JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 14 Julai 2016

Syawal Days 9 :: Meneruskan Tradisi Ziarah RAYA.. Tanpa Arwah Mak & Abah ..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Pada hari Sabtu raya 4 saya balik semula ke Shah Alam, dalam group keluarga dah berjanji untuk pergi menziarahi keluarga belah arwah mak dan abah.. berkumpul di rumah arwah mak dan abah.. saya dari kampung en suami, walaupun tak jem teruk sangat tapi kenderaan banyak, jadi saya terlepas nak joint sama kerumah adik arwah mak ini, kami panggil mak oong, sebelum saya balik kampung tu saya dah singgah dulu rumah mak oong ni.. rumah mak oong ni belakang rumah arwah mak ajer, jadi yang pergi 4 keluarga ajer.. itam, alang, andak dan uda.. angah dan ateh rupanya dah pergi raya pertama itu hari sebab mereka raya di sini dulu.. yg kami beraya di rumah mertua dulu..



Jadinya saya terus wasap mereka yg tak sempat joint di rumah mak oong dan terus ke rumah mak uda di Segambut.. saya sampai awal di sana lebih kurang pukul 12.30 tengahari.. adik mak yg ke 5, tinggal 2 orang jer adik arwah mak.. 
Oleh kerana dah sampai awal berselfie lah saya anak beranak disini..


Mereka sampai lebih kurang pukul 1.00 petang, mak uda menyediakan laksa dan nasi impit berserta rendang.. kemain suka lah anak dara saya.. mereka kan peminat laksa.. 
Mak uda ni walaupun emak dah meninggal tapi masih lagi singgah di rumah masa raya pertama.. memang mak uda selalu datang raya pertama rumah mak dari dulu lagi. Memang rumah mak lah tempat adik beradik emak datang bila raya sebab masa tu mak menjaga arwah nenek yg sakit sebab tu pusara arwah nenek di Kuang , manakala arwah atuk di Segambut, arwah di jaga oleh mak oong saya dulu, masa tu tinggal di Segambut bersama arwah atuk..

Selepas solat zohor di sini kami bertolak pula ke Petaling Jaya..


Ini adalah anak buah arwah abah, arwah abah dan arwah mak kak kiah ni sepupu, arwah abah anak bongsu dah tiada adik beradik lain.. gembira hati kak kiah ni bila kami sampai .. tak sangka korang datang juga ye.. katanya.. menangis kak kiah ni dengan kehadiran kami..walaupun mak dan abah tak ada kita kena lah menziarahi sanak saudara yang ada kan..
Suami kak kiah ni kena strok pada tahun 2014 .. rasanya selepas raya haji masa tu, arwah abah dan emak ada pergi menziarahi abang Sayuti .. Abang Sayuti ni sebaya arwah abah tapi dia panggil abah pak cik sebab dah pangkat macam tu kan.. hampir 2 tahun abang sayuti ni sakit.. semoga diberikan kesembuhan buatnya dan redhanya dengan ketentuan Ilahi serta tabah hatinya.. juga yg menjaganya..

Selepas tu kami ke Kelana Jaya pula.. untuk ziarah raya ke rumah abang Kamalin.. abang kamalin ni adik kak kiah yg kami ziarahi sebelum ini.. suka betul abang Kamalin.. "ha ini lah baru sedaro.. saling kunjung mengunjungi.. " katanya lagi.. sebelum ramadan tempohari anaknya yg no 3 meninggal dunia.. jadi dia minta kami datang lagi pada 24/7/2016 sebab nak buat kenduri tahlil arwah katanya.. inshaAllah kalau tiada hal boleh datang lagi..

Disitu lah rumah last kami.. lebih kurang pukul 5.30pm kami pun bersurai. Saya terus pulang ke Shah Alam, Alhamdulillah dapat juga meneruskan ziarah raya ini dan menyumbang kepada mereka sedikit sebanyak.

17 ulasan:

  1. Wah tentu seronok dapat berkumpul saudara mara sempena raya ni.
    Selamat menyambut Syawal.

    BalasPadam
  2. seronok raya akak adik beradik... raya ramai2 nih la meriah kan kak...
    mcm dana thn nih tertinggal kene raya sefamily je sbb raya umah mertua... sbb family kt johor yg rajin beraya konvoi ramai2 nih

    BalasPadam
  3. Seronok nya jalan ramai2 dengan adek beradek ...Meriah kan yatie.Kakak pun dah takde mak ni ,singgah juga rumah kawan2 dan sedara mak dan bapak.Tapi kan mereka sedih bila tengok akak sebab teringat kan arwah mak pak akak.

    BalasPadam
  4. Seronok nya jalan ramai2 dengan adek beradek ...Meriah kan yatie.Kakak pun dah takde mak ni ,singgah juga rumah kawan2 dan sedara mak dan bapak.Tapi kan mereka sedih bila tengok akak sebab teringat kan arwah mak pak akak.

    BalasPadam
  5. Beraya dgn berkonvoi lagi meriah Yati.
    Adik-beradik pergi serbu dari satu-rumah ke satu rumah. Mesti seronok. Ziarah yg tua/sakit diutamakan.

    BalasPadam
  6. semoga suami kak kiah lekas2 sembuh dan semoga orang yang menjaganya juga terus tabah...

    BalasPadam
  7. Seronoknya beraya beramai2 macam nih. Meriah.

    Selamat hari raya buat akak & family.

    BalasPadam
  8. alhamdulillah, walaupun dah takde mak/abah, pertalian saudara tu masih lagi terjalin. tugas anak2 pula lah kan utk eratkan silaturrahim. takde lah terputusnya persaudaraan.
    kiranya, raya ke-4 dah beraya di sekitar KL lah ye..

    BalasPadam
  9. Yang penting hubungan adik beradik tak putus dan silaturahim berjalan.

    BalasPadam
  10. raya sakan ya Yati...walaupun penat mengadap jem tp happy ,kan..

    BalasPadam
  11. ya Allah bagus akak...teruskan tradisi melawat saudara mara walo tanpa org tua...biase kite ni ikut org tua ajek...kalo dieorg dah takde, kite pun agak slow nak gi melawat.... bagus family akak...berkat didikan arwah mak n abah akak nieh...lieya sendiri ade penyakit segan kalo nak gi melawat saudara kalo mak ke abah tak ikut sekali kak...bace entry akak ni dtg insap....raya setahun sekali kan...pi le jenguk...hulur duit raya utk yg dah berumur tu....

    semoga silaturahim terus terjalin erat....dan ingatan serta sumbangan akak pada mereka mendpt berkat dari Allah swt...

    BalasPadam
  12. meriahnya kalau dah dapat berkumpul dan amik gambar ramai-ramai mcm ni,kan

    BalasPadam
  13. alhamdulillah..meriah sgt kumpul ramai2 camni..tulah..biasa geng2 muda ni ssh skit nk bjln kalau xde org tua dlm rombongan ni

    BalasPadam
  14. CH kalau saya cakap jangan marah eh ^_^ Anak dara awak lebih lawalah daripada emaknya ~_^

    Inilah baru namanya mengenal saudara-mara. Walaupun makpak dah takda, tetap juga diteruskan tradisi melawat saudara mara. Kalau dalam keluarga saya ni, mesti nak mengharapkan Ngah, Chik dan Teh kerana mereka jauh lebih kenal saudara-mara. Kami yang bawah-bawah ni terutama saya, memang gagallah bab susur galur keluarga nih!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)