JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label #rayakitapunya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #rayakitapunya. Papar semua catatan

Khamis, 14 Julai 2016

Syawal Days 9 :: Meneruskan Tradisi Ziarah RAYA.. Tanpa Arwah Mak & Abah ..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Pada hari Sabtu raya 4 saya balik semula ke Shah Alam, dalam group keluarga dah berjanji untuk pergi menziarahi keluarga belah arwah mak dan abah.. berkumpul di rumah arwah mak dan abah.. saya dari kampung en suami, walaupun tak jem teruk sangat tapi kenderaan banyak, jadi saya terlepas nak joint sama kerumah adik arwah mak ini, kami panggil mak oong, sebelum saya balik kampung tu saya dah singgah dulu rumah mak oong ni.. rumah mak oong ni belakang rumah arwah mak ajer, jadi yang pergi 4 keluarga ajer.. itam, alang, andak dan uda.. angah dan ateh rupanya dah pergi raya pertama itu hari sebab mereka raya di sini dulu.. yg kami beraya di rumah mertua dulu..



Jadinya saya terus wasap mereka yg tak sempat joint di rumah mak oong dan terus ke rumah mak uda di Segambut.. saya sampai awal di sana lebih kurang pukul 12.30 tengahari.. adik mak yg ke 5, tinggal 2 orang jer adik arwah mak.. 
Oleh kerana dah sampai awal berselfie lah saya anak beranak disini..


Mereka sampai lebih kurang pukul 1.00 petang, mak uda menyediakan laksa dan nasi impit berserta rendang.. kemain suka lah anak dara saya.. mereka kan peminat laksa.. 
Mak uda ni walaupun emak dah meninggal tapi masih lagi singgah di rumah masa raya pertama.. memang mak uda selalu datang raya pertama rumah mak dari dulu lagi. Memang rumah mak lah tempat adik beradik emak datang bila raya sebab masa tu mak menjaga arwah nenek yg sakit sebab tu pusara arwah nenek di Kuang , manakala arwah atuk di Segambut, arwah di jaga oleh mak oong saya dulu, masa tu tinggal di Segambut bersama arwah atuk..

Selepas solat zohor di sini kami bertolak pula ke Petaling Jaya..


Ini adalah anak buah arwah abah, arwah abah dan arwah mak kak kiah ni sepupu, arwah abah anak bongsu dah tiada adik beradik lain.. gembira hati kak kiah ni bila kami sampai .. tak sangka korang datang juga ye.. katanya.. menangis kak kiah ni dengan kehadiran kami..walaupun mak dan abah tak ada kita kena lah menziarahi sanak saudara yang ada kan..
Suami kak kiah ni kena strok pada tahun 2014 .. rasanya selepas raya haji masa tu, arwah abah dan emak ada pergi menziarahi abang Sayuti .. Abang Sayuti ni sebaya arwah abah tapi dia panggil abah pak cik sebab dah pangkat macam tu kan.. hampir 2 tahun abang sayuti ni sakit.. semoga diberikan kesembuhan buatnya dan redhanya dengan ketentuan Ilahi serta tabah hatinya.. juga yg menjaganya..

Selepas tu kami ke Kelana Jaya pula.. untuk ziarah raya ke rumah abang Kamalin.. abang kamalin ni adik kak kiah yg kami ziarahi sebelum ini.. suka betul abang Kamalin.. "ha ini lah baru sedaro.. saling kunjung mengunjungi.. " katanya lagi.. sebelum ramadan tempohari anaknya yg no 3 meninggal dunia.. jadi dia minta kami datang lagi pada 24/7/2016 sebab nak buat kenduri tahlil arwah katanya.. inshaAllah kalau tiada hal boleh datang lagi..

Disitu lah rumah last kami.. lebih kurang pukul 5.30pm kami pun bersurai. Saya terus pulang ke Shah Alam, Alhamdulillah dapat juga meneruskan ziarah raya ini dan menyumbang kepada mereka sedikit sebanyak.