Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 13 September 2012

Pelajar Kita Maut Nahas Di Jordan

Al Fatihah kepada Saiful Asyraf bin Saifudin pelajar tahun 2 penuntut di Universiti Muktah Jordan yang telah mengalami kemalangan maut pada 10 September 2012. Allahyarham akan diterbangkan ke Malaysia melalui penerbangan Qatar Airways dan akan tiba jam 2.10 petang 13 Sept 2012. Allahyarham adalah penerima bantuan umum pelajaran (BUP) Lembaga Zakat Selangor. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al Fatihah....

Saiful Asyraf Saifudin, 22, pelajar tahun dua di Universiti Mutah, Jordan 
yang maut dalam kemalangan pada 10 September 2012  


KUALA LUMPUR 11 Sept. - Seorang penuntut Malaysia yang melanjutkan pengajian di Universiti Mutah, Jordan maut dalam kemalangan ketika menjemput dua rakan pengajian yang baru tiba selepas bercuti di negara ini awal pagi ini.


Saiful Asyraf Saifudin, 22, yang mengikuti pengajian Usul Fiqh dalam jurusan Syariah di universiti berkenaan meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 9 malam (2 pagi waktu Malaysia).



Allahyarham yang dikenali sebagai 'Oyak Kayo' maut manakala tiga rakannya cedera selepas kereta sewa yang dinaiki mereka hilang kawalan ketika melakukan pusingan U di lebuh raya antara Karak dan Aqaba.
Menurut Presiden Pelajar Universiti Mutah, Kailani Azhari, Allahyarham bersama seorang rakan lelaki yang memandu kereta sewa itu dalam perjalanan pulang dari lapangan terbang selepas menjemput dua penuntut perempuan yang baru pulang bercuti di Malaysia.

"Kesemua mangsa merupakan penuntut tahun kedua di Universiti Mutah. Kereta yang dipandu rakan arwah terbabas ketika membuat pusingan U.

"Tiga rakan arwah yang cedera dikejarkan ke Pusat Kesihatan Hissi sebelum dipindahkan ke Hospital Tentera Karak. Arwah pula disahkan meninggal dunia di Hospital Kerajaan Jordan, Karak.
"Setibanya di Hospital Kerajaan Jordan, jenazah dalam keadaan yang baik kecuali pada bahagian kepala yang mengalami luka dan pendarahan.

"Jenazah arwah dibawa ke Mustasyfa Bashir di Amman untuk diuruskan dan akan diterbangkan ke Malaysia malam ini (awal pagi esok)," katanya menerusi e-mel kepada Utusan Malaysia hari ini.
Menurut Kailani, Allahyarham sangat dikenali khususnya di Universiti Mutah kerana personaliti yang cukup ceria dan ramah dalam berbicara membuatkan sesiapa yang mengenali beliau sangat senang bersamanya.

"Allahyarham sangat komited dalam menguruskan urusan berkaitan persatuan di Mutah dan mandat terkini beliau ialah Ahli Jawatankuasa Sambutan Pelajar Baru bagi Unit Logistik," katanya.

Sementara itu, bapa Allahyarham, Saifudin Jaafar, 49, ketika dihubungi malam ini memberitahu, arwah merupakan anak sulung daripada empat beradik mula melanjutkan pengajian pada tahun 2010.
"Saya reda dengan kehilangan anak saya ini walaupun perit untuk kami sekeluarga terima," katanya yang berniaga sendiri dan menetap di Beranang, Selangor.

Sumber : Utusan Malaysia

3 ulasan:

  1. Al Fatihah.. teringat adik saya yang meninggal di Mesir tahun lepas.. pelajar kita juda.. adik angkat... huhuhuhuhu... Semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye Zura.. Semoga keluarga mereka tabah menghadapinya.. tadi sembang Mizan.. dia kata melihat jenazahnya tersenyum dan berbau wangi :D

      Padam
  2. The three most deadly ingredients you should
    avoid are mineral oil, and whole treat tennis elbow with acupuncture food supplements
    address nutritional deficiencies, clogged liver and colon, and others.
    I will point out again, that treat tennis elbow with acupuncture I simply
    had to board another plane home after arriving in the capital.
    The statement said: 'The FA's system allows clubs to make a run at New Orleans in 2013.


    Stop by my weblog ... howtotreattenniselbow.us

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)