JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan

Khamis, 13 September 2012

Pelajar Kita Maut Nahas Di Jordan

Al Fatihah kepada Saiful Asyraf bin Saifudin pelajar tahun 2 penuntut di Universiti Muktah Jordan yang telah mengalami kemalangan maut pada 10 September 2012. Allahyarham akan diterbangkan ke Malaysia melalui penerbangan Qatar Airways dan akan tiba jam 2.10 petang 13 Sept 2012. Allahyarham adalah penerima bantuan umum pelajaran (BUP) Lembaga Zakat Selangor. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al Fatihah....

Saiful Asyraf Saifudin, 22, pelajar tahun dua di Universiti Mutah, Jordan 
yang maut dalam kemalangan pada 10 September 2012  


KUALA LUMPUR 11 Sept. - Seorang penuntut Malaysia yang melanjutkan pengajian di Universiti Mutah, Jordan maut dalam kemalangan ketika menjemput dua rakan pengajian yang baru tiba selepas bercuti di negara ini awal pagi ini.


Saiful Asyraf Saifudin, 22, yang mengikuti pengajian Usul Fiqh dalam jurusan Syariah di universiti berkenaan meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 9 malam (2 pagi waktu Malaysia).



Allahyarham yang dikenali sebagai 'Oyak Kayo' maut manakala tiga rakannya cedera selepas kereta sewa yang dinaiki mereka hilang kawalan ketika melakukan pusingan U di lebuh raya antara Karak dan Aqaba.
Menurut Presiden Pelajar Universiti Mutah, Kailani Azhari, Allahyarham bersama seorang rakan lelaki yang memandu kereta sewa itu dalam perjalanan pulang dari lapangan terbang selepas menjemput dua penuntut perempuan yang baru pulang bercuti di Malaysia.

"Kesemua mangsa merupakan penuntut tahun kedua di Universiti Mutah. Kereta yang dipandu rakan arwah terbabas ketika membuat pusingan U.

"Tiga rakan arwah yang cedera dikejarkan ke Pusat Kesihatan Hissi sebelum dipindahkan ke Hospital Tentera Karak. Arwah pula disahkan meninggal dunia di Hospital Kerajaan Jordan, Karak.
"Setibanya di Hospital Kerajaan Jordan, jenazah dalam keadaan yang baik kecuali pada bahagian kepala yang mengalami luka dan pendarahan.

"Jenazah arwah dibawa ke Mustasyfa Bashir di Amman untuk diuruskan dan akan diterbangkan ke Malaysia malam ini (awal pagi esok)," katanya menerusi e-mel kepada Utusan Malaysia hari ini.
Menurut Kailani, Allahyarham sangat dikenali khususnya di Universiti Mutah kerana personaliti yang cukup ceria dan ramah dalam berbicara membuatkan sesiapa yang mengenali beliau sangat senang bersamanya.

"Allahyarham sangat komited dalam menguruskan urusan berkaitan persatuan di Mutah dan mandat terkini beliau ialah Ahli Jawatankuasa Sambutan Pelajar Baru bagi Unit Logistik," katanya.

Sementara itu, bapa Allahyarham, Saifudin Jaafar, 49, ketika dihubungi malam ini memberitahu, arwah merupakan anak sulung daripada empat beradik mula melanjutkan pengajian pada tahun 2010.
"Saya reda dengan kehilangan anak saya ini walaupun perit untuk kami sekeluarga terima," katanya yang berniaga sendiri dan menetap di Beranang, Selangor.

Sumber : Utusan Malaysia

Rabu, 11 Julai 2012

Berita : Teguhnya cinta Azah pada budaya

Saya amat mengkaguminya, beliau yang sentiasa berbaju kurung walau apa jua majlis dan senyuman yang tidak pernah lekang dibibir nya itu, sungguh manis menawan ..

Belasungkawa Azah Aziz...



DIA seorang yang wanita yang pemalu. Setiap butir kata yang terucap di bibirnya penuh kelembutan.


Jelita dan anggun dengan penampilan baju kurung pesak Johor pada kebanyakan masa, di mata kebanyakan orang beliau adalah seorang wanita yang sempurna.



