan hihi.... Gud luck Kak Nabilah moga berjaya dunia akhirat...
    Sabar Ti.... insyaallah banyak hikmahnya...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)