Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 2 Disember 2014

Nampak MATA jer ... SIAPA tu ???? :)

 Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan sihat sejahterah hendaknya...

Hehehe cuba teka yg mana mana satu Nabilah dan Najeeha.. 
Beli niqab ni di Bin Nurdin seksyen 15 
Shah Alam.. semangat nak pakai.. jadi mencubalah mereka di surau SS15 tu sementara nak tunggu solat zohor..  Comel pulak tengok mereka berdua berniqab ni..

Pada hari ahad petang kami menghantar kakak dua orang ni di Madarasah Darul Uloom Lilbanat ni.. kakak dua orang ni akan tinggal disini selama sebulan utk belajar hafazan.. Semoga kakak berdua ni serasi disini.. 

Pada hari sabtu petang tu dah bersemangat packing barang-barang untuk kesana.. tengok tu bantal peluk busuk tu boleh ditinggal oleh kakak berdua ni :)

Sebelum keluar rumah pun nak bergambar juga kakak berdua ni kan :)

Pada hari sabtu tu singgah makan tengahari di Restoran Chinese Muslim  Adam Lai.. kakak minta Contenese Yee Mee.. itulah makanan kegemarannya bila makan di restoran ni..

Masa balik dari menghantar kakak berdua ni.. Nabil sedih.. mengalir airmatanya (sebenarnya mama pun sama :(   ) Abahnya cakap baru lima minit tinggal kakak dah sedih.. susah betul dua orang ni :)
Malam tu nabil kebosanan.. apa lagi asyik menanya jer .. bila kakak boleh balik.. aduh.. rindu ni.. tak bestlah tak ada kawan.. mama nak hantar nabil kat mana ? saya pun tengah cari kat mana nak hantar nabil utk program cuti sekolah ni.. di Daurah Masjid Negeri Shah Alam dah penuh sebab lewat daftar tempohari..
Kena cari juga program cuti sekolah ni utk Nabil.. dia sibuk nak masuk memanah.. nanti nak cari kelab memanah pulak ni..


19 ulasan:

  1. comel dua2..sian la nabil takde kawan..

    BalasPadam
  2. Salam.Alhamdulilah....sejuk hati melihat anak2 memakai niqab ni.Semoga mereka menjd anak yg solehah.Aaminn

    BalasPadam
  3. Semoga kesedaran berakhlak mulia yang dipupuk sejak kecil akan dibawa hingga ke usia dewasa...

    BalasPadam
  4. memang comel nya anak2 yatie ber niqab

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah...sejuk mata memandang...moga kedua2nya beroleh ilmu akhirat...insyaallah....

    farouk pn skrg kt Kem Smart Quran selama 2 minggu.
    http://4fn1mn.blogspot.com/2014/11/farouk-mencari-ilmu-akhirat.html

    BalasPadam
  6. Mestilah yg tinggi tu Kak Nabilah..
    Bagus Yati hantar program macam ini

    ps: Auntie pun ada niqab macam itu tau sayang. Tapi auntie beli di Madinah dpt SR 5/- aje murah.

    BalasPadam
  7. Sekurang kurangnya terisi jugak masa singgang mereka tu CH....
    Kalau dah bernuqab gitu mmg le tak kenal sebab mampak mata jer...
    Kena pakai gitu ke CH kat situ?

    BalasPadam
  8. bagusnya akak hantar anak ke prog gini. terisi masa lapang dgn berfaedah.

    comel nampak bila berniqab.

    BalasPadam
  9. comel ...elok sngt menefaatkn masa cuti panjang ni kan yatie...dpt kebaikan dunia dan akhirat juga.
    bukan saja nabil yg rindu ni...yatie tentu nya lebih lagi...

    BalasPadam
  10. Bagus nya...mcm ke asrama la kan...terisi masa cuti sekolah ni

    BalasPadam
  11. sejuk perut ibu yg mengandung...bila anak2 dara sunti berniqab..

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah..seronoknya tgk anka2 kak berubah macam ni... semoga saya juga dapat membawa anak2 saya macam ni suatu masa nanti bila tiba masanya... dari mereka habiskan masa.. baik hantar untuk mereka belajar hafazan kan.. ramai ibubapa sekarang buat macam ni... Alhamdulillah...

    salam perkenalan dari mommylina juga

    BalasPadam
  13. Ya Allah kak.. memang rezeki akk. Mahu anak2 dengan rela masuk tahfiz. Tahniah kak..

    BalasPadam
  14. Walau tak nampak muka tapi tentunya comel.

    Kak zai pun pernah hantar anak2 joint program cuti sekolah.

    BalasPadam
  15. sejuk mata tgk kakak2 berniqab....
    Alahai sian, Nabil.... Gitu lah kak bila anak2 ni rapat :)

    BalasPadam
  16. alhamdulillah . itulah aktiviti yg seharusnya mrk ikuti utk memenuhi masa cuti sekolah ...

    BalasPadam
  17. Comel kakak berdua ni walaupun nampak mata jer! dua orang anak buah pun baru habes program KICK Camp dengan Dr Fadilah Kamsah.

    BalasPadam
  18. Yang mata redup sebelah kiri (bila menghadap komputer) itulah Nabilahkan! Bagusnya CH dapat hantar anak-anak mendalami ilmu.

    BalasPadam
  19. Erkkk, boleh cadang tak mana2 Tahfiz yang bagus di Selangor ??

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)