JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Anak-anakku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anak-anakku. Papar semua catatan

Selasa, 2 Disember 2014

Nampak MATA jer ... SIAPA tu ???? :)

 Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan sihat sejahterah hendaknya...

Hehehe cuba teka yg mana mana satu Nabilah dan Najeeha.. 
Beli niqab ni di Bin Nurdin seksyen 15 
Shah Alam.. semangat nak pakai.. jadi mencubalah mereka di surau SS15 tu sementara nak tunggu solat zohor..  Comel pulak tengok mereka berdua berniqab ni..

Pada hari ahad petang kami menghantar kakak dua orang ni di Madarasah Darul Uloom Lilbanat ni.. kakak dua orang ni akan tinggal disini selama sebulan utk belajar hafazan.. Semoga kakak berdua ni serasi disini.. 

Pada hari sabtu petang tu dah bersemangat packing barang-barang untuk kesana.. tengok tu bantal peluk busuk tu boleh ditinggal oleh kakak berdua ni :)

Sebelum keluar rumah pun nak bergambar juga kakak berdua ni kan :)

Pada hari sabtu tu singgah makan tengahari di Restoran Chinese Muslim  Adam Lai.. kakak minta Contenese Yee Mee.. itulah makanan kegemarannya bila makan di restoran ni..

Masa balik dari menghantar kakak berdua ni.. Nabil sedih.. mengalir airmatanya (sebenarnya mama pun sama :(   ) Abahnya cakap baru lima minit tinggal kakak dah sedih.. susah betul dua orang ni :)
Malam tu nabil kebosanan.. apa lagi asyik menanya jer .. bila kakak boleh balik.. aduh.. rindu ni.. tak bestlah tak ada kawan.. mama nak hantar nabil kat mana ? saya pun tengah cari kat mana nak hantar nabil utk program cuti sekolah ni.. di Daurah Masjid Negeri Shah Alam dah penuh sebab lewat daftar tempohari..
Kena cari juga program cuti sekolah ni utk Nabil.. dia sibuk nak masuk memanah.. nanti nak cari kelab memanah pulak ni..