Namun, di sebalik kesantunan wanita berdarah campuran Melayu, Turki dan Arab itu tersemat kekuatan dan keteguhan dalam dirinya yang sukar digugat oleh sesiapa.


Sharifah Azah Mohamed Alsagoff bukan hanya figura yang disegani dalam bidang budayawan, malah sejarah panjang hidupnya memberikan impak luar biasa dalam bidang kewartawanan negara.


Kehebatan itulah membuatkan permaisuri dalam hidup tokoh akademik tersohor negara, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid, itu sentiasa memukau ramai bak sebutir permata yang bersinar.


Namun semalam, wanita yang lebih dikenali sebagai Azah Aziz menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 84 tahun. Beliau yang meninggal dunia akibat sakit tua dan angin ahmar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
HASIL perkongsian hidup bersama Azah dan Ungku Aziz, 
mereka dikurniakan seorang cahaya mata Zeti Akhtar (kiri) 
yang kini menjadi Gabenor Bank Negara. 


Pemergiaan ibu kepada Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz itu bukan sahaja mengejutkan, bahkan ditangisi ramai. Negara kehilangan wanita yang selama ini begitu teguh mempertahankan nilai budaya agar tidak dimamah zaman. Cerita seterusnya boleh baca disini Rencana utama Azah Aziz

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang solehah. Al fatehah.

Isnin, 9 Julai 2012

Berita : Islam adalah sebuah pilihan ~ Thierry Henry






Islam adalah sebuah pilihan, demikian kata pemain bola sepak Thierry Henry. Kerana itu ketika memutuskan keyakinan dan menjadi mualaf, dia merasa bahawa berasa sangat dekat dengan Islam

.“Saya menganggap Islam sebagai pilihan terbaik untuk saya jika saya ingin percaya kepada sebuah agama,” kata penyerang New York Red Bulls.


Menurut Henry, menjadi seorang Muslim itu tidak boleh setengah-setengah. “Aku mengikuti semua apa yang diajarkan oleh Al Quran. Ini sebabnya saya anggap Islam yang paling dekat dengan hati saya.”


Legenda Arsenal ini menyatakan, Islam mengajar umatnya bahawa seseorang harus percaya dulu terhadap Al Quran. Ini sebabnya dia belum menyatakan Islam sebagai agamanya, tapi Henry mengerti agama ini lebih daripada agama lain.


“Dan itu benar-benar menyedihkan bahawa banyak orang tidak meluangkan masa untuk cuba memahami Islam.”


Penyerang Les Bleus Perancis yang berjaya meraih Piala Dunia 1998 dan Piala Eropah 2000 ini menekankan, jika seseorang benar-benar percaya kepada Allah, maka sudah seharusnya setiap Muslim harus menjadi orang yang taat. “Kalau percaya ajaran Islam, seseorang harus percaya pada Al Quran dan Rasul terakhir,” kata Henry.


Sumber: Halim Islam Online

Nota : Benar seperti yang dikatakan olehnya mengapa semakin ramai yang melupakan Al Quran..







Khamis, 31 Mei 2012

SYABAS MALAYSIA - BERJAYA BENAM JUARA ASIA


Pagi tadi saya singgah di Restoran Ali Bistro.. nak order Tosei untuk sarapan pagi, sambil tu tengok berita pagi di TV3, keluarlah berita ni, yang bestnya 1 minit perlawanan nak berakhir, Malaysia berjaya menjaringkan gol untuk meraih kemenangan. Gembirannya saya, saya suka bermain hoki, masa sekolah menengah dulu bermain hoki untuk rumah sukan.. bestkan..


BENAM JUARA ASIA...Skuad hoki negara meraih 
kemenangan pertama pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 
dengan mencipta kejutan menewaskan juara Asia, Pakistan 3-2 di Ipoh, malam tadi.

Muhammad Razie ledak gol kemenangan seminit sebelum tamat

JARINGAN Muhammad Razie Abd Rahim seminit sebelum tamat perlawanan membantu tuan rumah, Malaysia mencatat kemenangan dramatik 3-2 ke atas Pakistan dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 di Ipoh, malam tadi.

