Assallamualaikum kekawan semua 😍😘
Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT jua hendaknya 😘😍
Pada hari Sabtu 04.07.2020 saya meraikan perkahwinan anak buah saya , anak kak Ateh saya di Rawang, Selangor. Walaupun mengikut SOP KKM dan MKN, Majlis tetap berjalan dengan meriah 🤩😍💞
Pengantin bersama kedua ibubapa, yg gambar atas tu kakak ateh saya Dan dibawah tu ibubapa pengantin lelaki..😍❤️
Majlis pernikahan di Masjid , seramai 20 orang je, jadi keluarga pengantin Perempuan dan lelaki je yg boleh hadir. Kami pun tak dapat utk meraikan majlis pernikahan tersebut, tapi anak kak Ateh Ada buat video jadi dapat lah tengok video yg dikongsikan dalam group keluarga. Sepatutnya Majlis perkahwinan ini bulan Jun tempoh hari.. selepas raya tapi masa tu masih dlm PKPB. Jadi kenalah ikut prosedur.
Alhamdulillah, dapat juga bergambar dgn pengantin. Kakak Nabilah saja yg tiada sebab dah balik asrama bagi pelajar SPM..
Sebahagian adik beradik yg sempat bergambar dgn pengantin 😍💞
Ini lah kak Ateh saya, Tema pakaian warna hitam dan mustard, mujur ada jubah masa kerja itu hari, gi dinner 🤭 boleh Kita meraikan Tema ni😍
Kena ikut prosedur SOP KKM dan MKN yg dipantau oleh RELA, pihak keluarga pengantin kena mohon utk mengadakan Majlis kenduri kahwin ini balai polis, jadi Surat kelulusan, notis banner prosedur kena. RELA yg Akan cek suhu, pantau kedatangan yg tidak boleh lebih 250 orang dan dalam khemah tu dibenarkan 40 orang, jika dah cukup kena tunggu orang keluar baru boleh masuk .
Kak Ateh saya buat jemputan 3 sesi Waktu.. pukul 1-2pm, 2-3pm dan 3-4pm. Jemputan pun dibuat melalui online, kena daftar disitu, saya pilih 1-2pm sebab lepas tu nak pergi hantar barang nabilah diasrama.
Selepas daftar nama dan cek suhu, baru masuk kelaluan yg disediakan.. pastu petugas yg senduk nasi Dan lauk pauk.. masa saya sampai tu org tak ramai lagi.. senanglah nak dapat tempat. Habis makan kena ikut laluan keluar menuju ke khemah pelamin pengantin utk bergambar.
Inilah kenangan perkahwinan PKPP. ikut prosedur tapi meriah 🤩😍..
بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِى خَيْرٍ
Barakallahu laka wa baraka ‘alaika wa jama’a bainakuma fiil Khairin
”Mudah-mudahan Allah memberkahi engkau dalam segala hal (yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan"💞❤️
Selamat pengantin baru buat anakanda Farah NorAdira Isa Dan Jamaludin, semoga ikatan perkahwinan berkekalan hingga ke syurga. 💞❤️😍
Terima kasih kekandaku Norzaini Dan Md Isa Matt atas jemputan. Semoga Majlis perkahwinan anakanda diberkati Allah SWT. Aamiin 🤲🏻❤️
#kahwinpkpp
#kitajagakita
#dirahmatiAllahsemuanya
Alhamdulillah.Moga rumahtangga yang dibina sentiasa mewah dengan keberkatan.
BalasPadamok
BalasPadamoo...baru tahu RELA pantau. Nadiah pun esok insyaAllah nak hadiri majlis sepupu
BalasPadamTahniah buat mempelai
BalasPadamMeriah nampaknya tu Kak Yati.
BalasPadamTahniah dpt anak sedara baru.
tahniah selamat pengantn baru mempelai meriah majlisnya walau dlm PKPP
BalasPadamSemoga bahagian hingga ke jannah buat pengantin baru
BalasPadamJalan2 sini baca n3.
BalasPadammoga Allah memberkati pasangan pengantin.
BalasPadampengalaman sungguh ni, majlis kahwin masa PKPP- yang berkahwin dan para tetamu. Banyak SOP nya, bagus.
Selamat pengantin baru buat kedua mempelai. Kalau dah jodoh, PKP bukan halangan. Moga bahagia hingga ke syurga.
BalasPadamAlhamdulillah selamat sudah.
BalasPadamAda juga kenangan makan kenduri waktu PKP :)
Selamat Pengantin Baru buat mereka yg baru melayari bahtera rumahtangga moga jodoh mereka kekal bahagia hingga ke syurga.... Kenangan PKPP sungguh tu Ti...esok esok boleh cite dengan anak cucu hihi...
BalasPadamRasanya bagus jugak buat kenduri time PKPP ni ....jimatttt
Alhamdulillah dah selesai. Gitu rupanya jika nak buat kenduri time pkpp ni ye
BalasPadamalhamdulillah....majlis berjalan lancar....
BalasPadamTahniah CH
BalasPadamCantik mempelai, ibarat pinang dibelah 2
alhamdulillah
BalasPadamselamat pengantin baru buat pasangan