Assalamualaikum kekawan.... :)
Lemak berkrim betul bingka jagung ni kekawan... buatnya pun mudah... bahannya tak lah susah sangat... Saya ni memang penggemar bingka kekawan... satu ni saya seorang boleh habis... hendaknya bila keluar dari oven gitu... pastu buat ada kerak sikit... lagi lah mables petang tu...
Saya ambil resepi dari Blog Sinar Kehidupanku Yatie Memories... memang meleto mudahnya... Jom kita cuba nak :)
Mohon cp ye Yatie... :)
RESEPI BINGKA JAGUNG
Bahan-Bahan-loyang 9x9 inci (dpt 5 keping kuih kalau guna acuan pecah 8)
- 1 cawan gula pasir
- 1 3/4 cawan tepung gandum
- 1/4 cwn tepung kastard
- 1 cawan santan pekat
- 2 cawan air
- 2 sudu besar mentega/minyak sapi-cairkan dan sejukkan
- 4 biji telur
- secubit garam
- 1 tin jagung manis ala krim (cream style golden sweet corn)
- bijan utk hiasan
- sedikit pewarna kuning
- Satukan kesemua bahan kecuali jagung krim dan bijan. Kisar sampai sebati.
- Tuangkan adunan dlm mangkuk besar dan masukkan jagung krim. Gaul sebati.
- Masukkan 1 sudu besar minyak dalam loyang dan sapukan rata. Boleh juga guna mentega.
- Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak/mentega telah panas, masukkan adunan tadi.
- Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam 15 minit atau sehingga garing.
- Guna api atas dan bawah. Kalau nak garing lagi tambahkan masa dlm 5 minit guna api atas sahaja utk permukaan kuih yg garing.