Ketika perlawanan tampak menuju seri 2-2, pakar pukulan sudut penalti negara itu menguis kencang melepasi celah kaki penjaga gol Pakistan, Imran Shah untuk menghasilkan kemenangan pertama negara dalam kejohanan edisi ke-21 itu. 
SULTAN Perak, Sultan Azlan Shah berkenan bertemu pemain
 selepas Malaysia mengejutkan Pakistan di Stadium Azlan Shah,
 Ipoh malam tadi. Malaysia menang 3-2.

Pada perlawanan malam tadi, Malaysia yang memburu kemenangan pertama sebaliknya tambah tertekan apabila lawan mendahului 2-0 selepas 12 minit saingan berlangsung.
 Muhammad Umar Bhutta membuka jaringan pada minit ke-4 diikuti oleh Shafqat Rasool lapan minit kemudian.

Begitupun anak buah Tai Beng Hai bangkit melawan dan Amir Farid Ahmad Fuzi menyemarakkan semangat tuan rumah apabila menolak ke dalam gawang bola yang melantun ke arahnya dari tampanan pemain lawan, Rashid Mahmood sejurus sebelum rehat.

Malaysia menggandakan usaha pada babak kedua dan berjaya menekan hebat kubu lawan. Usaha mereka berhasil apabila penjaring prolifik, Faisal Shaari menyamakan kedudukan pada m-48.

Sementara itu, rekod tanpa kalah New Zealand lebur apabila tumpas 2-1 kepada Britain. Begitupun kekalahan itu tidak menjejas kedudukan pasukan Kiwi itu selaku pendahulu kerana masih berada di takhta carta berdasarkan kelebihan jaringan.
Jaringan Ashley Jackson pada m-18 dan Matt Daly (27) mencukupi buat pasukan ranking keempat dunia itu merakam kemenangan keduanya. Manakala gol New Zealand disumbangkan oleh Andy Haward (62).

Pagi-pagi blog saya dah diisi dengan berita ;D




Rabu, 28 Mac 2012

Program Bantuan Banjir Di Hulu Langat

Semalam, satu hari saya tiada di pejabat. Saya pergi ke Hulu Langat bagi program bantuan banjir besar yang melanda. Hampir 900 orang yang menerima bantuan dalam program tersebut. Bantuan ini sekadar meringankan beban mangsa banjir.

Hampir pukul 2 petang baru selesai program. Sebanyak 8 kaunter dibuka bagi melancarkan perjalanan progam.


Ramai penerima bantuan banjir yang hadir



Bersama ketua operasi daerah Hulu Langat. Baru selesai memberi bantuan.


 Berita penuh program boleh dibaca di Sinar Harian  Zakat: Selangor salur RM664,220 bantu mangsa banjir 

Isnin, 26 Mac 2012

Berkat umrah di Mekah ~ Irma Hasmie


Berkat umrah di Mekah, Irma Hasmie dikurniakan jodoh. Cantik berserikan Irma ni, semakin manis pula.
Setiap sesuatu yang terjadi tu ada hikmahnya. Penyudahnya Irma dikurniakan jodoh yang baik. Semoga pertunangan ini akan terus ke jinjang pelamin dan berkekalan hingga ke Syurga.... ^__^

Cantikkan baju tunang Irma ni.. bertambah anggun dia ni..


IRMA bersama (dari kiri) bakal ibu mertuanya Datin Azizah Osman, ibunya Ropitah Abdul Hassan, bakal bapa mertuanya Datuk Dr. Mohd. Radzuan Ibrahim dan bapanya Ibrahim Othman pada majlis pertunangannya yang berlangsung penuh meriah itu.

Boleh baca kisah nya di sini Berkat Umrah di Mekah ~ Irma dikurniakan jodoh. Tumpang gembira bila ada artis ni dah berubah kepada kebaikan. Suka tengok Irma di TV Al Hijrah..





Sabtu, 24 Mac 2012

Pilu Hati : Badan berlipat dua

Hati seorang ibu, bila baca berkaitan dengan kanak-kanak mesti cepat tersentuh. Begitulah yang saya rasakan bila membaca kisah adik Mohd Ilman Sadiq 18 bulan yang terlanggar oleh kereta ibunya apabila kakaknya tertekan brek tangan dan kereta itu mengundur. Bukan apa kita pasti terbayang anak-anak kita yang masih kecil itu kan. Kena banyak berhati-hati dan perlu perhatian yang penuh terhadap mereka yang kecil ini. Kita tak boleh leka pun walaupun sesaat kerana bermacam perkara boleh terjadi.

Ini artikel yang saya baca di Metro tadi :-



JOHOR BAHRU: “Jantung saya hampir terhenti apabila melihat dia terperosok di bawah kereta dan tidak menyahut panggilan saya,” kata Salinda Kamisan, 38, menceritakan kemalangan menimpa anak bongsunya, Mohd Ilman Sadiq Mohd Abdul Hakim, 18 bulan, petang kelmarin.


Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, kanak-kanak yang mesra dengan panggilan Ilman itu terperosok di ruang bawah kereta ibunya selama hampir lima minit sebelum berjaya dikeluarkan, namun cedera parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.


Salinda berkata, pemeriksaan doktor mendapati anak keempatnya itu mengalami kecederaan dalaman yang serius di bahagian paru-paru apabila tubuhnya terlipat dua akibat insiden berkenaan.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila Proton Iswara itu mengundur tanpa disengajakan selepas kakak Ilman, Norizati Nafisah, 14, tertolak brek tangan ketika ingin mengeluarkan makanan daripada dalam kereta. 



Sebelum kejadian, kereta itu diparkir di depan rumah keluarga berkenaan di Jalan Cengal 3, Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, Kota Tinggi.


Nota : Peringatan untuk saya juga supaya berhati-hati dengan anak-anak



Rabu, 21 Mac 2012

Misteri ‘van putih’ kembali

Bila baca berita kehilangan kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi ini membuatkan saya geram sangat. Macam anak-anak ini milik kau penculik.... eeiii geramnya... Rasa keselamatan anak-anak kita di Malaysia ni macam dah tak selamat... membuat hati para ibu berasa gundah gulana bila anak tiada didepan mata. Takut sangat nak membiarkan anak-anak bermain di taman permainan pada petang hari... sebabnya takut kena culik...

Sangat berbeza pada zaman kanak-kanak saya pada 20 tahun yang lalu, bebas bermain bersama-sama kawan kesana kemari... bahkan berani kekampung sebelah untuk mandi sungai, memetik buah-buahan di dusun... semuanya sentiasa berasa selamat... aman damai, tenang dan bahagia..

Kini anak-anak takut diberi kebebasan untuk bermain seperti kita dulu-dulu...

Saya kongsi artikel metro untuk peringatan kita bersama :-







Misteri ‘van putih’ kembali


Oleh Ahmad Isyafiq Mad Desa
am@hmetro.com.my




SHAH ALAM: Misteri ‘van putih’ kini kembali apabila mangsa culik Nazatul Fadiana Mohd Izwan, 14, yang ditemui di Bangkok 11 Mac lalu, dikatakan diculik sekumpulan lelaki tidak dikenali menaiki van berwarna putih sewaktu berada berdekatan sebuah restoran di Seksyen 9, di sini pada hari kejadian 30 Januari lalu.



Perkara itu diceritakan mangsa kepada ibunya dalam perbualan telefon pada 12 Mac lalu selepas diselamatkan polis Thailand sewaktu ditemui di Stesen Kereta api Hualamphong, Bangkok, Thailand.


Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, apa yang diceritakan mangsa kepada ibunya belum cukup untuk polis mengaitkan kejadian berkenaan dengan motif sebenar mangsa dilarikan ke Thailand.




“Ini kerana buat masa ini polis belum mendapat sebarang maklumat daripada mangsa kerana dia masih dalam keadaan trauma dan menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, semalam.



Zahedi berkata, Nazatul Fadiana atau lebih dikenali sebagai Nana akan terus mendapatkan rawatan di PPUM manakala lima warga Myanmar masing-masing tiga lelaki dan dua perempuan yang diselamatkan bersama mangsa kini masih berada di Bangkok, Thailand.



“Semua warga Myanmar terbabit berdaftar di bawah Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR). Mereka dibawa pulang ke Malaysia bagi membantu polis mengumpul bukti dan menjalankan siasatan menyeluruh,” katanya.



Menurutnya, Nana menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok dan tiba di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), di Sepang, dengan diiringi ibunya, selain beberapa pegawai polis dan imigresen Thailand, malam kelmarin.


“Sebaik mendarat, mangsa terus dikejarkan ke PPUM, Petaling Jaya untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya. Akhbar semalam melaporkan, Nazatul Fadiana dilaporkan hilang selepas dihantar ibunya ke perhentian bas di Seksyen 9, di sini bagi mengulang kaji pelajaran bersama rakannya, pada jam 3 petang, 30 Januari lalu.





Namun, sehingga malam hari kejadian, mangsa tidak pulang ke rumah sebelum ibunya membuat laporan polis di IPK Selangor. Selepas dua bulan dilaporkan hilang, mangsa diselamatkan polis Thailand yang menemuinya di Stesen Kereta Api Hua Lampong, Bangkok, bersama lima warga Myanmar, 11 Mac lalu.

















Selasa, 13 Mac 2012

Pilunya hati ~ Dirang dibakar



Apabila membaca Metro hari ini, pilu hati saya sebagai ibu tidak dapat ditahan. Sebak, pilu, sayu dan pedihnya hati apabila membaca membaca. Dirang sebaya dengan anak saya yang bongsu, Nabil Syahmi. Mengapa begitu kejam diperlakukan. Sekarang telah tiada perasaan perikemanusiaan dihati manusia.

Saya ambil artikel diakhbar Metro :-


JOHOR BAHRU: Misteri kehilangan kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah, dari kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam pada 1 Mac lalu terjawab apabila polis mengesahkan dia mati dibunuh.


Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, mayat rentung yang ditemui berhampiran kediaman berkenaan pada 8 Mac lalu dikenal pasti sebagai mayat Nadirah atau lebih mesra dipanggil Dirang.


“Kami menemui satu mayat rentung di Nusa Damai di sini, pada 8 Mac lalu dan siasatan di lokasi kejadian berjaya menemui serpihan tulang.


“Kami juga berjaya mendapatkan sampel deoxyribonucleic asid (DNA) daripadanya. Ia dihantar ke makmal dan hasilnya mendapati ia sepadan dengan DNA ibu mangsa,” katanya, di sini, semalam.


Menurut Roslan, siasatan awal mendapati rangka berkenaan adalah milik manusia dewasa, tetapi selepas siasatan lanjut dijalankan, ia sebenarnya milik kanak-kanak malang itu.


“Berikutan pengesahan DNA itu, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.


“Semua empat individu termasuk bapa kandung mangsa yang ditahan sebelum ini akan dilanjutkan tempoh tahanan reman bagi membantu siasatan,” katanya.


Menurut Roslan, pihaknya juga belum dapat memastikan motif sebenar kejadian.


Roslan berkata, berdasarkan pemeriksaan di lokasi kejadian, mayat yang ditemui pada 8 Mac lalu itu rentung teruk hingga menyukarkan pihaknya membuat pengecaman.


Sebelum ini, penemuan serpihan rangka manusia di dalam kawasan ladang kelapa sawit Nusa Damai pada 8 Mac lalu menggemparkan penduduk sekitar kerana menyangka ia milik Dirang.


Rangka manusia yang awalnya disangka dewasa dibakar hingga rentung itu ditemui di dalam sebuah lubang oleh orang awam sebelum memaklumkannya kepada polis.


Siasatan awal polis mendapati serpihan rangka manusia berkenaan sudah dibakar lebih dari lima hari hingga menyukarkan proses untuk mengenal pasti identiti dan jantinanya.